Label

Jumaat, 9 Oktober 2015

BAHAGIA DI HUJUNG DERITA

syafriyana
Air mata yang menitis laju kuseka rakus dengan hujung tudung rona hijau muda yang tersarung di kepalaku. Entah mengapa hati terdetik untuk mengatur langkah ke Mall hari ni. Tak semena-mena terpandangkan cik hubby berganding dengan seorang wanita yang sangat aku kenali. Senyum tawa mereka merobek luka hingga rabak hatiku yang belum sembuh dari sengsara lama. Dia pernah dulu menduakan diriku hingga sanggup melakukan kerja-kerja terkutuk.

Aku tanpa sedar, menekan kuat di dada kiriku. Bagai belati sedang menores lumat hatiku. Air mata kian deras menuruni lurah pipiku.

“Mengapa abang sanggup buat ayang macam ni, bang?” soalku tanpa suara biarpun jasad itu berada tiga meter dari tempat aku berdiri.

Bimbang dia akan memusingkan tubuh atau pandangannya ke belakang, aku segera berlalu. Jejakku jua tak kutinggalkan.

Langkah kuhayunkan deras ke tandas tingkat dua yang ada dalam Mall itu. Kepala pili segera aku pulas. Air mengalir keluar deras dari pili itu sederas air mata yang membasahi pipiku.

“Apa khabar, Ryza?” soalan dari suara lunak itu mengejutkan aku. Tanpa berkalih pun, aku mampu mengenali suara itu. Manusia yang bergandingan dengan suamiku tadi. Pasti lelaki itu sedang menanti si dia di luar.

Aku hanya mengunci diri. Pura-pura membaiki make-up di wajah. Sengaja menyembunyikan reaksi terkejut dengan senyuman biarpun tawar pada pandanganku sendiri.

Dia mendekatiku lalu menilik wajahnya di cermin yang sedang memaparkan raut wajahku yang basah dengan air mata itu.

“Apa masalah kau ni, Ryza?” soalnya lagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di luar sana antara dia dengan suamiku.

Aku hanya membisu lantas mengelap wajahku dengan beberapa helai tisu yang kukeluarkan dari tas tangan jenama Bonea rona coklat muda itu.

“Okaylah…. Aku nak ke dalam kejap,” ramah dia berbicara sedang aku hanya pekakkan telinga meskipun rasa yang bercampur-campur dalam hatiku laksana bom yang sedang menanti masa untuk meletup.

Bila mana kelibatnya hilang ditelan di balik pintu tandas itu, aku segera mengatur langkah keluar. Dalam hati berdoa agar kehadiranku tidak disedari cik hubby yang sedang menanti si dia. Mujurlah aku beserta dengan dua orang gadis tiong hwa keluar seiring dari tandas itu.

Kulihat Fadzril sedang menanti Dinny di bangku yang membelakangi tandas wanita itu. Aku cepat-cepat menukar arah agar tidak perlu lalu di hadapan tempat Fadzril berada.

Dari jauh aku mencari tempat untuk bersembunyi. Kulihat Dinny keluar dari tandas dengan lenggok yang menggoda. Dia menghampiri suamiku lalu menepuk manja bahu lelaki itu. Suamiku segera menoleh. Senyuman manis terukir di bibirnya. Retak serasa hatiku melihat kemesraan itu. Sampainya hati abang…. Hamburan air mata laju bagaikan empangan yang terpecah.

Dinny kulihat tergelak manja lalu mengepit tangan Fadzril rapat ke tubuhnya. Dalam diam, aku cuba mencari apakah sebenarnya agenda mereka selepas ini.

Dari jarak yang jauh, aku cuba mengekori mereka. Kulihat mereka turun ke parking lot. Mereka menuruni eskulator. Namun, aku mestilah lebih bijak. Aku menuruni tangga sederas yang mungkin. Mujurlah pakaianku hanya sehelai slack berwarna biru tua dan sehelai kemeja lengan panjang rona hijau muda senada dengan tudung yang melekat di kepalaku. Aku jua menyarungkan snickers di kakiku yang kuning langsat.

Makhluk berdua itu jalannya hanya santai. Mungkin inginkan lebih banyak masa bersama. Selepas ini, entah ke mana mereka akan pergi.

Berderai dan hamper lebur terus hati ini melihatkan Fadzril membukakan pintu di sebelah penumpang untuk jantung hatinya. Gelak tawa dan hilai manja Dinnie benar-benar menggariskan bahagia di wajah Fazrul. Apakah ertinya semua ni? Aku wanita yang tidak mampu membahagiakan dia, barangkali.

Aku membiarkan mereka keluar dari parking terlebih dahulu. Kemudian, barulah aku menyusul dengan Myvi pinkku yang akan memudahkan tugasku.

Fadzril memandu laju membelah lebuh raya persekutuan. Mereka menuju ke Shah Alam. Dari celahan kereta yang berderet itu, aku masih lagi mengintai kereta Cambery yang dipandu Fadzril. Mungkinkah mereka akan ke hotel? Atau…. Ah, runsing hatiku.
Fadzril membelok perlahan ke sebuah perumahan mewah. Deretan banglo yang tersergam indah terpampang di hadapan mata. Ke mana hala tuju mereka?

Deretan banglo mewah itu sudah ditinggalkan. Keretanya terus menderu laju hingga tiba di sebuah kondominium mewah.

Mereka ke rumah Dinny” hatiku bergetaran. Apakah hubungan mereka hingga Fadzril sanggup mengunjungi kondo Dinny ini? Sejuta persoalan menerjah benakku tanpa henti bagaikan ketukan yang bertalu.

Setelah memaker keretanya, mereka beriringan ke lif.

Aku memusing kembali keretaku. Tak sanggup lagi melihat perlakuan sumbang itu. Aku ingin segera berada di rumahku. Aku akan pergi.

Persoalanku selama ini telah terjawab. Patutlah Fadzril melayanku acuh tak acuh saja.

*************************************

Tiket telah kutempah melalui panggilan telefon yang aku buat sebentar tadi. Pakaian aku kemaskan ke dalam beg roda yang separas pinggangku. Setelah memastikan segalanya sudah terisi di dalam begasi hitam itu, aku segera menukar pakaian dan membersihkan mukaku yang penuh dengan make-up yang cair dek air mata yang tak henti mengalir. Apakah dosa ini? Mengapakah dia tergamak mencalarkan sekeping hati yang dulunya dia puja sungguh-sungguh? Keluhan demi keluhan tak mampu meredakan resah dalam hati ini.

Sederas lipas kudung kuatur langkah keluar dari banglo sederhana itu. Teksi sudah sedia menanti. Aku memasukkan begasi ke dalam booth teksi. Tubuh kecilku mengisi perut teksi. Remut pagar aku tekan cermat setelah teksi mula hendak menderu pergi.

Terima kasih…. Maafkan Ayn, bang…. Pintaku diam-diam.

Lapangan terbang begitu sesak dengan orang. Ada yang hendak menaiki kapal terbang dan ada yang hanya menghantar ahli keluarga sahaja. Begitupun aku utuh dengan pilu yang menggigit sanubari yang tak terhingga. Masih basah di ingatan saat Fazrul melafazkan akad lima tahun lalu. Masih terasa hangatnya kasih yang dia laburkan pada diri yang kerdil ini.

“Assalamualaikum!” suara garau itu menyentakkan lamnunanku. Aku segera mengesat air mata yang masih bersisa di tubir mata. Pandangan aku bekukan pada lantai bermarmar dengan lorekkan corak yang indah susunannya.

“Ayn Rezana, apa khabar?” soal si dia. Aku mengangkat pandangan seketika.

Terpempan aku dibuatnya bila terpandangkan Ustaz Ameer di hadapan. Ke mana hendak dituju lelaki ini?

“Khabar baik, ustaz. Ustaz apa khabar?” balasku tanpa rasa. Hanya senyuman hambar terukir di ulas bibirku yang kemerahan itu.

“Nak ke mana?” soal lelaki muda itu lagi tanpa menjawab pertanyaan balasku. Aku hanya tersenyum biarpun senyuman itu adalah plastik Cuma.

“Nak ke sinilah. Nak jumpa kawan,” bohongku. Biarpun aku sedar dia bukanlah lelaki yang layak aku bohongi.

“Hmm…. Bersendirian lagi?” tebaknya. Biarpun tuduhan itu benar belaka namun aku harus memelihara maruah suamiku. Layakkah dia kugerlari dengan status suami? Entahlah…. Hanya Allah yang maha mengetahui.

“Ustaz nak ke mana?” pintasku. Persoalan itu mungkin mampu menyelamatkanku. Detik hati kecil ini.

“Anna nak ke Istambul. Ada kuliah nak disampaikan buat anak-anak Malaysia di sana.” Beritahunya. Di matanya kulihat ada sinar kejujuran. Mestilah, dia kan orang baik-baik. Mana mungkin dia berdusta.

“Panggilan terakhir untuk penumpang yang akan ke Istambul!” panggilan terakhir itu membawa dia berpametan denganku lalu mengatur cermat ke tempat check in.

Hati ini terasa debarannya tiba-tiba. Entah apa yang meresahkan hatiku. Pandanganku melilau ke sana ke mari. Terasa seperti ada orang sedang mengintip pergerakanku. Mungkin rasa hatiku Cuma. Aku mengurut-ngurut dada kelegaan.

Panggilan untuk ke Spane terdengar di corong pembesar suara. Aku segera memperkemaskan diri. Aku akan ke sana seminggu memandangkan aku perlu menghadiri seminar yang diamanahkan oleh bossku.

Cadangku hendak ke sana mengikut tiket yang dijadualkan untukku dua tiga hari lagi. Tapi, apakan daya. Hati yang robek ini perlu aku sembuhkan biarpun tidak semudah yang aku fikirkan.

Aku deras mengatur langkah menuju ke balai berlepas. Setelah petugas MAS menyelesaikan tugasnya mengimbas diriku dengan alat pengimbas, aku segera menyerahkan begasiku kepada petugas itu. Begasi itu nanti akan dimasukkan ke dalam perut pesawat yang bakal aku naiki. Sementara itu, aku hanya menyandang beg sandang ke bahu kiri. Aku menuju ke bangku lalu melabuhkan punggungku di situ sementara petugas membuka pintu kapal terbang. Aku mengeluarkan senaskhah al-quran lalu membaca tafsirnya. Hati terasa sedikit lapang.

“Ayn Rezzana!” terkejut aku mendengar suara lunak itu menyebut namaku. Lantas aku menghentikan bacaanku lalu mendongak sedikit. Dia tersenyum manis.

Bagai tidak percaya, dirinya aku renung dari atas ke bawah, bawah ke atas. Mencari kepastian sejenak.
“Nadya!” aku berdiri menghampirinya lalu menghulurkan tangan untuk menyalaminya. Teman lama yang amat aku rindui. Dulu ketika belajar di Willington, susah senang kami hadapi berdua sebagai pelajar Malaysia.

“Lama tak jumpa…” ujaran itu serentak terkeluar dari bibir kami berdua. Kemudian, masing-masing tergelak. Bahagia, teguhlah di sini. Jangan lagi biarkan derita menghuni taman hatiku. Detik hati kecilku, syahdu.

“Kau ada di mana sekarang, Nad?” soalku, ingin tahu. Dia mengajak aku duduk semula di bangku.

“Aku kerja di Kota Kinabalu. Syarikat kawan duddy aku. Kau dah ada anak ke, Ayn?” tokoknya, menyoal balas. Wajahku tak semena-mena dikuntumi sedih.

“Ayn, aku tak maksudkan nak buat kau sedih. Jika itu satu keberatan untuk kau, jangan ucapkan apa-apa.” Pujuknya lalu mengelap mutiara yang gugur di tubir mataku. Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda bukan dia yang menyebabkan aku bersedih. Di manakah redha yang sering terlafaz di bibirku ini?

“Bukan kau yang buatkan aku bersedih. Tapi, panjang ceritanya. Nanti akan aku rungkaikan segala kisah ini bila bertemu kau lagi,” kataku, perlahan. Dia kelihatan mengangguk. Pandangan kami beradu seketika. Dia seakan memahami gejolak hatiku.

“Kau nak ke mana, Nad?” aku pantas menukarkan topik persoalan. Biar menyimpang dari kisah duka ini. Tak sanggup serasa untuk dikenang.

“Spane. Ada seminar keusahawanan yang dianjurkan di sana,” hurainya dengan jelas.

“Yap!” tangan spontan menepuk sekali. Keriangan bertapak di hati. Wajah kembali ceria. Aku akan berteman di sana nanti.

“Bukankah dua hari lagi kita akan ke sana? Kenapa kau pun pergi hari ni juga?” dua soalan kutanya serentak padanya. Dia tersenyum. Dia merapatkan lagi kedudukan kami.

“Aku nak survey port baru untuk business paman aku.” Aku cuba mencerna ayat yang diungkapkan bibir mongel Nadya. Lantaran kepala terangguk sendiri tanda mengerti.

“Nak besarkan business kat sana? Siapa akan uruskan? Kau ke?” teruja mendengar ulasan temanku sebentar tadi. Dia tertawa kecil sambil mencuit hidung mancungku.

“Ya,” hanya sepatah kata yang terungkap di bibirnya. “Ya” mungkin merupakan jawapan pada semua persoalanku itu.

Panggilan terakhir untuk ke Spane. Kami mula mengatur langkah sambil menyandang beg kecil di bahu masing-masing. Kebetulan, tiket penerbanganku bersebelahan dengan tempat duduk Nadya. Aku dan dia terus berborak panjang hingga masing-masing terlelap di tempat duduk.

****************************************************************

Madrid, kami datang untuk hadiri seminar dan tujuan masing-masing. Kami beriringan keluar dari perut pesawat. Hatiku benar-benar teruja menyaksikan keindahan kota Madrid ini. Ya Allah! Sesungguhnya keindahan ini hanyalah sementara sedang akhirat nanti kekal abadi. Perjalanan yang memakan masa 15 jam lebih ini membuatkan terasa kejang urat sendiku. Nadya membawaku ke hotel yang sama dengannya.

“Nad, tak sangka kita terpisah sejauh ini. Aku berharap kita akan terus berhubung,” aku berhenti seketika, menelan liurku. Dia jua seperti sedih mendengar bait kataku. Kami menghampiri jendela gelungsur. Langsung keluar ke balkoni menyaksikan keindahan kota Madrid.

“Tulah, aku call kau berkali-kali tapi tiada jawapan,” jelasnya. Tangannya dilingkarkan pada bahuku yang beralas sehelai shirt mengikut potongan badan. Inilah pakaianku ketika di rumah.

“Aku diragut. Malam tu, aku pulang lewat masa nak siapkan plan bagi bangunan yang tersergam indah kat Damansara tu. Tapi, masa aku turun ke parking lot tu aku rasa ada orang perhatikan aku. Dalam berani-berani takut, aku pergi ke kereta aku…. Masa tu aku tengok ada lelaki bertopeng sedang duduk bersandar di tiang parking dan aku terjerit. Percuma kena tampar sebijik. Huh! Perit.” Ceritaku sambil meraba-raba pipi yang ditampar itu. Bagaikan kesannya utuh tertinggal di situ. Dia mengugutku untuk menyerahkan beg tangan dan beg laptop yang ada padaku. Mana mungkin, dalam laptop tu ada macam-macam benda penting pejabat. Aku pun cuba melawan…” air mata mulai berlinangan di pipi. Rasa sangat perit melaluinya sendirian.

“Kau nak bagi atau nak mati?” suara garau itu menjerkahku. Aku masih erat memelukbarang-barangku.

“Jangan, lepaskan aku!” keras juga aku membalas. Terasa cecair mula membasahi pakaianku. Perit di perutku terasa ngilu hingga kini.

“Akhirnya, aku tak sedarkan diri. Aku rebah menyembah bumi,” lanjutku dengan sedan yang tak berkurangan. Nadya memeluk bahuku, erat sambil menggosok-gosoknya, lembut.

“Ssyytt… kalau rasa ngeri tu terus ada, tak perlu continue. Aku faham kau….” Bisiknya ke telingaku. Aku terdiam Cuma menahan sebak yang bertandang.

Ceritaku terhenti di situ Cuma. Aku menggeletar. Terbayang keganasan lelaki itu kepadaku. Ketika tersedar, aku sudah berada di hospital. Kata doctor, ada seorang lelaki yang membawaku ke situ. Entah siapa hingga kini tidak kutahu.

***********************************

Panggilan dari Fadzrul aku abaikan. Biarlah dia, biarlah dia dengan bahagianya. Mungkin dia ingin terus menjerkahku. Fikirku, diam-diam. Hatiku sudah tawar dengan lelaki itu. Tubuh kecil ini adalah habuannya. Ditendang dan diperlakukan sesukanya.

Nekadku untuk tinggal jauh darinya. Biar saja aku sudah tidak punya apa-apa dengannya lagi. Tapi bagaimana?

Seminggu di Madrid, kami berjalan berdua. Nadya pernah ke sini. Dia sangat arif dengan selok-belok kota ini. Aku hanya mengekor. Dingin salji seakan perasaanku yang turut dingin pada lelaki yang dulunya aku cinta sepenuhnya.

“Kau macam tak happy saja. Kenapa?” soalan Nadya membawa aku kembali ke dunia reality.

“Entahlah, aku tengah fikirkan apa yang perlu aku buat bila balik esok ke Malaysia. Aku rasa macam sudah tawar dengan Fadzrul. Aku bagaikan sampah pada dia,” luahku, mendatar. Jiwaku bagai sudah lama mati. Yang tinggal hanya jasad yang bagaikan mayat hidup.

“Kau kena failkan kes ni di mahkamah. Biar qadi yang menentukan bagaimana. Mereka lebih arif.” Pujuk Nadya. Dia menikam tepat ke dasar mataku. Sepertinya sedang mengimbas perasaan yang ada dalam dada ini.

Perbualanku dengan Nadya sedikit sebanyak mampu meredakan rasa yang bergelora dalam akal fikirku. Mala mini, aku dapat lena tidur bagai tiada masalah yang membelenggu lagi.

********************************************************************

Aku tiba di hadapan rumah kepunyaan Fadzrul yang turut dihuni olehku dengan menaiki sebuah teksi. Nadya langsung ke Kota Kinabalu. Entah mengapa dia tidak singgah di rumah kedua orang tuanya di Seremban, aku tidak pasti. Katanya, dia ada urusan penting di sana. Tidak mengapalah, yang penting selepas ini kami dapat terus berhubung.

Setelah melangsaikan bayaran teksi kepada pemandunya, aku melangkah perlahan bagaikan pesalah ke pintu utama rumah bercat keemasan itu.

Aku mengeluarkan kunci pendua lalu memasukkan ke tombol pintu. Belum sempat aku memulas kunci, pintu terbuka dari dalam. Alangkah terkejutnya aku, Dini berada di hadapan mata. Dia berpakaian amat seksi. Berbaju merah garang dengan tali halus yang tersangkut di bahu. Berseluar pendek paras peha. Astaghfirullah! begasi yang berada di sisiku terlepas dan tumbang. Aku turut terjelupuk di sisi beg.

“Darling!” panggilan nyaringnya pada suamiku yang pasti membuatkan mataku terbelalak. Dia tersengih, jahat.

“Why, dear?” soal Fadzrul yang datang dengan hanya bertuala ke ruang tamu sekali lagi bagai merenggut nyawaku. Mulutku terkunci rapat menyaksikan adegan di hadapan mata. Air mata cuba kukawal sedaya mungkin. Apakah ertinya semua ini?

“You see betina ni baru balik pagi-pagi ni. Entah dia pergi rumah jantan mana tah seminggu ni!” cemiknya dengan muka mengejek. Fadzrul terus menghampiri pintu. Aku cuba bersusah-payah bangun dari lantai di luar rumah.

“Hmm… welcome back sayang…. Ke mana you pergi hah?” jerkahnya lalu penampar dihayunkan ke pipiku yang gebu ini. Tamparan itu tuntas mengingatkan aku akan peristiwa hitam pada malam itu. Dia menuduh yang akulah pembunuh mereka! Biarpun aku cuba menjelaskan segalanya, dia memandangku jijik. Hinaan dan tohmahan terus keluar bagaikan peluru berpandu lalu memanah keras jantungku. Air mata langsung gugur bagaikan hujan yang tiada tanda akan reda.

“Sampai hati abang buat saya macam ni. Kenapa abang tak selidik dulu ke mana saya pergi. Apa yang saya buat. Adakah ini hukuman buat saya,” dalam sedu-sedan aku giat membela diriku sendiri.

“Untuk apa? Aku call kau berkali-kali…. Kenapa tak jawab?” dia menjelingku, garang. Mukanya juga bagai singa kelaparan. Aku tidak gentar membalas renungannya.

