Khamis, 7 Jun 2012

KEMBALILAH SAYANG 3

Bab 3 

Pagi itu, Sarah bangun ketika terdengar sayup-sayup alunan ayat suci di masjid berhampiran dengan rumah Afreena. Dia perlu bersiap awal untuk mengejar kenderaan
awam yang akan ditumpanginya. Dia belum punya kenderaan sendiri. Suatu hari nanti dia akan membeli kenderaan sendiri untuk memudahkan dia bergerak.  

Susai membersihkan diri dan berwudhuk, Sarah melangkah keluar dari bilik air.  

Salam diberi setelah selesai membaca tahiyat akhir. Sarah memanjatkan doa buat kedua orang tuanya. Doa turut dipohon untuk kesejahteraan dan kebahagiaan
keluarganya. Dia sangat mengasihi keluarganya. Di sini… di kota batu ini, Sarah nekad untuk melakukan kerja sebaiknya demi rezeki halal untuk keluarganya.
 

Telekung dan sejadah kembali disangkut pada penyangkut yang tersedia di sudut bilik yang sederhana besar itu. Biliknya tersusun kemas dan rapi.  

“Dah solat, Sarah?” wajah sepupunya tersembul di muka pintu bilik itu. Dia sudah lengkap memakai sehelai kebaya singkat rona putih berbunga-bunga biru kecil.
Senyuman manis terukir di bibirnya.  

Sarah hanya mengangguk kepalanya. Di tangannya terdapat sebatang sikat. Dia sedang menyikat rambutnya yang panjang.  

“Kau tumpang akulah. Aku drop kau kat office,” perlahan tutur Afreena menyapa pendengaran Sarah. Wajah Afreena terbias oleh pantulan cermin dan Sarah tersenyum. 

Sarah mengalihkan pandangannya mencari seraut wajah kuning langsat dengan sebutir tahi lalat hidup pada pangkal mata sebelah kanan. Seraut wajah itu tampak
sangat tenang.  

“Tak menyusahkan kau ker, Reen? Sekarang pun aku tengah susahkan kau.” Duga Sarah sambil tangannya terus menyanggul rambutnya. Kemudian, dia mencapai sehelai
selendang pink terang lalu dibelitkan pada kepalanya. Anggun kelihatannya Sarah dalam baju kurung moden rona pink lembut yang dipakainya. Padan sungguh
dikenakan dengan tudung pink terang.  

“Takde yang susahnya, Sarah. Kitakan bersaudara. Tak aku yang tolong kau, sapa lagi yang akan bantu kau?” bantah Afreena sambil berlalu menghilang ke dalam
biliknya yang bertentangan dengan bilik Sarah.  

Keluhan kecil dilepaskan oleh Sarah bila melihat jejak Afreena sudah tidak kelihatan lagi. Apa-apalah, Reen… Kau yang terbaik dalam hidup ini. Kau yang
memahami aku dan masa depanku.  

***********************************  

Sarah menutup kembali pintu Toyata Cambery itu sambil mengucapkan salam. Afreena menurunkan sedikit cermin keretanya sambil senyuman manis terukir di bibirnya.
 

“Waalaikum salam! bye! Petang nanti call kalau nak aku jemput kau!” laung Afreena sebelum menaikkan semula tingkap di sebelah penumpang. Sarah tertawa sambil
melambai kepada Afreena sehingga kelibat Toyota Cambery warna perak itu hilang dari pandangan.  

“Sarah, masuk bilik saya lepas ni,” suara garau itu membuatkan darah Sarah berderau. Dia segera berpaling dan buat-buat tidak dengar. Malu usah dikira kerana
puluhan pasang mata yang sedang memandang mereka kerana posisi Haqeem yang terlalu hamper dengan Sarah. Sarah pura-pura seperti tidak ada apa pun yang