“Alah…. Dia sengaja buat alas an untuk tunjukkan you yang bersalah. Dia nak tutup kejahatan dia pada youlah tu.” Dini menambah maraknya api dalam kemarahan Fadzrul padaku. Ya Allah, rupanya racun yang dia beri setelah aku yang membantu dia untuk terus bangkit dari kehancuran hidupnya masa lallu.

“Dini, stop it. Kau yang dah racun laki aku supaya jadi macam ni, kan?” tempelakku, geram. Sekali lagi Fadzrul cuba menampar pipiku dan sempat aku elak.

“Jika beginilah keadaannya, bang. Abang boleh ceraikan saya sekarang di hadapan perempuan simpanan abang ni. Saya dah tak sanggup lagi menjadi bahan eksperimen abang. Ditendang, dipukul, dijerkah dan diherdik sepanjang masa. Saya bukan robot!” ton suaraku juga naik satu aktif.

“Kau…. Ayn Rezana Amran… aku ceraikan dengan talak 3 bersaksikan isteri kesayanganku, Nurdini emily.” Bernoktahlah sudah perhubungan aku dengan Fadzrul kini. Talak yang diberikan juga tidak memungkinkan lagi aku untuk hidup bersamanya sampai ke jannah kelak.

Biarpun masih berbaki segala keletihan akibat berada dalam penerbangan semalaman, aku masuk dan mengemas segala hartaku yang ada dalam rumah ini. Seterusnya, merancang untuk mencari cara bagaimana memindahkan kesemua baranganku ke tempat baru.

Telefon bimbitku yang terletak di atas meja solek kucapai lalu aku mendail nombor seseorang. Selesai memberi salam, telefon kumasukkan ke dalam tas tangan pinkku.

Setelah memastikan semua sudah ku isi ke dalam dua buah begasi besar, aku mencapai bunga-bunga hiasan dan apa jua barangan yang kubeli dengan titik peluhku,sendiri.

Aku mula mengangkut kesemua baranganku turun ke ruang hadapan rumah banglo milik lelaki ini. Dulu, segenggam emas, kau pinang aku, dulu bersumpah janji, di depan wali, kini semua, tinggal kenangan, hati yang luka.

Semerta itu, lirik lagu Hetty Kess Endang mengisi ruang fikirku. Benarlah pepatah, habis madu…. Sepah dibuang.

Dya datang tepat pada masanya. Aku membantu Dya memasukkan semua baranganku ke dalam kereta Alzanya. Dya adalah sepupu kepada Nadya yang sudah lama bersahabat denganku. Kami bersekolah di Sekolah Sains Muhammad Jiwa, Sungai Petani. Biarpun tidak sekelas, kami tetap rapat memandangkan kami menghuni bilik yang sama. Dyalah tempat aku meluah rasa jika tidak berpuas hati dengan guru mahupun teman-teman. Perhubungan ini akan tetap utuh hingga ke hayat yang terakhir. Insya Allah!

Fadzrul dan Dini keluar setelah talak terlafaz dari dua ulas bibir lelaki itu. Segalanya sudah berakhir kini. Mana mungkin dia dapat bersamaku lagi. Akan kubina hidup baru atas kehancuran ini. Aku tak akan beralah… Tekad, sungguh-sungguh.

********************************************************************

Setelah bertahun Malaysia kutinggalkan dengan luka yang penuh sarat dengan derita, kini aku kembali lagi ke Kuala Lumpur atas permintaan Dato Nazmi, duddy Nadya. Dato meminta aku menguruskan resort milik keluarga kaya ini. Pada mulanya, aku enggan menurut. Namun, Nadya adalah orang yang bertanggungjawab memujukku untuk menunaikan hajat duddynya itu.

Di sini, deburan ombak dapat kudengar bagaikan irama yang mengulit setiap lenaku. Terkenangkan ummi dan abah yang sudah kembali menghadap Ilahi lapan tahun yang lalu. Ketika itu, Fadzrul masih menjadi suamiku yang sah.

Kenangan bersama lelaki itu sudah lama terkubur di dasar hatiku yang paling dalam. Luka itu tak ingin kutores lagi. Biarlah, hanyir nanahnya jua tak tercium lagi oleh hidung ini.

“Assalamualaikum…. Ayn!” lamunanku terhenti. Pandangan aku lontarkan pada laut luas hingga riang terlihatkan sang camar terbang rendah. Kanak-kanak yang datang bercuti ke sini jua sedang berlari riang sambil mengejar ombak. Ada yang sedang membina istana pasir. Ada yang melayani anak-anak bermain bola tampar pantai. Alangkah indahnya andai aku masih punya Zya dan Zayn. Keduanya telah pergi ketika kemalangan yang menimpa kami tiga beranak.

Waktu malam yang pekat dengan kehitaman itu, aku memandu pulang dari kampong halaman di utara tanah air. Namun, trailer yang sarat dengan muatan memandu laju dan tersasar hingga merempuh kereta MyV yang kupandu. Aku cuba menyelamatkan anak-anakku. Segala adalah ketentuanNya yang esa. Aku pitam bila darah yang tumpah dari kepalaku tidak terkawal lagi.

Bila tersedar dari koma yang panjang, Fadzrul tiada di sisi. Yang menemaniku saban waktu adalah ummi dan baba.

Lima bulan membawa kembali ingatan padaku. Tatkala itu wajah Zya Alyna dan Zayn Aliff terbayang di ruang mata. Mereka cuba menyorok segalanya dari pengetahuanku.

Akhirnya, Ayn Rezzalya yang merupakan adik bongsuku telah tanpa sengaja membongkarkan rahsia tentang ajal anak-anakku. Air mata yang turun bagaikan hujan tanpa henti dan hanya akan membanjiri bumi hatiku.

Bermula detik aku terjaga dari koma itulah, Fadzrul sangat membenciku. Rayuan dan kemaafan yang kupohon darinya tidak bererti apa-apa buat dirinya. Dia sepertinya menolak qada’ dan qadar dari Ilahi. Wajah ini tak ingin lagi dia pandang. Hanya herdikan dan jerkahan menjadi menu harianku. Air mata setia menemani hidupku saban waktu.

Luruh jantung setiap kali peristiwa ngeri itu diungkit.

“Kalau kau tak degil, semua ni tak akan berlaku!” itulah kalimat keramat yang sering merobek tangkai hatiku. Hingga murung dan rasa bersalah menebal dalam jiwaku.

Akhirnya, baba dan ummi membawaku pulang ke utara. Lama kami terpisah.

“Assalamualaikum….” Salam itu terucap sekali lagi dari dua ulas bibir lelaki yang berdiri di hadapanku.

Air mata yang jatuh dua titis aku kesat dengan belakang tangan. Aku lantas mendongak memandang seketika wajah insan di hadapanku.

“Ustaz??” bagai dalam mimpi. Lelaki budiman ini muncul lagi. Dia hanya tersenyum nipis dan mengangguk. Matanya tidak memandang padaku. Dia pasti menjaga pandangannya.

“Kenapa saya asyik jumpa ustaz masa-masa saya sedang sendiri ya?” dugaku menanti jawapan tulusnya.

“Ana ada rasa diperlukan,” katanya, tertawa halus. Dia melemparkan pandangan pada laut yang terbentang di kejauhan. Ombak yang memutih bergulung-gulung dan beroleng dihembus angin petang. Serakan warna jingga yang memenuhi langit petang menambahkan keindahan alam ciptaan Allah.

“Boleh saya Tanya?” aku cuba memecah sepi yang bertunas antara kami. Dia mengalihkan pandangan seketika padaku dan kembali melihat alam maya yang terbentang indah.

“Ustaz datang ke sini buat apa?” lanjutku. Ranting kulorekkan pada pepasir yang halus memutih. Kutulis huruf jawi dengan perkataan ‘assalamualaikum’.

“Duddy minta saya ke sini. Duddy nak saya pantau beberapa agenda yang akan berlangsung esok di dewan utama,” terangnya tanpa berselindung. Aku hanya mengangguk biarpun dia tidak melihat.

“Berapa lama Ustaz akan berada di sini?” soalan seterusnya aku lantunkan minta penjelasan. Ustaz hanya tersenyum, nipis. Lekukan lesung pipit di pipinya, menambahkan keindahan makhluk ciptaan Allah ini.

“Lima hari. Kenapa? Ayn nak saya tinggal di sini lama lagi?” soalnya berseloroh. Pandangannya jatuh pada permukaan pasir yang aku lorekkan itu.

“Hmm… menarik tulisan jawi Ayn!” Pujian itu membuatkan aku tersedak liur sendiri. Aku mengurut-ngurut dadaku yang perit terasa.

“Maaf… Ana tak berniat nak buat Ayn tersedak.” Ujarnya. Aku hanya tersenyum, payah. Serentak persoalan yang dia ajukan hilang ditelan sedakku atas perbuatannya memuji tulisan jawiku.

“Ameer,” panggilan itu membawa kami mengalihkan pandangan pada arah datangnya suara itu.

“Duddy!” seru Ameer lalu menghampiri duddynya. Tubuh tua itu didakapnya, erat. Lelaki separuh abad itu tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Ameer.

“Lepas maghrib nanti kita meeting. Ada banyak benda yang nak duddy beritahu kamu,” tegas lelaki itu memberikan arahan biarpun Nampak bersahaja. Ameer kulihat mengangguk tanpa terpadam senyuman di bibirnya yang kemerahan itu, Biarpun kulitnya sawo matang, dia tetap kacak.

“Ayn, duddy ana,” dia memperkenalkan lelaki di hadapannya padaku. Aku mendekati mereka lalu tunduk.

“Dato Naz….”

“Ya, duddy Nadya.” Terangnya ringkas. Aku mengangguk.

“Ustaz abang Nadya ke?” soalku inginkan kepastian. Ameer hanya tersenyum. Dato Nazmi mengangguk.

“Ini pakcik ana. Tapi, baba dan mama ana terlibat dalam kemalangan sejak ana 10 tahun. Duddy dan Mak Ngah yang jaga ana.” Terang Ameer panjang lebar. Aku mula mengerti kini. Anggukanku membawa kami kembali memandang laut.

“Jangan berdua-duan di sini. Bahaya! Syaitan dan iblis ada di mana-mana untuk menghasut anak cucu Adam,” tegas Dato Nazmi sambil mula mengatur langkah. Ustaz Ameer turut melangkah sama meninggalkan aku bersendirian lagi. Mungkin malu dengan duddynya, dia berlalu tanpa pametan denganku.

****************************************************

Malam itu, Nadya menghubungiku dari Spane. Dia mengkhabarkan tentang perniagaan mereka di sana. Beruntunglah Nadya punya harta, rupa dan kedudukan yang membanggakan. Mujurlah dia menjadi insan yang tidak kedekut. Dia seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang dia ada.

“Nadya, betul ke… Ustaz Ameer tu sepupu kau yang dijaga duddy dan mummy kau?” aku cuba menyelidiki kebenarannya. Aku pasti Ustaz Ameer tak mungkin berbohong tetapi kebetulan yang tak terduga sebenarnya.

“Ya, abang Ameer memang tinggal dengan kami lepas family dia meninggal tu,” perlahan nada suara Nadya. Apakah aku sudah mengguris sekeping hati perempuannya?

“Nad, maafkan aku.” Pintaku diserang rasa bersalah.

“Tak mengapa, itu cerita lama. Abang pun dah boleh terima,” ujar Nadya yang kembali seperti sediakala.

Lama kami berbual di talian. Sudah lama aku tidak bertemu Nadya. Sudah genap setahun aku menguruskan resort milik keluarga Nadya ini.

“Abang Ameer akan berkahwin hujung bulan depan.” Tiba-tiba Nadya membongkarkan rahsia Ustaz yang penuh berkarisma itu.

“Ustaz belum berkahwin ke?” terpacul soalan cepu emas itu dari bibirku. Mujurlah Nadya tiada di hadapanku. Jika tidak, di mana hendak aku sorokkan muka ini.

“Isterinya dah pergi menemui Ilahi. Dia dah tak ada sesiapa sekarang. Anak pun tiada hasil perkahwinan itu,” mengapa Nadya begitu berterus-terang tentang lelaki itu padaku?

“Hmm…. Baguslah. Beruntunglah siapa yang jadi isteri dia nanti,” spontan tuturku terlontar kata pujian. Nadya menyambung tawanya. Aku terkedu. Tiada kata yang terungkap dari bibirku kini. Pipiku jua memerah. Mujurlah Nadya tiada di hadapanku waktu ini.

“Kau tak nak kahwin lagi ke, Ayn?” soal Nadya setelah tawanya terhenti. Aku berdehem membetulkan tekak yang kering.

“Entahlah… Nad. Aku pun buntu sebenarnya. Kak Iqah beritahu ada orang masuk meminang aku,” spontan rahsia yang ingin kusembunyikan terbongkar. Nadya tertawa.

“Kenapa Nad? Lucukah? Tak layakkah aku berkahwin lagi?” persoalan demi persoalan terluah padanya.

“Bukan begitu,” kata-katanya terhenti kerna talian sudah terputus. Laut yang menjadi pemisah antara sempadan membuatkan aku sukar mendekatinya. Hendak bagaimana aku peroleh jawapan yang terhenti tadi?

Aku berteleku di atas sejadah setelah selesai menunaikan solat Isyak dan langsung mengerjakan solat sunat istiqarah. Aku mahu jawapan yang terbaik buatku. Sukar untuk melupakan peristiwa hitam yang sering melayari pentas ingatan di setiap lenaku. Doa terus kupohon ke hadhrat Ilahi agar luka yang dalam itu tidak kembali berdarah. Wajah Fadzrul cuba aku lontarkan jauh agar cerita luka itu tidak kembali ditayangkan di ruang minda ini.

**************************************************

“Ayn sayang… pandanglah ke dalam mata abang. Abang nak Ayn tahu yang abang cintakan Ayn,” lembut bicara itu bersama senyuman manis yang terukir di ulas bibir lelaki tampan seperti kacukan Arab-Melayu.

“Betulkah abang cintakan Ayn? Ayn takut…” ujarku dalam sayu yang mengusik laraku. Wajah lelaki tampan itu sering mendatangiku di setiap mimpi-mimpi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Wajahnya mirip Ustaz Ameer. Mana mungkin… si dia akan berkahwin hujung bulan hadapan. Dia bukan jodoh terbaik untukku.

“Betul sayang. Abang tak pernah berbohong. Abang hanya mendambakan cinta Ayn untuk menemani abang ke jannah. Abang pasti dengan keizinanNya, jodoh kita ada, sayang.” Bicaranya ternoktah di situ. Dia tersenyum dan berlalu pergi. Air mataku pecah bagaikan empangan. Apakah semuanya ini?

Aku bermimpi rupanya. Semua ini bukan reality. Harus kuterima segalanya bukan untukku lagi. Ingin kutanyakan pada Nadya, siapakah nama bakal isteri lelaki sedarah dengannya itu. Tapi, bimbang dia menganggap aku gilakan lelaki itu. Biarpun benar rasa cinta ini telah mula bertunas buat lelaki itu, aku harus meracunnya. Mana mungkin aku menghancurkan perhubungan luhur yang bakal dia bina bersama insan pilihannya.

**********************************************

Pagi itu, kedinginan menggigit hingga ke tulang hitam. Aku bangkit ketika terdengar laungan azan dari masjid yang berhampiran. Aku segera mencapai tuala lantas ke bilik mandi.

Usai mandi dan berwudhu’, aku mengenakan pakaian lalu mendirikan solat Subuh. Lama aku berada di tikar sembahyang. Kudoakan kesejahteraan kedua ibu bapaku yang sudah tiada. Kudoakan kesejahteraan anak-anakku yang pergi tanpa pesan. Kudoakan kesejahteraan saudara-maraku dan tak lupa doa kupanjatkan buat insan yang bakal menjadi pelindungku pada masa akan datang.

Jika dia adalah jodoh terbaikku, kau dekatkanlah hati-hati kami. Jika dia bukan jodoh yang baik untukku, kau jauhkanlah perhubungan kami. Amin ya robbal alamin…. Tangan kecilku menyapu seluruh wajah mohon keberkatan atas doa yang kupanjatkan ke hadhrat Ilahi.

Debaran mula menggila mengasak dadaku. Apakah yang bakal aku harungi hari ini?

Dengan langkah yang berat, kuhayunkan langkah ke paker. Kereta kubuka dengan cermat.

Bismillahi rohmani rohim…. Kalimat suci itu kuungkap bagi memulakan langkahku hari ini.

Dalam pemanduanku menuju ke resort milik duddy Nadya juga aku dihambat debaran yang menggila. Aku beristighfar mohon keampunan andai ada tersilap langkah.

Setelah memaker kereta Honda City milik syarikat, aku segera menyandang beg tangan jenama guest ke bahu. Langkah kuatur deras ke pejabat untuk punch in. Ketika berpapasan bahu dengan rakan-rakan sekerja mahupun orang bawahan, aku tersenyum. Aku mahu ceria menyelubungi seluruh hidupku kini.

Aku ke kafe untuk minum pagi. Di pejabat sebenarnya telah disediakan pantry. Namun, atas desakan Nisha, teman sekerjaku kami berada di sini. Aku memilih set makanan barat bersama jus oren untuk mengisi perutku. Sedikit buah-buahan kucapai untuk pencuci mulut.

“Jom… duduk di sana!” pintaku. Nisha mengangguk, setuju. Kami duduk menghadap laut yang membiru. Sejuk mata memandang.

“Aku rasa ada orang usha kaulah,” Nisha merendahkan suaranya sambil mendekati telingaku.

“Yak e? mana adalah…” aku menolak telahan Nisha sedang hatiku berbolak-balik bagai ada yang tidak kena. Makanan yang kujamah juga hanya sedikit yang mampu singgah di mulutku. Sudu dan garfu kumainkan di dalam pinggan kaca lutsina itu.

“Betul. Kejap-kejap dia pandang sini,” Nisha memuncungkan mulutnya pada orang yang dikatakan memandangku. Pandangan turut kuhalakan pada muncung Nisha. Lelaki itu. Lelaki yang mencurigakan. Apa yang dia mahukan dariku sebenarnya?

“Takut!” hanya sepatah kata terlafaz dari dua ulas bibirku. Nisha menoleh. Air mukaku turut berubah. Lelaki itu perasan perubahan air mukaku. Dia tersenyum yang menakutkan.

Telefon sonny dikeluarkan dari poket seluarnya. Panggilan dibuat. Sekejap saja, panggilan itu bersambut. Bicaranya bisu. Butir kata langsung tidak kami dengari. Dia tersenyum-senyum. Seketika kemudian, dia mengangguk-angguk lalu kembali memasukkan telefon ke dalam poket seluar jeans biru gelap yang dikenakan dengan Shirt Polo merah garang.

Seleraku terus punah. Aku segera bangun dan memberi isyarat mata pada Nisha. Temanku turut bangun. Kami segera keluar ikut pintu belakang. Pintu yang digunakan oleh pekerja kafe. Larian kami mulakan.

“Aku takut dia musuh kau,” dalam termengah-mengah Nisha berkata. Aku tidak menjawab. Resah mengatasi seluruh jiwaku kini.

Kami akhirnya sampai di pintu pejabat. Peluh bersimbah ke wajah masing-masing. Kami ke dalam lalu melepaskan lelah.

“Kenapa kamu berdua ni?” Dato Nadzmi muncul entah dari mana. Mulut kami terlopong. Mata terbeliak bagai Nampak makhluk aneh.

“Dato…. Dato….” Ujar Nisha putus nafas. Dia sepertinya tiada punca dari mana hendak memulakan penceritaan. Aku hanya membisu. Hanya riak wajah yang menjelaskan keresahanku.

“Tenang Nisha! Tenang…” balas lelaki separuh abad berkaca mata berbingkai biru itu. Nisha kembali mengurut-ngurut dadanya pinta oksigen berlabuh di rongga peparunya.

“Ada lelaki tu asyik usha Rezza. Lelaki tu macam pelik je, Dato.” Setelah dia mendapat semula kekuatannya, dia memulakan cerita yang berlaku sebentar tadi.

“Betul, Ayn?” soal Dato Nadzmi. Air mataku sudah membasahi pipi. Gementar, takut, resah dan macam-macam rasa bercampur seperti air batu campur yang bercampur dalam satu mangkuk.

“Saya Tanya betul ke? Saya tak marah Ayn pun,” suara garau itu seperti memujuk. Perilaku Dato seperti seorang ayah yang penyayang. Aku hanya mengangguk tanpa kata.

“Senyum dia menakutkan,” lanjut Nisha bagai menghuraikan babak yang melatari pentas lakonan drama sebabak tadi.

“Muka dia macam mana?” Dato Nadzmi inginkan lagi kepastian. Dia mahu mencari siapakah orang yang membuatkan Ayn lebih resah. Air muka wanita ini menggambarkan yang dia sangat takut.

“Pakai jeans biru dengan shirt merah terang,” bicara itu Nisha lanjutkan lagi. Dato Nadzmi mengangguk-angguk seperti menyimpan maklumat itu dalam memorinya.

“Kamu lari tadi…. Dia tengok tak?” siasat Dato Nadzmi lagi. Sesekali mencuri pandang padaku yang masih menangis. Tubuhku turut menggeletar, ketakutan. Ingatan pada peristiwa hitam itu kembali mengasak mindaku. Rasa ngilu pada perut membuatkan aku meraba parut bekas tikaman penjenayah itu. Andai waktu dapat aku putarkan, tak ingin lagi aku mengenang kisah lampau. Tapi apakan daya, segalanya ketentuan Ilahi. Wajah terus kutundukkan merenung kasut dan lantai yang berpermaidani hijau rumput itu.

“Assalamualaikum…. Duddy!” suara yang lunak dambaanku muncul di tengah-tengah kekalutan ini. Air mata yang kuseka kembali menitis. Aku tidak berdaya lagi. Pandangan terus kutundukkan agar si dia tidak Nampak air yang mengalir di pipiku waktu ini.

“Waalaikumussalam. Kamu dari mana Meer?” soalan Dato Nadzmi membawa Ameer melabuhkan duduknya di sofa berangkai dua, di sisi duddynya.

“Dari dewan kuliah. Baru selesai memberi slot Ameer,” terangnya tanpa memandang sekilas pun padaku.

“Duddy nak kamu upah orang siasat lelaki yang mencurigakan di sekitar resort kita ni. Orang tu seperti mengancam keselamatan Ayn,” tegas Dato Nadzmi memberi arahan. Ameer terlopong mendengar arahan tak berasas itu.

“Orang mana, dy? Musuh Ayn kot…” duga Ustaz muda itu lalu memandang sekilas pada wajah yang menunduk itu. Air mata yang membasahi pipinya mengusik rasa Ustaz Ameer.

“Ada tak kamu ambil gambar orang tu, Nisha?” Dato Nadzmi memecah sepi antara mereka.

“Tak…. Tak…. Tak pulak Dato sebab takut betul tengok dia tu,” terang Nisha. Dia juga rasa bersalah tidak mengambil tindakan untuk menyimpan foto lelaki pelik itu tadi.

“Habis tu? Macam mana saya dapat cari dia?” dua soalan sekaligus ditanya pada gadis genit berusia 28 tahun itu.

“Lelaki itu sangat smart. Tapi, ada parut pada kening kanannya. Parut tu panjang sejengkal jari,” perlahan-lahan Nisha menyusun kata. Sempat pulak Nisha usha lelaki tu. Fikirku, curiga.

“Macam mana Nisha tau dia ada parut?” Ustaz Ameer inginkan penjelasan. Dia tak mahu serkap jarang pada sesiapa. Nisha ketawa dengan nada mendatar.

“Saya tengok dia sekilas masa dia toleh pada Ayn. Dia macam nak focus betul-betul muka Ayn masa tu,” jelas Nisha lagi. Ustaz Ameer mengangguk lalu bingkas bangun. Dia berlalu ke biliknya dan kembali ke ruang tempat kami berkumpul itu.

“Dy, Ameer pergi dulu.” Katanya sambil berlalu ke pintu cermin. Jendela itu ditolak cermat lalu membolos keluar. Ke mana lelaki ini hendak pergi? Soalku, bimbang.

*************************************************************************************

Petang itu, aku ke keretaku sendirian. Hati yang resah membuatkan aku terasa perlukan si dia menemani aku pulang ke rumah sewaku. Namun, si dia entah ke mana. Apakah yang akan aku lakukan kini?

“Cik Rezza! Boleh cik ikut saya sekejap?” kehadiran lelaki pagi tadi membuatkan peluh merenek di wajah dan tanganku. Suara garau itu seperti suara yang kudengar 10 tahun yang lalu. Wajah itulah yang kulihat ketika tersingkapnya topeng pada mukanya waktu peristiwa itu berlaku. Apakah yang perlu kulakukan saat begini? Aku mula panic.

“Cik Rezza! Ikut saya sekarang!” kasar lelaki itu menyambar pergelangan tanganku. Aku meronta-ronta cuba melepaskan diriku dari pegangan lelaki kurus tinggi itu.

“Lepaskan saya! Lepaskan saya!” jeritku. Tangan kasar itu menekup mulutku dengan sehelai sapu tangan. Aku telah tidak sedarkan diri.

Di ruang yang gelap dan sempit membuatkan sendiku terasa sengal. Aku membuka mataku. Dalam kegelapan itu, aku cuba mengecam tempat aku dikurung kini. Namun, segalanya menemui jalan buntu.

Tangan dan kaki tidak dapat bergerak. Tahulah aku kini sedang terikat oleh musuhku. Ya Allah! Bantulah hambaMu. Sesungguhnya aku tak punya sesiapa lagi untuk aku bergantung harap.

Keriutttttttttt! Bunyi pintu dibuka, kasar. Aku memasang telinga untuk mengintai pergerakan musuh.

“Bangun!” tempikan suara perempuan membuatkan aku tersentak. Badanku terensut sedikit ke belakang. Tali itu kuat mengikat tangan dan kakiku.

Cahaya dari lampu picit itu dihalakan ke mukaku. Cahaya yang menerobos masuk ke retinaku membuatkan pelupuk mataku terkedip-kedip. Pedih!

“Kau tahu apa sebab aku membawa kau ke sini?” jerkah perempuan itu nyaring. Dari suara yang kudengar itu, kutahu siapakah perempuan ini. Angkara dialah, hidupku jadi kucar-kacir.

“Kau Dini! Tak puas lagikah kau mengganggu hidupku? Tak puas lagikah kau musnahkan rumahtangga aku? Tak puas lagikah kau membuatkan aku merempat akibat diceraikan suamiku sendiri?” aku melepaskan rasa geram yang membuku dalam dada. Dini tertawa dengan hilai yang nyaring.

“Aku sudah puas! Aku sudah puas! Hahahahahahaha itu yang aku mahu!” ujarnya sambil meliuk-lintukkan cahaya lampu yang dipegangnya.

“Kalau kau dah puas, lepaskanlah aku!” aku juga bertegas. Matanya kurenung tajam berpandukan cahaya lampu pada tangannya.

“Aku nak kau lihat di mana suami kau sekarang. Dia juga sudah kuberikan habuannya. Setelah dia rosakkan aku…. Dia tinggalkan aku kerana kau! Dan kau…. Punya rupa yang cantik. Bijak dan mampu menjawat jawatan tinggi di syarikat terkemuka pulak kan?” dia menjeling, marah. Air mukanya begitu keruh. Aku tidak gentar merenung ke dalam matanya yang marak dengan api amarah itu.

“Aku tak terlibat dengan permainan kau orang berdua. Itulah…. Perempuan murahan macam kau akan hanya dapat habuan yang begitu!” sindirku. Jijik melihat wajah perempuan yang kusangka terkena akibat dari perbuatan lelaki durjana. Rupanya, dia punya seribu agenda untuk menjatuhkan aku sekaligus merosakkan rumahtanggaku.

Malam itu, setelah aku ditikam oleh lelaki yang bertanggungjawab membawaku ke sini petang tadi, doctor memaklumkan bahawa ada seorang lelaki yang membawaku ke hospital. Namun, tidak kutahu gerangannya itu hingga ke hari ini.

Aku dikahwini Fadzrul setelah dua bulan peristiwa ngeri itu berlaku kepadaku. Aku bunting pelamin. Setahun perkahwinan kami, sepasang kembar tidak seiras dan berlainan jantina telah dikurniakan Ilahi buat kami. Kehadiran dua orang cahaya mata menyerikan lagi hidup kami.

Tanpa diduga, aku telah bertemu dengan Dini di sebuah pasar raya. Dia merayu-rayu agar aku membantunya yang telah ditipu oleh lelaki. Akibatnya, aku membawa dia menumpang di rumah teres setingkat milikku di Klang. Sejak itulah, aku sering berhubung dalam diam dengan Dini.

Akhirnya, Fadzrul dapat menghidu hubungan persahabatan antara kami. Dia meminta agar Dini datang ke rumah semasa dia out station. Aku tidak kesunyian lagi. Aku sudah punya teman untuk menemani ketika ketiadaan Fadzrul.

“Bang, ayang nak balik rumah ummi. Ada kenduri doa selamat untuk Arwah abang long minggu depan,” beritahuku pada lelaki itu. Kebetulan dia juga akan pergi out station pada waktu yang sama. Namun, dia enggan melepaskan aku pulang bersendirian dengan anak-anak yang masih kecil. Aku terus mendesak dan mendesak.

“Pergilah!” katanya biarpun tanpa rela.

“Dah puas renung aku?” dia menuding jari telunjuknya ke mukaku. Aku menggeleng-gelengkan kepala untuk mengelak dari perlakuannya itu.

“Lepaskan aku sekarang!” aku mula memberontak. Dia tersengih, jahat. Wajahnya seperti sudah ditumbuhi tanduk syaitan.

“tuiih! Semudah itu aku nak lepaskan kau?” dia meludah ke lantai dan bertanya dengan bongkak. Aku menjelingnya, bengang. Dia tersenyum, senget.

“Aku akan lepaskan kau. Lepas tu, aku nak kau ikut aku ke suatu tempat. Ada rahsia yang aku nak tunjukkan pada kau!” katanya. Aku mengangguk, setuju. Setidak-tidaknya aku boleh bertindak melepaskan diriku dari keganasannya.

“Marx!” panggilnya. Lelaki yang kulihat petang tadi muncul dengan panggilan hanya sekali.

“Ya, puan!” balas lelaki itu tegas tanpa senyum. Wajah seriusnya membuatkan aku sedikit kecut. Tapi, aku cuba menyembunyikan rasa gentar itu. Aku pura-pura berani.

“Buka ikatan betina ni!” dia menudingkan jarinya sekali lagi ke hidung mancungku. Marx mengangguk lalu meleraikan ikatan pada kaki dan tanganku. Aku berasa amat lega dapat meluruskan kaki dan tanganku. Lelaki itu menunggu arahan seterusnya.

“Bawak dia ke rumah usang tu!” tegas bicaranya. Dia langsung berdiri dan menunggu dalam kereta sementara Marx bertindak menguruskan diriku.

“Cepat! Jangan nak mainkan puan aku! Dia boleh buat kau lebih teruk dari sekarang ni.” Dia merendahkan suaranya. Wajahnya tetap serius seperti tadi. Tidak pernah tersenyumkah dia sepanjang berada di sisi Dini? Patutlah senyumannya pagi tadi agak menjengkelkan. Fikirku.

******************************************************************************

Deruman enjin dimatikan. Dini keluar terlebih dahulu. Diikuti oleh Marx sebelum membuka pintu belakang di mana aku ditempatkan. Tanganku turut diikat dengan seutas tali. Mungkin Dini bimbang aku akan melarikan diri sekiranya kedua tanganku tidak diikat.

“Keluar cepat. Dia akan bertambah berang melihat kau begini!” ton suaranya juga tidak segarang petang tadi. Aku hanya menurut tanpa bantahan. Mungkin juga ajalku di sini. Aku harus redha. Detik hatiku.

Ketika pintu terkuak, alangkah terperanjatnya aku melihat sekujur tubuh yang dulunya gagah, terbaring lesu tak bermaya. Wajahnya cengkung amat. Matanya sedikit terperosok ke dalam.

Tempat tidurnya kotor dan berbau. Kasihan dia! Desis hatiku.

“Aku puas dia begini,” pernyataan itu tidak berperikemanusiaan.

“Kau binatang!” kataku. Bengkak rasa hatiku melihat Fadzrul diperlakukan begitu. Pasti nerakalah tempat perempuan durjana ini. Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini. Dia adalah mangsa keadaan. Aku sudah lama memaafkan segala dosanya terhadapku. Amin!

Aku meraut wajah dengan kedua belah tangan. Air mata yang hamper menitis kukawal. Aku mahu dia lihat aku kuat untuk membelanya dari perbuatan keji isterinya sendiri.

“Marx! Sekarang bawak betina ni ke dalam. Ikat dia macam biasa. Lepas ni, bakar rumah ni. Biar mereka sehidup semati!” tegas Dini memberi arahan. Aku cuba berlari. Namun, gelap malam tidak memungkinkan aku lepas dari manusia durjana ini.

Kakiku tersadung akar banir. Aku terduduk dan mengawal diri agar tidak menjerit biarpun kesakitan yang teramat.

Perlahan-lahan aku mengensut untuk berlindung di belakang pohon besar yang kupegang ini. Aku hanya berdiam di situ dengan tawakal kepada Allah taala.

“Hey perempuan! Ke mana kau nak lari hah?” jeritan itu semakin hamper. Aku membaca surratul qursi. Hanya ini yang mampu aku ingat ketika darurat sebegini.

Cahaya dari lampu picit yang mereka bawa mengundang resah dalam dada kerna ada kemungkinan mereka akan Berjaya mengesan aku di sini. Namun, bibirku terus basah dengan bacaan suratul kursi. Hanya ada Allah tempat aku bergantung harap kini. Ya Allah! Lindungilah aku dari malapetaka ini. Peliharalah daku dari perbuatan manusia durjana ini.

“Mana kau nak lari, perempuan?” suara Marx yang berselang-seli dengan suara Dini terasa sudah melepasi kawasan aku sedang bersembunyi. Namun, aku tidak berani keluar apatah lagi kakiku yang terseliuh akibat tersadung akar banir tadi.

Bunyi cengkerik dan riang rimba menjadi irama yang paling indah kudengar. Lidahku basah dengan zikirullah. Doa jua kupanjatkan untuk memohon perlindungan dari segala kecelakaan terhadap diriku.

*************************************************

“Nisha, ke mana Ayn?” soalan pertama yang terbit dari mulut Dato Nadzmi membuatkan Nisha bungkam. Dia jua tidak pasti ke mana hala tuju temannya itu. Dia terpaksa pulang awal memandangkan ibunya asma semalam.

“Saya balik awal semalam. Mak saya asma, Dato.” Beritahu Nisha. Wajahnya dihurung kesedihan. Air mata gadisnya, jatuh setitik demi setitik.

“Saya dah hubungi dia berkali-kali. Semalam pengawal keselamatan ada beritahu… dia dibawa oleh kereta Mazda lama. Pengawal itu pun tak sempat ambil nombor plet atau modelnya,” Dato Nadzmi menghuraikan lagi kekeliruan itu. Nisha tidak beriak. Hatinya benar-benar walang. Doa terus dipanjatkan kepada yang kuasa.

“Dato dah laporkan kepada polis?” mungkin Dato Nadzmi panic. Biarlah dia mengingatkan pada lelaki itu. Fikir Nisha.

“Dah. Ameer pun dah berusaha keras untuk mendapatkan sebarang maklumat bagi membantu polis,” lanjut Dato Nadzmi lagi. Dia meramas-ramas rambutnya yang lurus dan tersusun rapi itu. Jika begitu keadaannya, dia amat buntu.

“Duddy!” panggilan telefon itu membuatkan Dato Nadzmi bersedia untuk semua kemungkinan. Dia sekejap berdiri dan sekejap duduk.

“Kami dah jumpa Ayn. Dia dah dibawa ke balai polis berhampiran,” laporan anaknya membuatkan hati Dato Nadzmi sedikit kelegaan.

“Bagaimana keadaan dia sekarang, Meer?” soalnya benar-benar teruja. Nisha yang duduk berhampiran turut teruja untuk mendengar perkhabaran temannya itu.

“Kaki Ayn terseliuh masa dia lari dari penjenayah. Yang memudahkan lagi kerja polis, perempuan tu adalah orang yang Ayn kenal.” Keterangan Ameer membuatkan Dato Nadzmi senang hati. Nisha juga sudah mulai tersenyum. Doa mereka termakbul jua akhirnya.

“Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita buat Ayn!” tokok Dato Nadzmi. Di wajahnya tumbuh meliar bunga-bunga bahagia. Pada pandangan Nisha, Dato Nadzmi sayang benar pada janda muda itu. Mungkin dia ingin menjadikan Ayn isteri mudanya barang kali. Fikir Nisha sambil tersenyum-senyum kambing.

“Apa kena dengan kamu ni, Nisha?” Nisha bungkam. Apa alas an yang harus dia beri.

“Tak adalah, teringat masa kami lari dari penjahat yang sedang usha Ayn tu,” bohongnya. Mudah-mudahan Dato tak terhidu buah fikirnya sekejap tadi.

“Hmm… mujurlah kami dapat maklumat dari kamu masa tu. Jadi, Ameer dah boleh mengagak semua tu… Kalau tidak, apalah nasib Ayn sekarang.” Putus Dato Nadzmi lagi.

“Ok saya nak ke balai polis Teluk Kemang kejap. Ay nada di sana. Kamu jaga office,” tegas Dato Nadzmi dan Nisha hanya mengangguk.

**********************************************************

Tuntutan insurans Fadzrul yang dibuat Dini juga terbatal. Dini telah memalsukan sijil kematian suaminya. Segala harta kepunyaan lelaki itu turut dijualnya satu persatu. Dia yang melanggar Fadzrul dan menyimpan lelaki itu di rumah usang dalam hutan.

Hasil reman Marx, segala rahsia tentang percubaan membunuh Ayn juga terjawab. Dia adalah lelaki yang diupah oleh perempuan itu untuk membunuh Ayn angkara dendam. Kali ini juga mereka sekali lagi cuba membunuh Ayn bersama Fadzrul di rumah usang itu.

Kedatangan Dato Nadzmi dan Ustaz Ameer membuatkan hati Ayn lapang sedikit. Setidak-tidaknya, dia tahu yang dia masih dilindungi Allah dari kecelakaan yang berat.

Ayn berada di hutan bersendirian dalam kedinginan malam tak berselimut mahupun berbantal. Dia tak dapat melelapkan mata walau sepicing pun kerna bimbang penjenayah dapat mengesannya. Dia hanya berserah.

Kehadiran anggota polis dan pemuda yang dikenalinya pagi itu, membuatkan harapannya kembali menyala. Allah masih memanjangkan usianya untuk sehari lagi.

“Macam mana Ustaz tahu saya di sini?” soal Ayn ketika berada di dalam landrover. Ameer hanya tertawa, halus.

“Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih,” hanya itu jawapan yang dia perolehi dari mulut lelaki itu.

Dini hamper gila. Dia dan Marx akan didakwa. Dakwaan melibatkan pelbagai kes. Antaranya cubaan membunuh, mencederakan, mengedar dadah dan banyak lagi.

**********************************************************************

Fadzrul dibawa ke hospital pakar di Seremban. Dia akan dirawat di sana. Kasihan Fadzrul. Akibat keterujaannya membenci Ayn, dia terjatuh ke dalam perangkap Dini.

“Abang minta maaf, Ayn. Kalau abang tak ikut hati yang penuh amarah ni, perkara sebegini tak akan berlaku…” rintih Fadzrul. Di wajahnya bergayutan bunga-bunga sesal. Air mata lelakinya deras menuruni pipi. Berbulan dia menanggung azab. Dia hanya diberi makan nasi kosong dan air sejuk.

Teringat kenangan ketika bersama Ayn. Dia amat bahagia bersama wanita kecil molek ini. Namun, angkara kematian anak-anaknya yang terlibat dalam kemalangan pada malam hitam itu, dia terus membenci Ayn biarpun berulang kali wanita ini merayu dan memohon kemaafan. Dengan dendam yang teramat dalam, dia memperlakukan wanita ini seperti binatang ternakan. Dia mengherdik malah mengasari tubuh isteri yang pernah dia sayang sesungguh hatinya. Kejam benar, dia.

“Ayn dah lama maafkan Fadz,” kata Ayn. Dia tak mahu dendam merajai hatinya. Dia mahu kepergiannya menghadap Ilahi kelak dalam damai yang tak bertepi.

“Abang menyesal. Segalanya berpunca dari tindak-tanduk abang yang bodoh ni,” lanjutnya. Aku meletakkan jari pada bibir isyarat meminta dia menzip mulutnya. Aku tak ingin mendengar apa-apa lagi dari mulut lelaki itu.

Fadzrul masih terlantar. Dia kesal. Talak 3 yang dilafazkan tidak memungkinkan lagi dia dapat kembali membina bahagia bersama bekas isterinya itu.

“Ayn balik dulu, Fadz. Jaga diri. Ikut cakap doctor. Nanti boleh cepat sembuh,” ujar Ayn lantas berdiri dari kerusi di sisi katil pesakit. Fadzrul hanya merenung sayu. Kolam matanya bagai hendak pecah lagi. Namun, sedaya upaya dia menahannya.

Dia memandang sepi pada setiap langkah yang diatur oleh wanita yang pernah dia sayang dulu. Andai punya waktu, dia ingin kembali bersama. Apakan daya, sudah suratan tertulis begitu. Dia perlu merelakan.

Dia mulai merapati Dini kembali ketika Ayn sedang koma dan terlantar di hospital. Dia sekali pun tak pernah menziarahi wanita itu. Dia bengang dan marah kerna kedegilan Ayn hendak pulang ke kampong biarpun puas dia menegah. Akibatnya, kemalangan itu telah meragut nyawa anak-anaknya yang masih kecil itu. Dia menyalahkan takdir. Dia enggan menerima qada’ dan qadar yang menimpa dia dan isteri.

**********************************

Ayn Raziqah telah membuat segala persiapan untuk majlis perkahwinan adiknya. Dia mahu kesempurnaan dalam majlis itu nanti. Ayn Rezzana seganding dengan pengantin lelaki. Dia mahu adiknya bahagia dalam perkahwinan kali kedua ini. Kasihan adiknya, angkara dendam dan kebencian orang yang meruntuhkan mahligai impiannya dulu. Kali ini, biarlah dia mencipta bahagianya sendiri.

Kini, tiada ummi dan baba untuk menguruskan walima adiknya. Namun abang ngahnya, Aniq Razimi yang akan mewalikan adiknya itu. Lega terasa bila mana Ayn Rezzana sudi menjadi pengantin perempuan kepada bakal adik iparnya.

Hantaran juga sudah tersusun indah di atas permaidani rona merah berbunga kuning di sudut ruang tamu rumah pusaka orang tua mereka. Rumah ini dihuni oleh Ayn Raziqah dan keluarganya atas persetujuan kesemua adik-beradik. Ayn Rezzalya kini berada di Ireland kerna menuntut dalam bidang kedoktoran. Majlis dua hari lagi akan berlangsung. Ayn Rezzalya akan tiba petang nanti di KLIA. Ayn Rezzana yang akan menjemput anak gadis itu lantaran akan pulang bersamanya ke Sungai Petani. Ayn Raziqah selalu mendoakan kesejahteraan adik-adiknya.

Abang kepada Ayn Rezzalya, Aniq Rezzwan juga sudah berkahwin dan menetap di Madinah. Dia adalah pensyarah di universiti terkemuka di sana. Dia sudah pulang untuk menghadiri majlis kakaknya sejak minggu lalu. Teruja benar bila mendengar khabar akan perkahwinan kakaknya biarpun kali kedua.

***********************************************

“Nad!” panggilku saat pandangan terhala kepada teman yang amat aku sayangi. Kehadiranku ke KLIA ini adalah untuk menjemput adik bongsuku, Ayn Rezzalya. Kebetulan bertemu dengan Nadya.

“Ayn, Rindu kau!” balasnya lantaran memeluk tubuh kecilku sambil melaga-lagakan pipi kami.

“Kau balik terus ke, Nad?” soalan itu spontan terpacul dari mulutku. Dia tertawa sambil mencubit pipiku.

“Aku baliklah. Kan dah bagi tau kau yang Abang Ameer akan kahwin,” dia menyatakan tujuan kepulangannya ke Malaysia. Senyuman di bibirnya kian melebar. Aku tersipu-sipu, malu. Bagai sengaja membongkar tujuan yang sukar benak ini menerimanya.

“Bila abang kau tu nak kahwin?” aku pura-pura bertanya walhal dalam benak ini sering teringat akan tutur bicara Nadya bahawa abangnya akan berkahwin hujung bulan ini. Nadya hanya tersengih, jahat.

“Nanti pasti duddy akan jemput kau jugak. Tungguuuuu!” usikan Nadya membuatkan aku terdiam.

“Siapa yang akan jemput kau, Nad?” soalku tiba-tiba setelah terdiam akibat terkena usikan gadis genit ini. Nadya menutup mulutnya akibat kuapan.

“Driver duddy. Duddy dengan mummy kan sibuk sangat… Aku tak kisah pun asalkan abang aku happy saja,” jelasnya. Air mukanya menampakkan dia benar-benar gembira. Nadya juga sudah punya pilihan. Mungkin hujung tahun ini mereka bakal melangsungkan perkahwinan. Dia turut gembira dan berbangga kerna temannya akan menamatkan juga zaman bujang nanti.

Pandanganku melilau ke sekitar lapangan menunggu ini. Aku sedang mencari-cari kelibat adikku itu.

“Alya!” seruku sambil melambaikan tangan kepada anak gadis yang beriringan dengan seorang temannya yang tinggi lampai. Mereka asyik berbual sambil tangan ligat menolak troli.

“Alya!” sekali lagi sebaris nama itu aku seru. Nada suaraku naik satu aktif. Alya memandangku lalu menunjukkan isyarat tangan kepada temannya untuk berpatah balik kepadaku.

“Tak Nampak Kak Ana ke?” soalku. Dia tertawa. Tangan dihulurkan untuk menyalamiku. Kami berpelukan seketika melepaskan rindu dendam yang bertunas sejak bertahun lamanya.

“Ini Kak Nad. Kawan Kak Ana di Willington dulu. Sekarang CEO di Syarikat Lucky Women di Spane,” terangku. Alya mengangguk-angguk dengan muka yang teruja. Senyuman manis tidak lekang dari dua ulas bibirnya. Nadya hanya memandangku terkebil-kebil. Mulutnya bagai terkunci saat aku membongkarkan semua kisahnya.

“Tak kenalkan kawan tu kat Kak Ana?” soalku bila melihat teman Alya hanya membisu. Mukanya bagai cicak berak kapur mendengar bait-bait perbualan antara kami. Nadya juga bagai hilang bicara. Hanya senyuman yang terukir di bibirnya.

“Ops! Lupa nak kenalkan. Ini Ezlyn. Dia kenalan Alya dari Amsterdam.” Rupanya teman Alya adalah warga Belanda. Kami turut menyalaminya.

“Jom! Nanti jalan jam. Kita nak berjalan jauh ni,” ajakku bila terasa masa sudah terlalu pantas berlalu. Jam tangan jenama Adidas yang terlekap kemas di pergelangan tangan kananku direnung.

“Jom. Kak Nad, nanti jangan lupa datang ke majlis Kak Ana. Kami tunggu!” Alya memang peramah orangnya. Dia mudah mesra dengan sesiapa saja yang dirasakan serasi dengannya.

“Insya Allah, Kak Nad pun ada kerja kat area situ masa Kak Ana awak punya wedding tu…” jelas Nadya. Dia menggenggam erat tangan Alya. Tubuhnya dirapatkan pada anak gadis itu lalu membisikkan sesuatu. Timbul tanda Tanya pada benakku bila melihat Alya menulis sebaris nombor lantaran menyerahkan pada temanku itu.

“Ok jom gerak sekarang!” ajak Alya. Kami berpametan dengan Nadya. Nadya melambai-lambaikan tangan kepada kami. Alya dan Ezlyn menolak troli masing-masing.

******************************************************************************

Jam sepuluh malam, aku dan Alya tiba di rumah di Sungai Petani. Di sini, kami tinggal di kawasan perkampungan yang menghala ke Pantai Merdeka. Tempat yang terkenal kepada pelancong yang mengunjungi negeri Jelapang Padi ini. Baba seorang pengetua sekolah menengah di daerah ini. Namun, baba sudah pergi bersama ummi yang dikasihi.

“Come in, Ezlyn. Welcome to our home,” ajak Alya kepada temannya. Ezlyn seorang yang pendiam. Dia kurang bicara. Mungkinkah dia akan selesa tinggal di sini?

“Thanks. I love it very much!” hanya sebaris ayat yang dia tuturkan sepanjang berada di kampong ini. Alya akan membawanya bersiar-siar esok.

Kak Iqah, Abang Ngah dan Iwan sangat sibuk. Kalau Abang long bersama ummi dan baba masih ada, pasti majlis itu meriah. Debaran di dadaku kembali menggila. Lusa aku bakal dinikahkan dengan Muhammad Nuqman yang tidak aku kenali. Sepanjang istiqarahku, wajah yang samar-samar itulah yang sering mengunjungi setiap lenaku. Kuharapkan ini adalah jodoh terbaik untukku.

Denai-denai hari terakhir yang kulalui sebelum aku bergelar isteri kepada Muhammad Nuqman mengulit resah dalam jiwaku. Apakah keputusan yang kuambil ini sudah jalan lurus dan tidak bengkok lagi? Teringat akan Ustaz Ameer. Dia juga bakal berkahwin dengan pilihan hatinya. Nadya, tolonglah. Aku rindukan dia. Jika takdirnya dia menjadi milikku, alangkah indahnya perjalanan hidup ini.

Ya Allah, aku tidak boleh mengingati orang lain. Apatah lagi aku bakal menjadi isteri orang. Malah, dia juga sudah punya pilihan hati yang akan menjadi suri hidupnya tidak lama lagi. Ya Allah, berilah kekuatan buatku untuk melupakannya! Amin…. Aku meraup mukaku dengan harapan Allah akan mengabuli doaku.

Malam itu, aku berdiri di beranda rumah pusaka yang telah diberi wajah baru oleh kami adik-beradik beberapa bulan yang lalu. Bintang-bintang bertaburan di dada langit mengindahkan malam yang sepi. Angin berhembus lembut. Kedinginan malam membawa resah menghimpit rasa yang sukar hendak aku tafsirkan. Semua penghuni rumah masih sibuk membuat persiapan terakhir untuk hari istimewa dalam hidupku esok. Namun, hati ini digeletek resah yang berpanjangan. Aku ingin sendiri. Persiapan yang kulihat hambar belaka. Kak Iqah pernah meminta aku bertemu dengan Nuqman. Namun, aku enggan kerna aku sukar menghakis rasa ingin disayangi Ustaz Ameer yang berkaliber itu. Jika aku jadi isterinya, pasti dia akan menjadi pemimpinku ke jannah. Namun apalah daya, kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya.

“Belum tidur, Ana?” soalan Abang Ngah bagai hendak mencabut nyawaku. Aku terdongak sambil mengurut-ngurut dadaku mengembalikan semangat yang melayang seketika tadi.

Baru kusedari bahawa semua penghuni rumah telah masuk tidur. Hanya kedengaran motorsikal mat-mat rempit yang kedengaran menderu di luar sana. Wajah Abang Ngah kurenung, garang. Namun, senyuman mengusik tersungging di bibirnya.

“Kus semangat! Abang Ngah nak Ana mati cepat agaknya!” marahku. Mulutku muncungkan sedikit tanda protes. Dia tergelak melihatnya.

“Kak Susie dah tidur ke?” setelah reda kemarahanku, soalan itu yang terpacul keluar.

“Dah. Abang nak minum air tadi. Tengok Ana duduk sini sendiri, kenapa? Tak boleh tidur?” bertubi-tubi soalan ditembak padaku. Aku menggoyang-goyangkan tangan meminta Abang Ngah menyoal satu persatu.

“Betulkah apa yang Ana buat ni, Ngah? Ana nak kahwin esok tapi hati Ana masih pada orang lain,” ceritaku. Memang sedari kecil sudah tiada rahsia antara aku dengan lelaki ini. Dia amat memahamiku.

Wajahku direnungnya, lembut. Dia seperti memikirkan jawapan terbaik buatku. Dia menopang dagu di atas pahanya sendiri. Dia hanya duduk beralaskan bendul pintu.

“Ana, sebelum ni Ana dah buat istiqarah, kan? Allah telah memberikan petunjuk yang terbaik buat Ana. Soal perasaan kepada orang lain tu…. Ana perlu kuburkan sikit-sikit. Abang percaya yang akhir nanti… perasaan tu akan lenyap juga. Malah, jika kasih sayang Nuqman mengatasi semuanya, perasaan pada orang lain tu akan hilang.” Jujur Abang Ngah menyuarakan pendapatnya. Aku tertunduk merenung lantai papan yang dialas tikar getah bercorak bunga-bunga Kristal. Lama kucuba mencerna bait-bait kata yang terlafaz dari bibir Abang Ngah.

Kemudian, aku mengangguk. Tubuh kurus tinggi itu aku rangkul dalam pelukan. Bersyukur kerana aku sudah punya jalan tidak berpenghalang lagi.

“Night! Assalamualaikum!” kataku. Aku berlari ke bilik yang dihuni Alya. Abang Ngah kutinggalkan begitu saja. Hatiku telah lapan selapangnya.

Setelah berbaring di sofa dalam bilik adikku itu, aku mula keletihan. Letih akal dan fikiran. Akhirnya mataku terlelap jua.

****************************************************************

Seawal pagi, Kak Iqah sudah mengejutkan kami. Kami mandi dan menunaikan solat berjemaah dengan berimamkan Abang Ngah. Alunan bacaan Al-quran oleh abang kesayanganku begitu lunak. Tenang dan damai menelusuri segenap pelusuk hatiku. Bahagia, aku dambakannya setiap detik dan waktu.

“Ana, pukul 10:00 nanti, Kak Imah datang make-up. Ana mandi cepat sikit. Pukul 11:30 kita akad nikah kat masjid. Lepas tu… kita akan balik ke rumah dengan pengantin lelaki sekali,” satu persatu Kak Iqah merencanakan perjalanan majlis. Aku hanya mengangguk. Kak Iqah keluar meninggalkan aku bersendirian.

Langsir kukuak sedikit. Kurenung khemah-khemah yang telah didirikan oleh warga kampong. Mereka sedang memasak lauk-pauk di belakang rumah. Anak-anak kecil sedang bermain kejar-mengejar di halaman rumah biarpun telah dipenuhi dengan khemah. Anak-anak gadis sedang sibuk menyusun atur perabot agar betul duduknya. Wanita-wanita sebaya ummi sedang sibuk di dapur. Meriah sungguh suasana di rumahku. Namun, aku biasa-biasa saja. Biar hati telah menerima kata-kata Abang Ngah malam tadi, tapi perasaanku tidak berganjak sedikitpun dari terus mengingati Ustaz Ameer. Apakah aku ini tidak sedar diri? Mengenangkan hak orang biarpun diri juga bakal menjadi milik orang.

“Kak Ana, dah mandi?” soalan Alya mengembalikan aku ke dunia reality.

“Kak Ana, dah siap ke?” Alya menyoal lagi soalan seterusnya. Namun, mataku terkebil-kebil memandangnya. Dia tersenyum, manis.

Aku mendongak memandang tunak ke dalam anak matanya. Senyuman manis terukir di bibir adikku itu.

“Kalau tak nak kahwin…. Boleh tak?” sengaja aku buat muka teruja inginkan jawapan. Dia menguak anak rambut yang berjuntaian di dahi ke sisi kepalanya. Dia memandang garang padaku sambil mencekak pinggang. Mungkinkah sebentar tadi bom yang melanda Hiroshima dan Nagasaki bakal meletus di rumahku pula?

“Jangan nak mengada-ngada! Dari jauh Alya balik untuk raikan Kak Ana. Sesedap rasa saja tak nak kahwin. Kami yang akan malu!” mulutnya memuncung. Jika disangkut kain baju, barangkali lepas.

“Kak Ana takutlah, dik. Kak Ana takut tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia,” nada suaraku dipenuhi dengan sebak yang terkawal. Wajah kutundukkan merenung permaidani hijau rumput yang terhampar indah di bilik pengantin ini. Kulihat Alya serba salah. Dia menghampiriku lalu duduk di sisi. Bahuku dielus, lembut.

“Jangan macam ni. Abang Nuqman tu baik orangnya. Dia pasti akan beri masa untuk Kak Ana belajar menerima dia,” pujuk Alya. Dia mengusap kepalaku yang masih basah dengan air mandi. Cuma, aku tidak berani mengenakan baju kurung moden putih gading itu ke tubuh. Jika aku sudah lengkap berpakaian, Tukang Andam akan masuk untuk menyolekkan aku. Bimbang program akan terus berjalan dengan lancar tanpa halangan lagi.

“Betul ke, dik? Kamu dah kenal ke?” soalku inginkan kepastian. Semua orang berkata Nuqman itu baik orangnya. Jika dia kaki pukul, macam mana?

“Betul…. Cepat! Pakai baju tu. Kejap lagi Kak Imah nak masuk solek awak ha!” tegas Alya. Aku terdiam sejenak. Baju putih gading itu terus kurenung dengan penuh tanda Tanya. Adakah aku layak mengenakan pakaian itu sekali lagi? Apakah denai-denai bahagia yang kujejaki akan kutemui jika bersama Nuqman nanti?

“Pengantin dah siap ke?” Kak Imah menjengukkan kepala di balik pintu yang sedikit ternganga. Aku dan Alya menoleh, serentak. Alya sudah tarik muka. Aku hanya selamba.

“Pengantin degil!” ujar Alya sambil berjalan ke pintu hendak keluar. Biar Kak Imah saja yang menguruskan pengantin.

“Pakailah baju tu, Ayn. Nanti kelam-kabut pulak bila pengantin lelaki dah sampai kat masjid. Cepat! Kak Imah nak make-up Ayn,” lembut Kak Imah memujuk. Tidak baran seperti Alya.

Tanpa banyak bicara, aku menyarungkan jugak pakaian pengantin itu ke tubuh. Muat-muat dengan tubuh kecilku. Aku menghampiri cermin lalu menilik tubuhku dalam pakaian pengantin. Nampak diriku lain dari selalu.

“Cantik! Ayn memang cantik!” pujian Kak Imah membuatkan aku sedikit tersenyum. Mulut terus kukunci dari berbicara dengan Tukang Andam berkaliber ini.

“Duduk kat kerusi ni. Kak Imah nak mulakan make-up muka Ayn. Biar Nampak lebih berseri dari selalu. Biar hari ini Ayn dapat abadikan keindahan wajah dan tubuh Ayn sepanjang hidup akan datang,” Kak Imah bijak mengatur kata. Hatiku mulai lembut. Aku menurut tanpa bantahan.

Selesai aku disolekkan, aku mengenakan skulator 3 inci. Aku berdiri di hadapan cermin merenung wajah dan tubuh yang telah berhias cantik. Namun, hatiku tidak secantik yang mereka mahukan. Aku masih diburu rindu. Rindu pada si dia yang entah di mana kini.

**********************************************************

Setelah Kak Imah berpuas hati dengan hasil kerjanya, dia berlalu memberi ruang untuk aku bersendirian. Nadya juga menyatakan dia tidak dapat hadir. Ada urusan yang perlu diselesaikan dengan keluarganya. Jika dia ada, pasti aku dapat meluahkan rasa. Dalam telefon, semua itu tidak bermakna. Dia tidak dapat melihat keresahanku.

“Ayn, jom kita nak ke masjid sekarang!” Kak Iqah muncul di muka pintu. Dia sudah lengkap dalam persalinan kuning keemasan seperti ahli keluarga yang lain. Hanya aku yang memakai baju putih gading.

“Kita kena pergi sekarang. Pengantin lelaki dah ada di sana,” terang Kak Iqah memaut lembut bahuku. Aku bagai lembu dicucuk hidung hanya menurut tanpa bantahan. Debaran yang menggila bagai hendak meruntuhkan dinding batu yang dibina dalam hatiku.

Dua buah kereta dari keluarga pengantin perempuan. Aku menaiki kereta yang dipandu Abang Ngah. Ditemani Alya dan sepupuku, Anissa.

“Tenang, dik. Abang Ngah pasti adik akan bahagia bersama Nuqman nanti,” Abang Ngah membisikkan kata keramat itu buatku ketika kami tiba di pekarangan masjid. Aku hanya menggenggam erat tangannya. Aku gementar sebenarnya.

“Ngah, doakan yang terbaik buat Ana ya?” pintaku penuh berharap. Abang Ngah tersenyum dan mula mengatur langkah ke bahagian lelaki. Aku bergandingan dengan Alya yang Nampak begitu manis dalam persalinan baju kurung moden rona kuning keemasan itu. Dia selalu brootle saja.

“Aku terima nikahnya… Ayn Rezzana Amran dengan mas kahwinnya RM1000 tunai!” lafaz keramat itu telah menjelaskan statusku kepada lelaki yang digelar Nuqman. Air mata jatuh lebat menimpa tangan bajuku yang dihiasi kerrawang dan labuchi.

Semua yang hadir menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Seribu rasa yang merobek tangkai hatiku kini. Namun, sebaris nama yang kupuja tak kunjung padam. Perkahwinanku tidak ditemani Nadya dan teman-teman yang lain. Hanya kuharap doa restu dari mereka buat kami.

“Ok upacara membatalkan air sembahyang. Pihak lelaki nak datang ke sini!” terdengar suara Makcik Leha memberitahu semua hadirin.

“Tepi sikit. Beri laluan pada pengantin lelaki kemari,” tegasnya lagi. Mereka berensut sedikit ke tepi. Debaran terus menggila. Wajah kutundukkan sehabis daya. Air mata tidak mahu berhenti mengalir.

“Salam suami kamu,” Kak Iqah memberi arahan. Aku hanya menghulurkan tangan tanpa mengangkat muka. Aku takut untuk menghadapi kenyataan.

“Assalamualaikum!” suara itu membuatkan aku terdongak. Adakah aku bermimpi di siang hari? Mana mungkin suara itu yang kudengar kini.

“Assalamualaikum isteri kesayangan ana!” Dia lantas mengucup ubun-ubunku, lama. Terasa hangatnya kasih yang mengalir di situ. Aku bagai terkena renjatan elektrik tak mampu berbuat apa-apa.

“Ayn sihat?” dia terus bertanya. Aku hanya mengangguk. Dia memakaikan aku seutas rantai tangan bertatahkan permata Kristal. Halus buatannya.

Aku mencubit pahaku sendiri. Aku bimbang sedang bermimpi. Aduh! Sakitnya. Memang benar aku tidak bermimpi.

“Jom ke rumah semuanya! Jemput…. Jemput ke rumah!” lantang suara Abang Ngah sebagai ketua keluarga. Hadirin sudah mula beredar.

“Congrats, friend!” lunak suara itu membuatkan aku sekali lagi bagai ditipu hidup-hidup.

“Kau kata ada urusan dengan keluarga kau?” soalan bodoh kuajukan biarpun kutahu semua ini adalah perancangan yang teliti.

“Inilah urusan aku. Jaga abang aku elok-elok,” hadiah dihulurkan buatku. Aku terasa dipermainkan oleh mereka. Rasa ingin menjerit melepaskan rasa.

“Berapa harga yang aku perlu bayar untuk lakonan kau orang ni ha?” bentakku pada Nadya yang masih berdiri di sisi. Air mukaku juga tidak ceria.

“Jangan begitu sayang.” Bisik suara lunak itu ke telingaku. Aku pura-pura tidak dengar. Dia memelukku, erat. Namun, aku bagaikan salji di musim bunga di tanah Eropah.


“Kenapa semua keluargaku kata abang kau ni namanya Muhammad Nuqman?” soalku keras tetapi rendah saja nadanya. Nadya tersenyum, kecil. Tanganku dicapainya lalu diramas, lembut.

Aku merenung tepat ke setiap inci wajahnya yang dipalit sedikit make-up. Dia memang anggun berkebaya rona kuning keemasan seperti keluargaku.

“Muhammad Nuqman Ameer bin Mahadi,” aku baca sebaris nama pada borang yang dipegang Nadya. Waktu aku menandatangani borang ini, mengapa tidak langsung kuteliti sebaris nama yang terukir indah ini? Ya Allah, malunya! Desis hatiku sendiri.

Tidak terduga olehku bahawa dialah Adam yang tercipta buatku. Terima kasih, Allah kerana memakbulkan doaku selama ini.

Rabu, 16 November 2011

Dia Ditakdirkan Untukku

DIA DITAKDIRKAN UNTUKKU

Aku sedang leka berkayak di tasik Varsiti bersendirian dengan kayak single. Aku
menikmati keindahan taman rekrasi di universiti tertua ini dengan sungguh asyik.
Aku mahu melupakan rasa kecewaku setelah pertemuan dengan Afnan di kafe tadi.
Mengapa dia sanggup menipuku sedangkan aku ikhlas menyintainya. Mungkin aku
bukan setaraf dengan dia agaknya. Pilunya hati ini hanya Allah yang tahu.
Tiba di tengah tasik, mataku tertangkap pada sekujur tubuh yang sedang
terkapai-kapai mencari arah. Mungkin dia sedang kelemasan. Laju kukayuh kayak
itu ke arahnya.
Blum! Aku terjun ke dalam tasik. Tangan masih memegang badan kayak. Tangan
kiriku pantas menariknya dekat padaku. Aku membantunya naik ke dalam kayakku.
Aku? Aku masih berada dalam air.
Aku berenang sambil menolak badan kayak perlahan-lahan ke tepi. Nyawa manusia
ini perlu diselamatkan. Hendak buat CPR di tengah-tengah tasik ini memanglah
tidak wajar.
Apabila aku menghampiri tebing tasik, aku segera meminta bantuan untuk orang
yang ada di situ memberikan bantuan kepada lelaki yang kelihatannya sangat lemah
itu. Kepalanya terkulai di badan kayak.
“Sabar, Fiya. Aku datang!” jerit satu suara. Ya, itulah suara Arif teman
sekelasku. Kami sama-sama sedang membuat persediaan untuk ke Jepun bulan Mac
tahun depan.
“Okay, kau tolak kayak tu dekat sikit.” Lanjutnya. Aku membantu menolak tubuh
lelaki itu ke atas dan Arif menariknya untuk naik.
Setelah lelaki itu sudah tiba di atas, Arif membaringkan lelaki itu melentang.
Aku segera naik ke atas. Mungkin Arif boleh melakukan CPR pada lelaki itu.
Fikirku.
Wajah yang sangat lemah itu aku pandang.
“Arif, buatlah CPR kat dia. Beri dia oksigen. Fiya kan bukan …”
“Arif tak pandai. Fiya kan PBSM dulu,” ujar Arif dengan wajah penuh mengharap.
Tak perlu berbalah. Nyawa manusia ini lebih penting. Soal bukan muhrim boleh
dimaafkan jika darurat.
Aku segera menghampiri lelaki yang sedang terbaring lemah itu. Aku menekan pada
bahagian dadanya dan mendekatkan mulutku ke mulutnya. Perlahan-lahan aku
menghembuskan nafas untuk membantunya mengeluarkan air dari tubuhnya.
Selepas air dalam badannya dapat kukeluarkan, aku segera termuntah. Kemudian aku
berdiri. Kulihat semua orang sedang memandang simpati pada lelaki yang masih
tidak bermaya itu.
“Dah panggilkan ambulans?” soalku penuh perihatin. Mereka semua mengangguk.
Mungkin Arif yang bertindak menelefon ambulans. Fikirku.
**************************
Aku berlalu setelah tubuh manusia yang lemas itu dibawa pergi oleh sebuah
ambulans ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku berjalan laju tanpa melihat
kiri kanan kerana bajuku yang sudah kuyup dibasahi air tasik tadi. Jika aku
terlambat, apakah nasib lelaki itu? Ya Allah kau telah menghantarku sebagai
penyelamat kepada seorang hambaMu. Aku gembira sekurang-kurangnya aku hidup
dapat berbakti kepada makhlukMu. Bisikku dalam hati dengan penuh rasa
keikhlasan.
“Kenapa kau basah ni, Fiya?” soala Alissa roommateku.
“Fiya terjun dalam tasik tadi.” Jawabku acuh tak acuh. Alissa memandangku dengan
pandangan pelik. Aku hanya membisu.
Aku mencapai tuala dan peralatan mandi dan berlalu ke bilik mandi. Setelah
mandi, aku kembali ke bilik.
Aku sudah berpakaian dan menunaikan solat Asar yang waktunya sudah di
penghujung. Selesai berwirid dan berdoa, aku melipat telekung dan sejadah lalu
menggantungnya ke tempat asal.
Aku berbaring ke katil. Alissa masih mencuri pandangku dengan ekor mata. Mungkin
pelik dengan tingkahku hari ini.
Perlahan-lahan Alissa berdiri dan berjalan menghampiriku. Dia duduk di birai
katil. Wajahku yang kelat dipandangnya dengan sejuta tanda tanya.
“Fiya, kau gaduh dengan saper ni? Dengan ehem ehem ker?” soalannya langsung
tidak menerbitkan riak di wajahku. Tangan kananku diletakkan di atas kepala.
“Dia dah tipu aku. Tadi dia nak jumpa aku kat kafe. Masa aku pergi sana, aku
tengok Mya Sara ada sekali. Pas tu…” air mata mula bertakung di tubir mataku
menanti masanya untuk pecah.
Wajah ingin tahu temanku membuatkan aku menyambung lagi ceritaku yang
tertangguh.
“Dia… dia… dia… kennnnaaaaalkan kat aku Mya tu girl dia,” ucapku dalam sendu
yang tertahan-tahan. Seakan mahu pecah dada ini bila mendengar kata-kata lelaki
yang sangat aku sayang itu. Bukan setahun aku berhubungan dengannya tetapi sudah
hampir lima tahun. Sejak kami di bangku sekolah lagi. Mungkin aku ini banyak
kekurangannya. Gerutuku dalam hati cuba menyedapkan perasaan yang berkecamuk
ini.
“Tak guna punya lelaki! Kenapa seberani itu… setegar itu dia melukakan hati kau,
Fiya?” tegas bicara Alissa. Matanya mencerlang dengan rasa amarah yang membuak.
Air mata yang mengalir deras di pipi gebuku segera disekanya dengan beberapa
helai tisu.
“Lis, mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Aku redha andai Allah
tentukan dia bukan jodoh aku,” bicaraku membuatkan Alissa terkedu. Tugasnya
menyeka air mataku juga terhenti seketika sebelum dia kembali berbuat begitu
lagi.
“Tak kan mudahnya kau nak mengalah dengan lelaki tu, Fiya? Kau pun ada maruah
kan?” tegasnya lagi. Aku mengangguk dan kembali menekup mukaku dengan sebiji
bantal kecil.
“Bukan aku nak hasut kau tapi kau mesti lebih tegas dengan dia. Lepas ni, kalau
dia nak balik dengan kau jangan pedulikan dia.” Ujarnya sambil mengusap lembut
tangan kiriku yang berada di atas dadaku.
“Tak kan sesekali, Lis. Aku tak nak lemah dan aku tak nak terus ditipu,” tegasku
sambil duduk menghadap Alissa.
“Dah. Aku tak nak kau terus menangis kerana jantan tak guna tu. Aku mahu kau
kuat!” tegas Alissa. Matanya tepat menikam ke dalam anak mataku.
“Insya Allah, aku cuba.” Jawabku sambil tertunduk memandang jemariku yang
bertaut.
“Aku sentiasa ada untuk kau. Tak kan kerana dia, kau terjun dalam tasik?”
duganya. Di wajahnya terpamer seribu tanda tanya yang hanya aku mampu merungkai
jawapannya. Aku tersenyum sumbing. Tak kuasa aku nak buat begitu hanya kerana
Afnan. Aku lebih cintakan sang pencipta. Mana mungkin aku bertindak membunuh
diriku sendiri. Keluargaku masih perlukan aku. Teman-teman tersayang masih
perlukan aku di sisi mereka. Detik hatiku sambil tersenyum tawar.
“Bukan Fiya terjun sebab jantan tulah. Fiya berkayak tadi. Pas tu… Fiya jatuh
dalam tasik tu,” bohongku. Setakat bantuan kecil tak perlu aku warwarkan kepada
seluruh alam. Hanya Allah saja yang mampu menilai segala bantuan yang kuhulurkan
buat hambaNya itu.
“Nasib Fiya pandai berenang. Taklah risau sangat,” balas Alissa kembali
tersenyum ceria. Aku turut mengukir segaris senyum buat teman di hadapanku ini.
******************************************
Selesai sudah ujian untuk menentukan sama ada kami dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun atau tidak. Aku memicit-micit kepalaku bila terasa pening tiba-tiba.
“Kenapa dengan kau, Fiya?” soal Alissa bila melihat aku berkeadaan begitu.
Mataku juga mula berair.
“Entahlah, Lis. Tetiba pulak rasa pening. Mungkin stres sangat kot masa exam ni.
Nanti okaylah tu,” jawabku. Tangan kananku masih lincah menari-nari di pelipis
untuk mengurangkan sedikit kesakitan yang sedang aku alami ini.
“Relax… Fiya. Jangan tensyen sangat. Aku yakin kau boleh punya. Kau kan antara
student kesayangan dekan,” ujarnya. Matanya turut memancarkan cahaya keikhlasan
dalam berkata-kata. Aku hanya tersenyum, kelat.
“Mana ada, Lis. Aku pun macam orang lain jugak. Kalau tak usaha, mana nak
datangnya kejayaan,” tukasku cuba merendahkan diri. Aku mahu mengelakkan dari
penyakit riak dan takbur bila berhadapan dengan sesuatu yang belum pasti. Andai
Allah telah menentukan aku berjaya, aku akan berjaya. Andai sebaliknya, aku
harus redha.
“Okaylah, kau tidur dulu. Aku nak keluar kejap. Nak jumpa Ash jap.” Kata Alissa
sambil memandang simpati ke wajahku. Aku mengangguk, lesu. Terasa malas untuk
terus berbicara.
************************************************
Lima tahun aku berada di Jepun untuk mendalami ilmu kejuruteraan. Kini aku sudah
berada di Lapangan Terbang Narita untuk menanti saat aku akan diterbangkan
kembali ke tanah airku yang tercinta. Senyuman lebar terukir di dua ulas
bibirku.
Panggilan masuk ke balai berlepas sudah kedengaran. Aku bersalam dengan
teman-teman yang masih mahu terus di sini. Junior juga setia menemaniku di sini
untuk perpisahan buat sementara waktu. Pasti suatu hari mereka juga akan
mengikut jejakku untuk kembali ke Malaysia yang disayangi.
“Selamat tinggal Kak Liana, Effa, Risya, Hani…..” kataku dengan air mata yang
bertakung di tubir mata. Air suam mula membasahi pipiku saat teman-teman
bersalam dan memelukku.
“Jaga diri kau orang semua.” Tokokku dengan nada sayu. Aku cuba menahan sebak di
dada.
“Fiya juga,” balas seniorku. Aku mengangguk lemah. Sedih untuk berpisah dan
gembira untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
“Insya Allah kita akan jumpa lagi nanti.” Kata kami hampir serentak. Semua
tertawa dalam air mata.
Panggilan terakhir membuatkan aku terpaksa akur dan berlalu meninggalkan
teman-teman di belakang yang masih menggalas cita-cita.
************************
Sewaktu berada di dalam pesawat, aku hanya memandang luar. Aku mahu merehatkan
minda seketika. Setelah penat, aku memejamkan mataku. Akhirnya aku tertidur.
Penumpang di sebelah juga sudah lama dihanyutkan mimpi.
Ketika mataku terbuka, aku lihat semua orang sudah mula hendak turun. Lama benar
aku tertidur hinggakan pengumuman oleh kapten yang mengendalikan pesawat ini
juga tidak aku dengari. Hmm… senyuman terukir di dua ulas bibirku. Gembira saat
mata terpandangkan bumi bertuah yang menjadi tempat aku bernaung sejak dulu.
*******************
Aku tercari-cari kelibat insan yang akan menjemputku. Aku telah memaklumkan pada
mereka dua minggu yang lalu.
“Safiya Arisa!” panggilan itu benar-benar mengejutkan aku. Sudahlah dia
memanggilku dengan nama yang penuh. Cuma tidak lengkap dengan nama ayahku sekali
saja.
Segera aku menoleh. Kulihat seorang jejaka sedang berdiri di hadapanku. Dia
tersenyum dan berjalan menghampiriku. Lama wajah itu aku tatapi. Cuba
berkira-kira adakah aku pernah mengenalinya.
“Assalamualaikum!” sapanya lagi. Aku menjawab salamnya dalam hati. Pandangan
belum lagi aku alihkan dari wajahnya.
“Safiya kan? Baru balik dari Jepun kan?” soalannya menambah debar di hatiku. Aku
pandang dia dengan wajah hairan. Dari mana dia tahu aku belajar di Jepun? Ajaib!
Ajaib! Detik hatiku. Aku tidak melafazkan sebarang bicara. Hanya ekspresi wajah
dan pandangan yang membuatkan dia terus tersenyum lebar.
“Safiya balik dengan siapa ni?” soalnya lagi. Aku tertunduk seketika sebelum
kembali mengangkat wajahku.
“Haris,” suara itu membuatkan kami tertoleh ke kanan. Aku seperti mengenali
suara itu. Ya, suara alongku.
“Safiy?” katanya lalu menghampiri alongku lalu memeluknya erat. Mereka berbalas
senyum. Seketika kemudian, mereka merungkai pelukan itu. Adakah mereka ini kenal
terlalu rapat? Apa hubungan mereka? Mengapa aku tak pernah mengenali orang yang
bernama Haris ini? Pelbagai persoalan timbul dalam benakku.
“Ni adik kau ker, Safiy?” soal pemuda tinggi lampai itu. Wajahnya nampak benar
kacak. Pasti perempuan keliling pinggang. Dugaku sambil mata masih tepat
memandang ke wajahnya. Along juga sudah mengukir senyum manis.
“Haris,” seorang perempuan muda menghampirinya lalu memaut erat lengan sasanya.
Perlahan dia menolak.
“Okay, Safiy aku gerak dulu. Nanti aku hubungi kau lagi.” Katanya lalu menyalami
tangan along. Dia kemudiannya terus berlalu. Perempuan muda yang sangat seksi
itu mengekori dari belakang.
Laju langkahnya cuba menyaingi Haris.
“Hai, adik along ni dah lama kenal ker dengan Haris?” soal along dengan senyuman
masih terpatri di bibir yang kemerahan itu. Aku hanya menggeleng.
“Fiya pun tak kenal dia. Tu yang pelik macam mana dia tahu nama Fiya dan Fiya
yang baru balik dari Jepun.” Terangku dengan wajah penuh kehairanan. Along
tertawa kecil. Entah apa yang melucukan aku sendiri tidak pasti.
“Jomlah, ibu dan ayah dah lama tunggu anak kesayangan mereka kat rumah.
Anak-anak buah awak pun dah tak sabar-sabar sangat nak jumpa.” Ujar along sambil
menolak troli begasiku ke kereta Nisan Skylinenya. Aku mengekori dari belakang.
**********************************
Tiba di pekarangan rumah, semua kaum kerabatku sudah menanti dengan rindu yang
menggunung.
Setelah kereta along tiba dipaker, aku segera turun dari kereta. Tidak tahan
rasa menanggung rindu pada mereka semua.
“Fiya…. anak ibu sihat? Rindunya!” ibu meluru memelukku. Aku membalas rangkulan
ibu. Ayah juga turut tersenyum dan mengambil alih memelukku.
Gembira hatiku hanya Allah yang tahu. Wajah-wajah anak buah kesayangan aku tatap
satu persatu. Masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.
“Mak su apa khabar? Rindu sangat kat mak su,” tukas Aryana. Dia mencium kedua
belah pipiku. Aku tersenyum. Air mata kegembiraan tumpah jua akhirnya.
“Mari masuk, Fiya. Tak kan nak berdiri kat luar ni jer.” Kata-kata ayah
menyedarkan kami semua yang masih berada di halaman rumah dan sedang melayan
aksi jejak kasih.
“Yalah, Fiya… mari masuk nak.” Ibu segera mengajakku. Aryana dan Aryani masih
setia menjadi pengapitku. Aku mengekori langkah ibu ke dalam. Along entah ke
mana menghilang.
“Takpelah, Fiya pergilah berehat dulu. Nanti turun makan tengah hari ya. Ibu
masak special untuk Fiya,” kata ibu sambil memandang tepat ke wajahku. Aku hanya
senyum segaris. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Biar along jer yang bawakkan beg Fiya ke atas nanti.” Ujarnya lagi. Dia terus
mengusap lembut tanganku.
“Takpelah, bu. Fiya boleh bawak sendiri,” tukasku. Kalau boleh apa yang mampu
aku lakukan sendiri, akan kulakukannya. Aku tidak mahu terus menyusahkan orang
lain biarpun abangku sendiri.
“Takpe, dik. Nanti along hantarkan ke bilik adik. Naiklah dulu,” sampuk ayah
yang sedang leka membaca akhbar di tangannya. Jika ayah sudah membuka mulut, aku
tidak berani membantah. Aku terlalu menghormatinya sebagai ketua keluarga. Aku
hanya mengangguk, lemah.
“Okaylah, Fiya naik dulu ibu. Fiya naik dulu ayah,” kataku menyalami tangan
kedua orang tuaku dan menciumnya. Kebiasaan yang sering aku lakukan sejak lama
dulu. Mereka mengangguk serentak. Aku tersenyum dan terus melangkah ke tangga.
Aku membersihkan diri sebelum berbaring di katil yang telah lama aku tinggalkan.
Segala memori lama menjenguk laman hatiku. Teringat kenangan bersama Afnan.
Teringat zaman kanak-kanakku. Pelbagai peristiwa melatari mindaku kini.
Keletihan yang kurasakan melayang entah ke mana.
Selesai makan tengah hari, aku membantu ibu membersihkan pinggan-mangkuk di
dapur. Setelah siap, aku naik ke atas semula untuk menunaikan solat zohor yang
baru tiba waktunya. Aryana dan Aryani juga sudah ke bilik agaknya. Dua beradik
kembar itu sudah terdidik untuk menunaikan solat tepat pada masanya. Kasihan
mereka telah kematian ibu sejak bayi lagi. Ibulah yang menjaga mereka. Jenuh ibu
meminta along untuk mencari pengganti. Namun, entah kuasa apa yang menghalang
abangku itu untuk mencari teman hidup lagi.
“Mak su, nak masuk boleh?” soalan kedua kembar itu memeranjatkan aku. Aku segera
mengalihkan pandangan ke pintu. Mereka tersenyum-senyum. Cute sangat.
“Masuklah. Tapi mak su nak solat kejap. Yana dengan Yani duduk dulu tau,” kataku
sambil berdiri di atas sejadah menghadap qiblat untuk mengerjakan suruhan Allah.
“Mak su, seronok tak belajar katJepun?” soal Aryani. Aku tersenyum lebar.
Teringat musim bunga sakura yang berguguran dan berkembang mekar. Teringat saat
bermain salji. Manisnya saat itu. Indahnya semua kenangan itu.
“Mak su… Yani tanya ni. Best tak belajar kat Jepun?” rengekan anak kecil itu
mengembalikan aku ke alam rialiti. Aku tertawa kecil.
“Seronok… Kalau Yani dan Yana nak belajar kat luar negara kenalah belajar
pandai-pandai. Kena dengar cakap baba, nenek, atok dan mak su tau,” bicaraku
menceriakan dua wajah kesayanganku.
“Ceritalah mak su. Macam mana suasana kat sana,” pinta Aryana seakan tidak
sabar. Aku tersengih menampakkan barisan gigiku.
Aku melayani mereka hingga masuk waktu asar. Selesai menunaikan solat, kami
turun ke bawah bersama-sama.
“Bu, ni Fiya bawakkan umayge untuk ibu dan ayah.” Kataku setelah melihat ibu dan
ayah yang sedang duduk di taman menghadap minum petang bertemankan puputan bayu
petang yang mendamaikan.
“Apa tu?” soal ibu dengan mimik ingin tahu. Aku tertawa kecil. Ibu mencubit
lenganku, manja.
“Ole-olelah, bu. Tu kan bahasa Jepun…” kataku dengan tawa yang masih bersisa.
Ibu dan ayah turut tersenyum.
“Untuk kami mak su?” soal kembar itu serentak.
“Tadi kan mak su dah bagi,” kataku. Dia tersenyum lagi. Sengaja nak usik akulah
tu.
“Untuk along mana, Fiya?” soal satu suara dari belakang membuatkan semua mata
tertoleh kepadanya. Aku mengurut dada, terperanjat.
“Hii… dah datang tak beri salam. Kalau Fiya ni ada heart attack, jalan terus.”
Marahku padanya. Dia tergelak besar. Aku pantas mencubit lengannya, geram.
“Auch! Sakitlah, Fiya. Along gurau jer. Tapi souvinier untuk along tak ada ker?”
ulangnya sambil mengambil tempat di sebelahku.
“Ada. Mana boleh lupa kat along kesayangan Fiya ni,” kataku sambil bersandar
pada bahunya. Dia tertawa kecil. Aku menghulurkan sebuah beg plastik untuknya.
Dia menyambut huluran itu lantas membukanya.
Bahagia sungguh keluarga kami. Tambah seri dengan keletah dua anak kecil itu.
*******************************************
Dua minggu aku berehat di rumah. Akhirnya, aku mendapat tawaran untuk bekerja di
Zamrud Holdings. Senyuman berbunga-bunga di bibirku. Peluang yang aku nantikan
tak boleh disia-siakan.
“Tahniah, Fiya!” ucap ibu dan along serentak. Di wajah mereka nampak bercahaya.
“Thanks,” balasku sambil memeluk tubuh kurus ibu. Along mengusap lembut
rambutku.
“Bila mula kerja, Fiya?” soal along. Dia tampak benar teruja.
“Isnin ni. Tapi boleh tak along tunjukkan Fiya jalan ke sana. Fiya dah lupa
jalan KL nilah. Yalah, kan jalan-jalan dia dah banyak yang berubah,” pintaku
manja sambil memaut lengan along.
“Boleh… anything for my lovely sister,” ujarnya sambil mencuit hidung mancungku.
Ibu tersenyum senang.
******************************
Pagi itu aku sudah bersiap dalam suit pink yang dipadankan dengan selendang
pink. Sedikit make-up nipis aku kenakan pada wajah.
Aku turun ke bawah. Ibu, ayah dan along sudah menunggu di meja makan. Mereka
tersenyum memandangku.
Aryana dan Aryani sudah pergi ke tadika agaknya. Mereka berdua akan dihantar
oleh Pak Jalil yang merupakan pemandu keluarga ini. Kanak-kanak berdua itu
memang bijak. Mungkin mewarisi baka baba mereka agaknya.
Jam di tangan kanan, aku kerling. 7:15.
“Pagi semua! Assalamualaikum,” ucapku setelah tiba di meja makan.
“Waalaikum salam!” sahut ketiganya. Aku mengambil tempat di sebelah along.
Aku menyenduk mi goreng ke dalam pinggan dan segelas teh o ibu hulurkan buatku.
Aku menyambutnya sambil meneguk sedikit. Lalu aku meletakkan kembali gelas itu.
Aku mula menyudu mi goreng ke dalam mulut.
“Try your best, Fiya. Ayah harap Fiya dapat jadi the best stuff for your
company,” ujar ayah. Di matanya nampak sinaran harapan. Ayah kan seorang
jurutera yang berkaliber. Aku mewarisinya. Along seorang doktor. Dia memuka
kliniknya sendiri. Ibu juga seorang akauntant di sebuah syarikat terkemuka di
bandar raya ini.
“Insya Allah, yah. I will,” balasku dengan senyuman tidak lekang di bibir.
“Let’s go. Kita dah lambat. Hopefully tak jam teruk sangat,” kata along sambil
berdiri. Dia memakai kotnya. Aku menyalami tangan ibu dan ayah.
“Fiya pergi dulu,” kataku lalu menyalami tangan kedua orang tuaku dan
menciumnya. Aku berpaling dan mengatur langkah ke kereta along. Untuk sehari dua
ni biarlah along yang menjadi driver tak berbayarku.
“Hati-hati,” sambut ayah dan ibu yang juga sudah mahu masuk ke dalam keretanya.
*****************************************
Hatiku tearsa berdebar-debar ketika melangkah masuk ke lobi Zamrud Holdings. Aku
meletakkan tangan kiri di dadaku cuba menahan debaran itu. Namun, debaran itu
kian menggila.
“Assalamualaikum, Safiya.” Suara itu. Suara yang mungkin milik empunya yang aku
kenali. Aku mendongak memandang wajah di hadapanku. Afnan! Sebaris nama itu
terpantul dalam hatiku.
“Tak jawab dosa,” katanya sambil tersenyum-senyum mengusik.
Aku buat tidak endah saja. Aku menanti kedatangan lif. Setelah lif tiba, aku
terus masuk ke dalam tanpa menoleh kepadanya. Aku terus naik ke tingkat dua
belas seperti dalam surat tempoh hari.
“Assalamualaikum. Boleh saya tanya. Kat mana bilik boss?” soalku pada penyambut
tetamu
Yang berada di bahagian hadapan.
“Hmm… dah buat appointment dengan boss ker?” soalnya. Aku melihat tag nama pada
bajunya,
“Takde, Cik Aqila. Saya mula bekerja hari ni. Dia minta saya untuk berjumpa
dia.” Kataku sambil mengunjukkan surat tawaran yang kubawa bersama. Dia
menyambut huluranku sambil membelek-belek surat itu seketika. Dia tersenyum
manis.
“Hmm… Cik Safiya duduk dulu. Nanti saya panggil ya,” katanya sambil menudingkan
jari telunjuk ke sebuah sofa yang tersedia di situ. Aku mengangguk dan melangkah
ke sofa itu.
Aku melabuhkan punggung di sofa itu. Tanganku terus mencapai sebuah majalah
untuk dibaca.
“Cik Safiya,” belum pun sempat aku membaca satu mukasurat majalah itu, Aqilah
sudah memanggil namaku. Aku mendongak memandangnya.
“Kat situ bilik boss,” katanya. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu ke
bilik yang diberitahu itu.
“Haris Iqbal: CEO ZAMRUD HOLDINGS”. Terbuntang mataku melihat nama itu. Ah, tak
mungkinlah. Mana aku tahu nama dia macam tu. Nama dia Cuma Haris saja. Aku yang
selalu perasaan sendirilah.
Aku perlahan-lahan mengetuk pintu di hadapanku. Setelah mendengar arahan dari
dalam yang membenarkan aku masuk. Aku memulas tombol pintu itu.
Aku melangkah anggun ke dalam bilik yang agak besar itu. Terdapat satu set sofa
di bahagian tepinya. Mungkin tempat boss berehat atau bersantai dengan klien.
Fikirku.
“Kenapa tercegat di situ. Mari duduk,” suara garau itu membuatkan jantungku
berdegup kian kencang.
Perlahan-lahan aku mendongak melihat gerangan lelaki yang sedang duduk di kerusi
empuk milik CEO Zamrud Holdings itu. Alangkah terkejutnya aku saat memandang
wajah lelaki yang merupakan kenalan along.
“Maafkan saya, boss.” Pintaku bersungguh-sungguh. Bimbang juga akan menaikkan
darjah keberangannya di hadapanku walaupun aku sebenarnya tidak tahu adakah
benar dia seorang yang berang.
“Tak ape, duduklah dulu.” Pinta lelaki itu, lembut. Aku menarik kerusi di
hadapan lelaki itu dan mula melabuhkan punggung.
“Welcome to our company. Nice to meet you,” ujarnya. Dia berdiri lantaran
berjalan menghampiriku. Hatiku semakin resah. Jantungku kian tidak stabil.
Mengapakah perasaanku jadi begini? Aku buntu.
Lelaki itu sudah tercegat di hadapanku dengan senyuman yang paling manis.
Pandangannya tepat menikam ke dalam anak mataku. Dua saat pun serasanya aku
tidak mampu menentang pandangannya. Aku terus membuang pandang ke sofa.
“Encik Haris,” panggilanku membuatkan dia tersenyum lebar. Apa sebenarnya yang
bermain di benaknya? Aku bimbang dia akan mengapa-apakanku.
“Safiya dulu student UM kan? Buat persediaan untuk ke Jepun betul tak?” soalnya.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk kecil.
“Hmm… tak silaplah,” katanya lantas berlalu ke tempatnya semula.
“Nanti Safiya duduk di tingkat inilah. Fariza dah sediakan bilik untuk Safiya.
Ada apa-apa boleh rujuk dengan saya.” Katanya. Suaranya sangat lunak di
pendengaranku.
Aku tidak mampu berkata-kata hanya ekspresi wajahku menggambarkan kegembiraanku.
“Nanti saya boleh tanya dengan Fariza kan, boss?” sukar benar untuk sebutir kata
pun hendak keluar dari mulutku.
“Hmm…. lebih baik tanya saya,” balasnya sambil tersenyum kacak. Aku tidak berani
menentang pandangan dengannya. Mukanya juga aku tidak berani renung. Ada debar
yang membuatkan aku tidak senang duduk.
“Hmm… saya… saya… keluar dulu,boss.” Kataku gugup. Sebelum ni tidak pernah
penyakit gugup ini menghinggapiku. Dia tertawa.
Aku bingkas berdiri dan menyambut kembali fail peribadiku yang dihulurkannya.
Dia sengaja seperti tidak mahu melepaskan fail itu. Dia terus merenung wajahku.
“Encik Haris,” ucapku. Dia hanya melepaskan fail itu perlahan-lahan.
“Saya keluar dulu,boss.” Kataku sopan dan melangkah ke pintu.
Ketika aku hendak memulas tombol pintu dia memanggilku. Perbuatanku terhenti.
Aku kembali menoleh padanya.
“Nanti lunch dengan saya. Sharp pukul 1:00 tunggu saya di lobi ya.” Katanya
tegas seperti sedang memberi arahan. Adakah ini permintaan atau arahan? Desis
hatiku.
“Wajib ker,boss?” soalku. Wajah semberetku dipandangnya. Dia tersenyum, lucu,
“Yes,” balasnya sepatah dengan nada penuh ketegasan membuatkan aku hilang
kata-kata.
“Insya Allah,” jawabku sepatah lalu keluar dari bilik boss menuju ke meja
Fariza.
********************************************************
Cantik sungguh bilikku ini. Corak dan dekorasinya amat mencuit hatiku. Aku
tersenyum, senang.
“Kalau ada apa-apa Cik Safiya bolehlah tanya dengan saya.” Kata Fariza. Baju
kebaya merah hati berbunga kuning itu tampak sepadan pada tubuhnya. Senyum
sentiasa terukir di bibirnya yang merekah itu. Anak siapalah yang cantik sangat
ni?
“Cik Safiya, kalau ada apa-apa boleh tanya dengan saya ya.” Bicaranya
mengejutkanku.
“Okay, Fariza. Thanks for your helping. Nanti apa yang saya tak tahu, saya akan
tanya dengan awak ya.” Kataku membalas bicaranya. Dia mengangguk.
“Awak boleh keluar dulu. Saya nak cuba sesuaikan diri dengan keadaan bilik saya
dulu. Nanti kita cakap lagi yer.” Ujarku lembut. Senyuman paling manis kurasakan
mampu kuhadiahkan buatnya.
“Yalah, saya keluar dulu.” Katanya sambil memusingkan tubuh membelakangkan aku.
Dia bergerak ke pintu lalu keluar.
Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi yang disediakan untukku. Aku
menilik setiap inci bilikku. Semuanya sejuk mata memandang.
Aku mula membbelek-belek fail-fail yang melambak di atas mejaku. Satu persatu
tugas akan aku laksanakan.
“Fiya, boleh aku masuk?” soalan itu membuatkan aku terdongak memandang tepat
kepada lelaki yang sedang berdiri di pintu bilikku. Untuk apa dia ke sini?
“Kau masih marahkan aku kan, Fiya?” lanjutnya lagi. Aku tidak menjawab.
Pura-pura tidak dengar. Dia mula melangkah menghampiriku.
“Fiya, aku minta maaf. Aku tau aku salah,” katanya perlahan. Dia sudah berdiri
hampir denganku. Aku cuba mengelak.
“Af, tak perlu nak terang apa-apa lagi. Itu semua kisah kita masa lalu. Aku dah
tak nak mengungkitnya lagi. Kau dengan aku hanya tinggal sejarah,” kataku. Nada
masih terkawal.
“Tapi… aku tau dalam hati kau masih ada cinta buatku.” Dia kembali hanya untuk
menagih cinta lama ker? Kemudian dia mahu menghancurkan sekali lagi hatiku yang
baru sembuh dari luka. Parut itu tetap akan ada sampai bila-bila.
“Ops! Aku bukan pengemis cinta. Cinta untuk kau dah lama terhapus dari relung
hatiku. Sila keluar kalau takde apa-apa lagi. Ni hari pertama aku dan aku nak
buat kerja yang melambak ni.” Terangku sambil memuncungkan mulutku ke fail-fail
yang bertimbun di atas meja.
“Okay, lunch nanti kita pergi sama.” Katanya sambil berlalu. Belum sempat aku
berkata apa-apa.
Sebuah keluhan aku lepaskan. Afnan masih keras kepala macam dulu. Ke mana
perginya Mya Sarah? Bukankah mereka sudah bahagia menjadi sepasang suami isteri?
Pelik! Pelik! Detik hatiku.
“Agh, buangkan semua tu dari kepala. Aku mesti mula bekerja,” bentakku sambil
menumbuk dua belah tangan tanda sangat buntu.
Aku kembali menyemak kerja di hadapanku.
*************************************
“Fiya, dah pukul satu. We’ve a lunch date,” kata-kata itu mengejutkan aku yang
sedang leka melakukan kerja. Plan yang berada di tangan aku letakkan ke meja
semula.
“Dah pukul satu ke Encik Haris?” soalku, lembut. Dia mengangguk.
“boss kata nak tunggu kat lobi?” soalku lagi.
“Kalau nak harapkan awak turun sendiri… entah turun entah tidak. Jom cepat,”
katanya. Aku mengemas ala kadar. Kemudian mencapai tas tangan dan berjalan
mengekorinya.
Semua mata tertumpu pada Encik Haris dan aku. Malu sungguh rasanya. Lelaki ini
tak pernah makan dengan sesiapa ker sebelum ni? Tak kan dengan Fariza pun tak
pernah? Mungkin dengan kliennya dia pernah lunch atau dinner bersama. Fikirku.
“Safiya, cepat nanti lif tertutup.” Katanya menarik lenganku untuk menyainginya.
Aku terperanjat dengan tindakan spontannya. Tapi entah kenapa mulut ini seakan
terisi dengan ketulan batu yang membuatkan ia tak mampu mengeluarkan walau
sepatah perkataan.
Ketika lif sudah terbuka, Haris menarikku ke dalam lif. Dua pasang mata yang
berada dalam lif tepat memandang kami.
“Hai Encik Haris, keluar date ker?” soal Angely. Senyuman menyindir singgah di
pandanganku. Mungkin gadis ini juga meminatinya. Mana tidaknya, lelaki yang
kacak, berkarisma, kaya dan sewaktu dengannya pasti menjadi kegilaan ramai.
“Yalah, this my girlfriend. Baru balik dari Jepun. Safiya Arissa, this Angely
dan tu Syahira.” Ujarnya membuatkan jantungku seakan mahu melompat keluar. Apa
ker bendalah dia ni. Tak pasal-pasal stuff perempuan semua akan marah padaku.
Dia orang dah lama nak berkenalan dan merapatinya tidak dilayan, aku pula yang
diakuinya sebagai teman wanitanya. Wajahku merona merah. Malu sungguh rasanya.
Dia memperkenalkan satu persatu manusia yang berada di hadapanku. Aku hanya
tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Angely menyambut huluran itu dengan hujung jari saja. Dia sempat lagi
menjelingku.
“Saya Safiya Arissa. Jurutera baru kat sini. Mada ada Encik Haris ni bergurau
jer tu,” kataku cuba mengawal keadaan. Angely kembali tersenyum. Syahira
mengangkat sebelah keningnya ala-ala artis Ziana Zain. Haris memandangku tajam.
Kami tiba di tingkat lima, lif terbuka. Tiga orang gadis masuk ke dalam lif.
Keadaan lif agak sesak dan sekali lagi Haris membuat kejutan dengan menarikku
agar berada di hadapannya. Dia seakan mahu menjadikan aku sebagai pelindungnya.
“Assalamualaikum, Encik Haris.” Tegur seorang perempuan yang baru masuk lalu
bergerak ke sisi Haris.
“Sayang, you nak makan kat mana ek?” soalan Haris membuatkan jantungku kembali
berdetak tanpa henti.
“Hish,” kataku menolak lembut tangannya yang berada di kedua bahuku. Wajahnya
terasa hampir benar denganku kerana dia terpaksa menunduk untuk berbicara
romantis dengan aku yang pendek ini. Wajahku memerah lagi. Lambatnya pergerakan
lif ni. Gerutu hatiku, bengang.
Tiba di basement, kami keluar. Masing-masing keluar ke kereta mereka. Haris
menarik tanganku menyainginya.
“Boss, apa buat macam ni? Seganlah saya. Nanti mesti heboh satu office yang boss
dan saya ada hubungan.” Protesku. Wajahku mencuka. Geram dengan tindakannya.
“Biarlah heboh. Saya lagi suka. Tak adalah pompuan-pompuan tu semua nak
terhegeh-hegeh dengan saya lagi,” ujarnya selamba sambil meneruskan perjalanan
ke restoran pilihannya.
“Encik bercakap senanglah sebab encik tak berada kat tempat saya. Akibatnya,
saya akan menerima kutukan demi kutukan dari semua orang.” Bidasku. Tidak
sanggup rasanya terus menjadi mangsa hinaan nanti.
“Ah, pedulikan dia orang. Yang penting kita tau siapa kita,” katanya. Kulihat
wajahnya tidak beriak.
Huhhh! Keluhku perlahan. Melepaskan nafas kerisauan. Wajahku nampak muram. Dia
terus memandu.
“Safiya, jangan risau sangat okay. I stay beside you to solve all this problems.
Anything we talk later. Now, kita lunch dulu okay?” begitu gentleman dia ketika
memujukku. Dia sangat baik. Tapi persoalan bagaimana dia mengenaliku masih
menjadi tandatanya. Siapa perempuan muda yang bergandingan dengan dia di KLIA
hari tu? Tak kan aku nak tanya dia. Semua tu kan urusan peribadinya. Fikirku.
**********************************
“Spageti dan jus tembikai merah. Pasta dan jus orange,” pesanannya kepada
pelayan yang datang mengambil pesan di meja kami. Wajah aku heran lagi. Macam
mana dia tahu kegemaranku? Dia skodeng aku ker?
“Macam mana boss tau makanan kegemaran saya?” soalku. Dia tersenyum, bangga. Dia
mengangkat sebelah keningnya lalu mencapai menu yang berada di atas meja.
“Boss, macam mana boss tau makanan kegemaran saya?” aku belum berpuas hati.
“Hmm… long story. Nanti kita tak balik office,” jawabnya. Aku hanya mencebik.
Tidak puas hati sebenarnya.
Makanan pun tiba. Kami mula menjamah hidangan di hadapan kami. Suasana di antara
kami senyap. Masing-masing menikmati rezeki Allah.
Mulutku sedikit tercomot. Aku hendak mengeluarkan tisu dari tas tangan. Tetiba
terasa ada tangan yang menyapu lembut tepi bibirku dengan sehelai tisu. Dia
rupanya sudah berada dekat sebelahku.
“Hish, boss ni. Nanti orang tengoklah,” bentakku. Wajahku sudah membahang, malu.
Lepas ni for sure tak nak keluar lunch ker dinner lagi dengan dia. Bikin malu
saja. Protesku dalam hati.
“Lepas ni Safiya tak nak keluar dengan saya lagi kan?” duganya membuatkan
wajahku berubah. Dia ni boleh baca fikiran orang ker? Mampuslah aku! Detik
hatiku.
“Tak kira. Safiya kena lunch dengan saya tiap-tiap hari,” aku benar-benar
terkejut mendengar pernyataan yang diungkapkan oleh lelaki di sebelahku ini.
“Tak kan macam tu sekali, boss? Nanti apa kata stuff kat office pulak. Asyik nak
berkepit dengan boss sepanjang masa,” aku menolak pelawaannya.
“Memang saya akan buat Safiya terpaksa berkepit dengan saya selalu.” Ujarnya
selamba. Giler ker apa? Mana boleh macam tu. Aku memasamkan wajah. Mahu tunjuk
protes padanya. Dia tertawa, kelucuan melihat air mukaku.
Kata-katanya memuatkan aku terpaksa memerah otak berfikir maksudnya.
Di kejauhan, ada sepasang mata yang menyaksikan kemesraan antara aku dan Haris.
Api cemburu terbit dalam hatinya. Dia menggenggam penumbuk lalu dihayunkan ke
meja yang didudukinya.
*********************
“Hai, seronok keluar dengan boss tadi?” ucapan itu membuatkan aku terhenti dari
menulis sesuatu pada plannerku. Aku mendongak memandang wajah yang menyinga itu.
Aku hanya menjeling tajam pada wajah itu.
“Apa urusan kau nak halang aku keluar dengan sesiapa? Apa hak kau kat aku?”
bentaku, geram. Afnan melangkah deras menghampiriku.
“Aku masih cintakan kau!” tegasnya. Dia menghadiahkan sebuah penumbuk ke mejaku.
“Hey, what’s up? Mya mana? Dia kan dah jadi isteri kau?” soalku cuba mencari
kebenaran.
“Ya. Dia memang dah jadi bini aku tapi aku tak boleh hidup tanpa kau.” Ujarnya
lagi.
“Giler! Kau ingat senang nak cakap macam tu. Minta maaflah… aku tak kan sesekali
balik pada kau,” tegas juga nadaku ketika melawan cakapnya.
“Tidak aku akan ceraikan dia kalau kau nak balik dengan aku.” Terangnya.
Pandangan tajam menikam ke dalam mataku. Laju-laju aku menggeleng.
“Please get out from my room. Aku ada banyak kerja nak buat!” tegasku lalu
bingkas berdiri menuju ke rak yang menyimpan beberapa dokumen yang hendak aku
periksa sebelum menghantarnya kepada Haris nanti.
“Aku tak kan keluar selagi kau tak mengaku akan balik pada aku,” bicaranya
membuatkan aku berasa sangat cuak.
“Aku tak nak. Kau tak faham ker dengan bahasa mudah yang aku gunakan?” soalku
lagi tanpa menoleh kepadanya. Dia berjalan menghampiriku yang sedang berdiri.
“Cik Safiya, boss nak jumpa sekarang.” Kata-kata Fariza menerbitkan senyuman
manis di bibirku. Dengan terhormatnya lelaki ini perlu beredar.
“Baiklah. Terima kasih, Fariza.” Kataku sambil membimbit keluar sebuah fail yang
diminta oleh Haris tadi.
“Ark! Bodoh punya perempuan! Kau tunggu. Aku akan pastikan kau jadi milik aku!”
bentak Afnan sambil berlalu dari bilik gadis itu.
**************************
Hari-hari yang aku lalui terasa begitu getir. Pelbagai tomahan dan hinaan aku
terima dari staf-staf yang meminati Haris. Aku hanya tersenyum bila dilemparkan
dengan macam-macam tuduhan. Nak melawan pun sudah tak berguna. Macam-macam cara
yang kulakukan untuk menepis telahan demi telahan mereka tentang hubungan aku
dengan Haris. Tapi semuanya seperti angin lalu saja bagi mereka. Sudah puas aku
menangis dengan semua keperitan ini namun aku tidak berdaya melawan. Entah ke
mana kekuatan yang aku miliki selama ini, aku sendiri kurang pasti.
“Fiya, minggu depan saya takde. Saya nak ke Bali untuk melawat cite kat sana.
Jaga diri elok-elok yer…” pesan Haris membuatkan aku terkedu. Untuk apa dia
memberitahuku semua itu. Aku bukan sesiapa dengan dia. Kami hanyalah seorang
pekerja dan majikan saja.
“Jangan risau, boss. Saya okay. Pandai-pandailah saya nak handle hidup saya,”
kataku untuk meyakinkan dia. Aku lihat dalam matanya terkandung rasa sedih.
Untuk apa dia rasa sedih? Pelik juga.
*****************************
Aku lihat ayah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Aku duduk di sebelah
ayah. Entah mengapa hari ini aku terpanggil untuk menonton buletin utama.
Sebelum ini aku hanya membaca akhbar atau melayari internet untuk mengetahui
perkembangan semasa dalam dan luar negara.
“Kemalangan ngeri. Sebuah pesawat aerobas MH58 dari Bali ke KLIA telah
terhempas. Semua penumpang dan anak kapal terlibat dalam kemalangan ini
dijangkakan meninggal dunia di tempat kejadian.” Wajahku segera berubah. Haris!
Jerit hatiku. Air mata deras mengalir menuruni pipi gebuku.
Aku bergegas naik ke atas. Ya, hari ni Haris akan pulang. Mesti dia pun menaiki
pesawat itu juga. Tak kan dia meninggal? Tak mungkin! Tak mungkin! Aku cuba
menafikan kenyataan itu. Aku belum sempat meminta maaf dengannya. Mungkin banyak
dosa aku pada dia.
“Fiya,” panggilan along mematikan langkahku untuk masuk ke bilik. Air mata
segera aku seka dengan hujung jari. Along menghampiriku. Dia memeluk bahuku.
“Sabar, Fiya. Along yakin dia selamat,” bicara along, lembut. Dia tahu aku sedih
dengan berita yang baru didengari. Dia suka menonton televisyen di biliknya
sambil berbaring untuk merehatkan badannya.
“Tapi long… dia balik hari ni. Fiya takut dia pun berada dalam flight tu,” aku
menyembamkan wajahku ke dadanya. Dia mengusap lembut belakangku, cuba
menenangkan perasaanku.
“Sabar ya, dik. Nanti esok kita cuba pergi ziarah dia yer…” pujuknya lagi.
“Kita doa dia selamat yer, long.” Kataku. Along mengangguk laju. Dia menyeka air
mata yang masih berjuraian di pipiku.
“Fiya tidur dulu. Jangan sedih sangat. Lepas solat, terus tidur ya.” Along terus
memainkan peranannya. Aku merasa sedikit lega biarpun hati tetap tidak senang
dengan berita itu.
************************************
Aku ke pejabat dengan keretaku sendiri. Sebenarnya hari ini bukanlah hari
bekerja. Hari sabtu. Tapi aku perlu menyiapkan sedikit lagi tugasku sebelum
berjumpa klien hari isnin ini. Aku mahu kerja yang terbaik. Pukul 11:30 nanti
aku sudah berjanji dengan along untuk menziarahi keluarga Haris bagi mengucapkan
takziah buat mereka sekeluarga. Along ada emergency call semalam. Dia terpaksa
bergegas ke hospital.
Ketika aku sampai di sini tadi takde sesiapa pun. Tak apalah, bukan lama pun.
Selesai kerja nanti aku akan terus balik. Fikirku.
Aku meregangkan urat-urat badanku setelah berpuas hati dengan plan yang berjaya
aku siapkan itu.
“Okay, settle.” Omelku sendirian.
“Hai, Fiya.” Kemunculan Afnan membuatkan aku terperanjat. Untuk apa dia berada
di office pagi-pagi begini. Selalu kan staf lebih suka berehat dari terus
melayani kerja mereka di office?
“Kenapa? Terkejut aku ada kat sini?” soalnya. Dia berjalan menghampiriku. Aku
berdiri dan cuba berundur.
“Kau nak ke mana, Fiya? Hari ni aku nak buktikan pada kau yang aku akan dapatkan
semula hak aku. Si Haris tu kan dah mampus dalam kemalangan semalam kan?”
ujarnya sambil tertawa, sinis. Dia terus melangkah menghampiriku. Dia memelukku.
Aku terus meronta-ronta.
“Afnan!” jerkahku cuba melawannya. Akhirnya, rontaanku membuahkan hasil.
Cepat-cepat aku menendang celah kelengkangnya membuatkan Afnan tertunduk menahan
rasa senak pada alat sulitnya. Aku segera berlari ke luar.
Sampai di ruang legar, Afnan menarik kasar lenganku. Aku terus meronta. Dia
terus memelukku. Aku menggigit lengan sasanya.
“Kau nak melawan lagi yer…”
Tok! Tok! Tok! Pintu dibuka dari luar. Muncul enam orang yang berkopiah. Afnan
mengukuhkan pelukannya. Aku terus meronta.
“Beri kami kad pengenalan. Kamu didapati sedang berdua-duan dalam pejabat ni!”
tegas salah seorang dari mereka.
“Tidak, tuan. Saya sebenarnya…” aku cuba menangkis kata-kata pegawai itu.
“Tak perlu kata apa-apa. Tengok keadaan cik macam mana sekarang. Kami dari
Jabatan Agama. Kami nak menjalankan tanggungjawab kami,” terangnya lagi. Air
mataku sudah berguguran.
“Tapi… tuan,” aku belum berpuas hati. Pasti keluargaku akan mendapat malu dengan
peristiwa begini. Ya Allah, ujian apakah ini? Aku tak mampu menanggungnya. Air
mata laju menuruni lurah pipiku. Afnan sudah melepaskan aku dari pelukannya. Dia
mengeluarkan kad pengenalannya lalu diserahkan pada salah seorang dari pegawai
pencegah maksiat itu. Dia tersenyum seperti sedang meraih kemenangan.
“Maaf, tuan. Mereka tidak berdua. Saya ada kat sini tadi. Cuma saya ke tandas
kejap,” satu suara berkata. Kami menoleh kepadanya. Alangkah terkejutnya aku dan
Afnan. Wajah terkejut terpamer jelas.
“Haris!” jeritku lantas meluru ke arahnya. Aku segera memeluknya. Dia menepuk
belakangku.
“Ustaz, ini tunang saya. Dia ni sebenarnya cuba memperkosa saya.” Terangku
dengan sendu yang tidak tertahan lagi. Kesemua pegawai pencegah maksiat itu
berwajah keliru. Salah seorang dari mereka menelefon polis.
Afnan dibawa pergi. Haris membawa aku ke balai untuk membuat laporan. Aku
tersenyum senang melihat dia berada depan mataku.
*****************************************
“Along, Fiya tak jadi balik. Nanti kejap lagi Fiya balik kita cerita ya, long.”
Ujarku setelah along menyambut panggilanku.
“Fiya kat mana ni? Kenapa tak jadi balik sayang?” soal along cemas. Aku masih
tersenyum.
“Nanti kita cerita. Assalamualaikum!” kataku mematikan talian.
“Fiya, maaf buat awak sedih.” Kata Haris. Aku merenungnya, sayu.
“Mati-mati saya ingatkan boss …”
“Fiya sukalah?” wajahku berubah. Kenapa dia tuduh aku begitu? Kejam sangatkah
aku ini?
“Boss dah bayar insuran ker?” soalku memandang tajam ke wajahnya. Dia
kehairanan.
“Kalau dah bayar pun… saya belum tukar lagi penamanya. Fiya tak dapatlah kot…”
lanjutnya. Aku menjelingnya, geram. Pantas aku mencubit lengannya.
“Auch, sakitlah Fiya. Habis tu insuran apa yang Fiya maksudkan?” soalnya dengan
wajah penuh tandatanya. Cute sangat kulihat dia seperti itu.
“Insuran mulutlah. Sesedap rasa jer nak tuduh saya suka kalau boss ….” dia
tertawa.
“Mana ada ditawarkan insuran mulutlah, sayang.” Katanya.
Dia memandu masuk ke rumahku. Aku malu-malu ketika melihat ibu, ayah, along dan
dua orang gadis kecilnya turut berada di laman rumah kami.
**************************
“Assalamualaikum, Haris!” jerit along saat terpandangkan lelaki tampan yang baru
keluar dari keretaku. Dia meluru lalu memeluk temannya erat.
“Alhamdulillah kau selamat. Sedih benar aku. Tambah lagi orang tulah. Puas aku
pujuk dia dari menangis,” cis along ni pecah tembelang aku pulak. Wajahku
berubah rona. Aku segera mencubit bahu along.
“Auch, sakitlah dik. Apa cubit along ni. Along Cuma nak sampaikan berita gembira
ni pada bakal adik ipar along,” ujar along sambil tersengih-sengih. Aku luku
kepala along sekali sebelum berlalu kepada ayah dan ibu yang turut tersenyum.
“Mujur Haris tergerak nak ke office tadi. Dari KLIA Haris terus ambik teksi.”
Haris memulakan bicara. Dia menghulurkan salam pada kedua orang tuaku. Mereka
menyambutnya mesra. Mereka seperti sudah lama mengenalinya.
“Kami betul-betul sedih dengan berita semalam tu. Kami dah bersiap tunggu puteri
tu baliklah. Kami nak pergi menziarah keluarga kamu,” terang ayah. Wajahnya
dimaniskan. Sinar matanya benar-benar ikhlas.
“Haris tak jadi balik semalam. Jadi Haris tunda tiket tu ke hari ni,” terangnya.
Ibu dan ayah mengurut dada, kelegaan.
“Kalau Haris tak ke office tadi, Fiya ni akan terlepas ke tangan orang lainlah
nampaknya,” terang Haris lagi. Semua orang terlopong. Aku berubah rona wajah.
Malu sebenarnya mengenangkan maruahku yang hampir tercalar. Terima kasih Allah
kerana menghantar seorang lelaki sebagai penyelamatku.
“Kenapa Haris cakap macam tu?” soal ibu sambil memandang wajah aku dan Haris
silih berganti.
“Kalau tak, tak pasal-pasal jer Fiya kena kahwin paksa dengan staf tempat kerja
kami. Lelaki tu pun dah berbini. Dia nak perkosa Fiya,” terus-terang sungguh
Haris ni. Tapi, dengan keluargaku saja. Dengan aku masih banyak rahsianya. Malu
benar dengan keluarga mendengar penerangan Haris. Muka masing-masing berubah
riak.
“Syukur alhamdulillah, nak. Kamu tak apa-apa, Fiya?” tanya ibu lantaran mendakap
erat tubuhku yang kecil ini.
“Tak, bu. Syukur pada Allah. Nasiblah Fiya ingat lagi teknik tekwando yang Fiya
belajar dulu,” kataku pura-pura tersenyum biarpun aku masih trauma dengan
peristiwa tadi. Haris memandang tepat ke wajahku.
“Masa pejabat agama datang serbu tu, Haris baru jer masuk dari luar. Tapi, dia
orang semua tak perasan. Jadi, Haris bagilah helah yang Haris baru keluar dari
tandas.Beg Haris tinggalkan kat tangga bila dengar bising-bising. Haris agak ada
perkara buruk tengah berlaku,” terang lelaki kacak di hadapanku lagi. Dia
menelan liurnya seketika sebelum menyambung lagi kata-katanya.
“Orang tu dah mengaku Haris ni tunang dia. Dia dah tau ker, bu?” soalan dan
panggilannya membuatkan aku terlopoong. Along menutup mulutku sambil ketawa
kecil.
“Belum,” jawabb ibu sepatah. Dia mengurut-ngurut belakangku.
“Apa dia, bu?” soalku inginkan kepastian.
“Memang Haris ni tunang kamu. Mama dan papa dia yang rancang. Kami terima jer.
Mulanya Haris menentang sekeras-kerrasnya tapi sebab dia kasihankan papa dia
yang tiba-tiba strok, dia terus bersetuju. Tak sangka tunang dia adalah orang
yang dia nantikan selama ni.” Terang ayah pula sebelum sempat ibu membuka
mulutnya. Haris kulihat tersenyum-senyum kambing. Wajahnya memerah.
“Kenapa ibu tak beritahu Fiya pun sebelum ni?” aku inginkan kepastian lagi.
Haris yang minta dirahsiakan. Katanya dia nak beritahu sendiri,” jawab wanita
yang sangat kusanjung itu.
“Oooo….” mulutku membentuk huruf o. Pandangan tajam aku lemparkan kepada Haris
yang seperti cacing kepanasan itu. Along dan ayah hanya ketawa. Aryana dan
Aryani sudah pun berlari ke dalam. Mungkin hendak melihat rancangan kartun
kegemaran mereka agaknya.
“Okaylah, ayah, ibu, Safiy… Haris balik dulu. Nanti risau pulak papa dan mama.
Mujurlah tak jadi semua orang ziarah dia orang. Kalau tak terkejut beruklah dia
orang berdua tu.” Kata Haris berseloroh. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Syukurlah. Kalau tak kempunanlah Safiya Arissa nak bersuamikan Haris Iqbal,”
balas along. Wajahku merona merah. Malu mendengar usikan along. Aku pantas
mencubit lengannya.
“Auch! Habislah lebam-lebam lengan along ni. Nasiblah takde saper nak marah,”
dia terus berseloroh sambil menyambut huluran salam Haris.
Aku menghantar kepulangannya dengan ekor mata. Dia pulang dengan memandu
keretaku. Esok kami akan datang mengambilnya di rumah Haris.
*********************************************
“Mohd Afnan Mahadi disabitkan kesalahan kerana percubaan memperkosa Safiya
Arissa Safuan. Dia akan dipenjarakan selama 12 tahun atas sabitan itu.” Tegas
seorang hakim ketika menjatuhkan hukuman pada Afnan. Semua ahli keluarganya
keluar dengan rasa yang bercampur-campur.
Mya Sarah menyimpan dendam yang membara pada aku. Dia telah merancang sesuatu
untuk membalas dendamnya.
Pagi itu, aku menerima panggilan dari seseorang yang tidak aku kenali.
“Safiya, petang ni aku nak jumpa kau kat Taman Titiwangsa. Kau datang sana tepat
pukul enam. Aku akan tunggu kau kat situ. Tidak boleh tidak!” kata si pemanggil.
Belum sempat aku berkata apa, talian sudah dimatikan.
Aku terkedu seketika. Aku buntu. Kenapa dia nak jumpa aku? Perlukah aku pergi ke
sana? Soalan demi soalan menerjah kotak ingatanku. Aku meraup wajahku.
Aku kembali melakukan kerjaku yang tergendala sebentar tadi.
“Fiya, jom lunch.” Ajak Haris. Aku mendongak memandangnya seketika. Saat mata
kami bertembung, aku melarikan pandangan ke arah lain. Bimbang keresahanku dapat
dihidunya.
“Sikit lagi ni,” kataku lantas mengalihkan pandangan kepada kertas plan di atas
mejaku yang baru siap dicetak tadi.
“Sambung nanti. Perut abang dah lapar sangat ni,” rengeknya. Aku tersenyum
tawar.
“Hmm… yalah. Tunggu kejap,” kataku bingkas bangun. Aku mengemaskan mejaku. Aku
mencapai tas tangan dan beriringan dengannya turun ke basement. Aku tidak banyak
berbual dengannya. Hatiku dipagut resah. Aku keliru. Adakah aku perlu mengikut
kehendak si pemanggil tadi atau tidak?
“Fiya nak makan mana?”soalan Haris mematikan lamunanku. Aku menoleh padanya. Dia
tersenyum manis.
“Ikut abanglah. Fiya tak kisah,” sahutku acuh tak acuh. Haris merenungku
seketika sebelum kembali memandang ke jalan raya.
“Fiya ada masalah ker?” soalnya perihatin. Aku hanya menggeleng. Berat rasanya
untuk menyatakan kekeliruan yang sedang bergelodak di jiwaku.
“Abang tak yakin dengan Fiya. Abang kenal Fiya macam mana,” tokoknya lagi.
“Betullah, bang. Fiya okay,” kataku, lembut. Aku tidak tahu bagaimana lagi untuk
berdalih dengannya. Segala gerak-geriku dapat dihidu dengan mudah.
“Petang nanti Fiya bbalik dengan along yer… abang ada cite meeting. Jangan duduk
sorang-sorang kat office,” ujarnya. Dia sangat caring. Aku keliru lagi.
********************
Petang itu, aku tidak menelefon along tapi sebaliknya aku pulang menaiki teksi.
Aku segera ke Taman Titiwangsa seperti yang diarahkan oleh si pemanggil. Dia
menelefonku sekali lagi untuk mengingatkan temu janji yang direkanya sendiri.
“Safiya Arissa, jangan mungkir janji. Kalau kau tak datang, nyawa Haris dalam
bahaya!” tegasnya sambil ketawa sinis lalu memutuskan lagi talian. Aku ke TT
demi untuk tidak meletakkan nyawa Haris dalam bahaya. Aku mahu dia selamat.
Aku tiba di TT tepat pada masanya. Aku melihat sekitar kawasan itu sunyi. Tidak
kelihatan sesiapa di situ.
“Safiya Arissa!” wajah Mya Sarah muncul di hadapanku. Aku terkedu seketika.
Mulutku terlopong.
“Mya!” hanya sebaris nama itu yang mampu aku lafazkan.
“Ya, kau mesti terkejut kan? Aku datang nak balas dendam kat kau. Sebabkan kau
Afnan dipenjarakan. Kau memang tak guna!” jerkah Mya Sarah. Suaranya amat
membingitkan.
“Kenapa pulak aku yang harus dipersalahkan? Bukankah suami kau yang bersalah?”
soalku cuba menentang pandangan bengisnya. Dia menghampiriku.
“Mya, apa ni?” jeritku bila Mya Sarah menghunuskan sebilah pisau ke dadaku di
sebelah kiri. Aku cuba berundur.
“Kenapa mesti kau kembali dalam hidup dia? Selama ni pun dia hampir gila setelah
ubat guna-guna yang aku berikan pada dia telah tamat tempohnya. Dia tinggalkan
kau pun sebab aku dah guna-gunakan dia. Kau faham? Bila kau muncul depan mata
dia membuatkan dia mahukan kau kembali!” tegasnya cuba membongkar satu persatu
rahsia yang selama ini dia simpan kemas. Kepalaku ditonjol-tonjolnya dengan jari
telunjuk. Aku cuba menepis.
“Mya, kenapa kau sanggup buat Afnan macam tu?” soalku, keras. Dia ketawa
mengilai.
“Sebab lelaki tu bodoh. Dia hanya memandang perempuan yang konon-konon alim
macam kau. Dia tak pandang aku yang seksi dan anggun ni,” bentaknya lagi. Dia
terus menghampiriku. Aku mengundur beberapa tapak lagi ke belakang. Ya Allah,
bantulah hambaMu yang lemah ini. Aku ke sini demi nyawa Haris. Aku sayang
padanya. Diam-diam aku berdoa dalam hati.
“Mya, tolong jangan apa-apakan aku. Aku tak bersalah. Aku tak tau dia pun
bekerja di tempat yang sama dengan aku,” rayuku. Air mata sudah lebat membasahi
pipiku. Mya Sarah menjelingku, sinis. Syaitan sudah bertepuk kerana kemenangan
bila mana anak cucu Adam sudah mula bertelagah dan mahu berbunuh-bunuhan.
Peristiwa di mana Habil yang sanggup membunuh adiknya Qabill demi merebut
seorang wanita.
“Kau kena mati di tangan aku, Safiya!” jeritannya memecah hening di satu kawasan
di TT ini. Dia terus merapatiku.
Pisau dihunuskan tepat ke dada kiriku. Aku memejamkan mata. Tidak sanggup
rasanya melihat darah yang bakal mengalir dari tubuhku sendiri.
Pang! Pang! Pang! Terdengar tiga das tembakan. Aku terdengar suara Mya Sarah
menjerit menahan kesakitan. Aku membuka sedikit mataku. Kulihat Mya Sarah sudah
terbaring kaku di atas tanah.
“Fiya, Fiya tak apa-apa?” soalan itu menyebabkan aku membuka mata dan meluru ke
arahnya. Aku memeluknya erat seperti enggan melepaskan dia lagi.
Dia mengusap belakangku untuk menenangkan perasaanku.
“Abang, maafkan Fiya. Fiya buat semua ni demi nyawa abang…” tangisku. Dia
mengusap-ngusap lagi belakangku, lembut.
“Sshh… jangan nangis lagi sayang. Abang kan ada,” pujuknya.
“Lain kali jangan datang sendiri. Beritahu abang. Ni pun abang tau sebab abang
dah upah penyiasat peribadi abang untuk ekori Fiya. Abang dah rasa macam ada
sesuatu yang Fiya cuba rahsiakan dari abang.” Katanya sambil mengangkat daguku
menentang pandangannya.
“Maafkan Fiya, bang. Maafkan Fiya…” aku masih teresak.
“It’s ok. Abang tak marah Fiya. Next time tolong percayakan abang yer…”
pintanya.
Mayat Mya Sarah telah dibawa pergi oleh ambulans ke hospital untuk dibedah
siasat. Aku dan Haris diminta membuat laporan di balai polis kawasan Sentul.
Pegawai polis yang menjalankan tugasnya melepaskan beberapa das tembakan kepada
Mya Sarah juga sudah mula beredar.
Haris segera memandu keretanya membelok ke balai polis Sentul. Aku mula
menceritakan peristiwa pagi tadi kepada salah seorang pegawai polis bahagian
jenayah berat.
“Ya, Cik Safiya. Sebenarnya memang wanita yang bernama Mya Sarah tu mengalami
gangguan mental. Dia pernah keguguran akibat kemalangan dua tahun lepas. Bila
doktor ada mengesahkan dia tidak boleh mengandung lagi, dia mula tertekan.
Ketika dia mendapat tahu yang Cik Safiya bekerja di bawah satu bumbung dengan
Afnan, dia menjadi semakin tertekan. Sebelum ni pun dia pernah cuba untuk
membunuh Cik Safiya tanpa Cik Safiya sendiri sedar. Segala maklumat ni kami
perolehi dari rakan baik dia, Intan Dahlia. Syukurlah Cik Safiya selamat,”
panjang lebar pegawai polis itu mengulas. Aku mengangguk-angguk, faham. Haris
yang berada di sisiku hanya memandang sayu.
“Terima kasih, tuan kerana pantas bertindak menyelamatkan nyawa tunang saya,”
ujar Haris tersenyum hambar.
“Tak mengapa. Ini juga atas bantuan pihak Encik Haris yang berjaya menyampaikan
maklumat kepada kami. Syukurlah semuanya selamat,” tokok pegawai polis yang
berpangkat sarjan itu.
Kami mengangguk serentak.
****************************
“Wow! Cantiknya kau Fiya. Teruja aku. Ni Haris belum tengok lagi,” kata Alissa
dan Fariena yang berada di bilikku hampir serentak.
“Mana ada,” balasku malu-malu. Aku melihat jari yang telah diinaikan. Beberapa
minit lagi aku akan bertukar status sebagai isteri orang.
“Pengantin lelaki dah tunggu di masjid. Jom cepat,” kata Alya, sepupuku. Dia
mengenakan kebaya singkat berwarna pink sedondon dengan kaum keluargaku yang
perempuan. Aku dalam gaun labuh berwarna krim tampak begitu elligon sekali.
“Jom…” kata Alissa dan Fariena. Mereka memimpin tanganku. Aku mengenakan
ekskulato 4 inci. Aku tersenyum manis. Wajahku memerah. Malu sebenarnya.
**************************
Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi isteri kepada Haris Iqbal Dato’
Hanif. Aku tersenyum bila diusik oleh teman-teman.
“Tepi sikit, semua. Sekejap lagi upacara membatalkan air sembahyang akan
diadakan,” kata Mak Long yang duduk tidak jauh dariku. Mereka bergerak menjauh
sedikit dariku.
Dadaku benar-benar tidak stabil debarannya. Aku tidak tahu mengapa. Air mata
menitis setitis di pipi. Mungkin air mata kegembiraan. Tak sangka setelah
berbagai dugaan dan rintangan yang aku lalui, akhirnya aku sudah sah bergelar
isteri kepada Haris Iqbal.
Haris menghulurkan tangannya untuk aku salam. Aku menyambut tangan itu lantas
menciumnya. Kemudian, Haris mengucup dahiku lama.
Kami melayani tetamu yang datang dengan senyum mekar di dua ulas bibir.
Teman-teman lama turut diundang. Bahagianya rasa hanya Allah yang tahu.
*********************
Setelah tetamu pulang, aku naik ke atas membersihkan diri dan menunaikan solat
asar. Aku sudah menyalin pakaian. Aku tidak memakai pakaian pengantin lagi. Aku
hanya mengenakan sepasang baju kurung sutera berwarna biru laut. Warna yang
mendamaikan jiwa. Haris masih di bawah berbual-bual dengan rakan-rakannya
termasuk along. Nampak macam banyak ceritanya yang mahu dikongsikan bersama.
Selesai bersolat, aku duduk di birai katil sambil menyisir rambutku yang panjang
paras bahu.
Tetiba, pintu dikuak dari luar. Wajah Haris mincul di muka pintu. Aku hanya
tersenyum. Dia seakan terpegun melihatku. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
Dia melangkah masuk lalu merapatkan pintu. Hatiku mula dipagut resah. Dadaku
berdebar-debar.
“Nice!” ujarnya sambil berjalan menghampiriku. Dia menghadiahi aku sebuah
kucupan di kedua belah pipi.
“Pergi mandilah dulu. Lepas tu solat,” kataku mengingati.
“Baik, boss.” Ujarnya sambil menjungkitkan keningnya.
“Aik! Bukan abang ker yang boss?” soalku setelah mendengar kata-katanya.
“Hahaha,” dia tertawa sambil menjelirkan lidahnya padaku. Aku turut tertawa.
Bahagia sungguh.
Selesai bersolat, dia menghampiriku lalu merebahkan badannya di pehaku. Aku
mengusap lembut rambutnya.
Sayang bahagia tak kawin dengan abang?” soalnya sambil menggenggam jemariku yang
sedang mengusap rambutnya. Kemudian, dia membawa jariku ke bibirnya lalu
mengucup mesra.
“Bahagia sesangat kerana mengenali abang. Syukur sangat pada Allah kerana
menemukan Fiya dengan abang,” tukasku. Dia mengelus lembut pipiku dengan
tangannya yang masih bebas.
“Macam mana hari tu ibu kata abang tengah tunggu Fiya sebab tu abang bantah
keras pilihan mama dengan papa?” soalku ingin tahu rahsianya. Sudah lama
sebenarnya soalan itu tersimpan kemas di mindaku.
“Fiya masih ingat lagi tak peristiwa tujuh tahun lalu?” soalnya pula padaku. Aku
merenungnya dalam-dalam cuba mencerna ingatanku pada kenangan lampau. Namun,
semua seperti kosong belaka.
“Fiya pernah naik kayak?” soalnya lagi. Aku mengangguk sambil tersenyum. Kulihat
wajahnya serius benar.
“Kenapa, bang? Abang nak naik kayak ker?” soalku bila macam-macam soalan dia
tanya padaku. Dia kembali mengelus pipiku dengan kdua belah tangannya. Dia sudah
duduk menghadapku. Kedua tangannya memaut erat jemariku. Aku tersenyum. Wajahnya
nampak terlalu sayu. Matanya yang bening tepat menikam anak mataku.
“Ada yang mengguris hati abang ker dengan soalan Fiya tu, bang?” aku mula rasa
tidak sedap hati bila dia diam dan terus merenungku. Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Fiya ingat tak lelaki yang pernah Fiya selamatkan di tengah tasik tu?”
soalannya membuatkan aku menepuk dahiku serta-merta. Jemariku terlepas dari
genggamannya.
“Dah ingat?” dia inginkan kepastian. Aku tetap tersenyum seperti tadi. Aku
kemudiannya mengangguk.
“Abanglah lelaki tu,” katanya. Wajahku berkerut kerana heran macam mana dia
mengenaliku sedangkan waktu tu dia sangat lemah.
“Macam mana abang boleh ingat Fiya yang selamatkan abang? Kan masa tu abang
sangat lemah,” soalan itu terbit jua dari mulutku. Dia tersenyum menampakkan
barisan giginya yang putih.
“Memang abang lemah tapi abang masih nampak samar-samar wajah Fiya. Kemudian,
bila abang telah sembuh sepenuhnya, abang cuba dapatkan semua info tentang
sayang daripada Arif. Dialah internet bergerak abang. Lepas tu kan Arif juga ke
Jepun dengan sayang? Semua maklumat tentang sayang Arif yang berikan pada
abang.” Terangnya. Aku tertunduk merenung jari-jariku yang telah kembali berada
dalam genggamannya.
“Kenapa abang tak datang jumpa Fiya bila abang dah sedar?” aku belum berpuas
hati dengan penjelasannya.
“Abang memang nak jumpa Fiya tapi lepas abang sihat, abang terus terbang ke UK
untuk further study. Kan abang Cuma buat degree jer kat UM tu. Abang ke UK untuk
sambung master.” Lanjutnya lagi. Oh, rupanya dia ada master. Selama ni aku tak
tau pulak. Desis hatiku.
“Kenapa abang boleh berada di tengah tasik tu?” aku terus mencungkil rahsianya.
“Kayak yang abang naik tiba-tiba terlanggar batu dan terpecah dua. Kawan abang
tu selamat sebab dia masih dapat berpegang pada kayak tapi abang tak dapat
menghampiri kayak tu pun,” jawabnya. Ada sinar kejujuran di bening mata itu.
“Dia tak cuba selamatkan abang?”
“Dia pun tak pandai berenang dan abang pun lemah sangat masa tu memandangkan
belum menjamah satu apa pun makanan masa tu.” Ujarnya lagi. Aku mencubit
lengannya ketika dia melepaskan tanganku untuk menggaru hidungnya yang gatal.
“Habis tu siapa yang selamatkan dia?” tanyaku lagi. Geram juga mengenangkan
sikap rakan suamiku ini.
“Dia bergerak mengikut kayak itu ke tepi. Dia sebenarnya cuba mendapatkan
bantuan. Tulah dia berjumpa dengan Arif tapi Arif kata dia juga tak pandai
berenang. Mujurlah Allah hantarkan seorang bidadari untuk menjadi angel pada
abang.” Katanya sambil mencuit hidungku. Aku tertawa, senang.
***************************
Tok! Tok! Tok! Ketukan terdengar di pintu. Aku bingkas bangun dan membuka pintu
itu.
“Fiya, jom turun solat jemaah,” ajakan Alya itu membuatkan aku menoleh memandang
jam di dinding. Rupanya sudah masuk waktu maghrib.
“Ya, kejap lagi Fiya turun ya.” Kataku sambil tersenyum. Alya mengangguk, faham.
Dia berlalu. Aku kembali ke katil dan duduk di sisi Haris.
“Abang, kita jemaah jom.” Kataku, lembut. Haris mengangguk. Dia segera berlalu
ke bilik air untuk berwudhuk.
Dia keluar dari bilik mandi. Di badannya memang sudah tersarung sepasang baju
melayu berwarna biru kehijauan. Dia melangkah ke pintu sambil mengenakan songkok
ke kepala. Dia sempat menoleh kepadaku.
“Abang tunggu sayang kat bawah yer…” katanya sambil mengenyitkan matanya. Aku
tersenyum, manja. Dia terus berlalu.
Aku melangkah ke bilik air untuk berwudhuk dan keluar semula. Kemudian, aku
mengenakan telekung. Aku juga turun ke bilik solat di bawah untuk turut serta
berjemaah dengan ahli keluarga yang masih berada di rumahku.
“Fiya, sini.” Kata nenek. Aku melangkah mendekat kepada nenek.
Terdengar sungguh merdu dan indahnya bacaan al-fatihah yang dialunkan oleh
lelaki yang mengimamkan solat kami.
Selesai berwirid dan berdoa, kami mengadakan salam ukhuwah untuk mengeratkan
lagi silaturrahim di antara ahli keluarga.
“Alya, saper imam tadi tu? Sedapnya bacaan dia,” soalku kepada Alya yang berada
di sisiku dengan bisikan. Bimbang orang lain akan dengar.
“Laki kaulah. Apalah, laki sendiri pun tak kenal ker?” usik Alya. Aku
menjelirkan lidah padanya. Dia tertawa.
Selesai bersolat, kami mengadakan bacaan yasin sementara menunggu isyak.
Solat isyak juga diimamkan oleh suamiku. Terasa damainya hati bila mendapat
suami yang didambakan.
*********************************************
Malam itu kami makan malam bersama. Kemudian berbual-bual sambil membuka hadiah.
Alangkah bahagianya dirasakan bila semua berkumpul begini.
Setelah semua beransur pulang dan masuk ke bilik masing-masing, Haris dan aku
juga naik ke bilik tidur bersama. Kami berjalan beriringan dan Haris merangkul
pinggangku.
“Abang, Fiya nak tukar pakaian kejap.” Pintaku. Haris tersenyum sambil
mengangguk.
Aku bergerak ke almari dan mengeluarkan sepasang pijama satin yang baru kubeli
minggu lalu. Aku masuk ke dalam bilik air. Selesai menggosok gigi dan
membersihkan muka, aku menukar pakaian. Setelah itu, aku keluar dari bilik air.
Kulihat lelaki itu sudah pun menukar pakaian. Dia mengenakan sehelai baju panas
dan berkain pelekat. Kacak sungguh dia biar apapun pakaiannya. Aku tersenyum
lagi.
Aku merebahkan badan ke katil. Penat baru terasa setelah melayan tetamu dari
siang tadi.
“Abang tidur dengan Fiya ker?” soalnya.Pandangan tepat ke wajahku. Malu-malu aku
mengangguk sambil mengukir senyum kambing. Dia mengenyit mata, nakal.
Haris berjalan menghampiri katil. Dia merebahkan tubuhnya di sebelahku.
“Abang, Fiya ada lagi satu soalan,” bisikku ke telinganya.
“Apa dia, sayang?” soalnya. Dia memusingkan badan menghadapku.
“Macam mana abang boleh ada di KLIA masa Fiya baru sampai dari Jepun tu? Saper
perempuan seksi dengan abang tu?” dua soalan aku ajukan serentak. Dia tertawa
kelucuan.
“Abang pun baru balik dari Sabah masa tu. Pompuan seksi tu sebenarnya pramugari
mana tah yang sesat. Asyik ikut abang dari airport KK lagi. Tulah, tetiba jer
dia pegang tangan abang. Dahlah depan bakal isteri dan abang ipar. Tulah, abang
cuba lari dari dia,” terangnya serius. Wajahnya nampak sangat tegang mengingati
saat itu.
“Oooo… ingatkan makwe abang.” Kataku dengan senyum mengusik. Dia mencubit
pipiku.
“Auch, sakitlah bang!” marahku sambil mengusap pipiku yang dicubit oleh Haris.
“Padan muka. Kenakan abang lagi,” ujarnya sambil mengucup pipiku yang telah
dicubitnya sebentar tadi. Aku tertawa halus.
Haris bingkas bangun dan segera memadamkan lampu. Hanya lampu tidur yang
terpasang. Dia memelukku erat. Kemudian, aku terdengar dia membaca sesuatu.
Kami melalui malam yang indah bersama. Terima kasih ya Allah kerana
menganugerahkan aku sebuah kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Pengikut

Catatan Popular

KENALI SAYA

Foto saya
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Saat yang terindah adalah ketika impian terlaksana!!!

pautan blog

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman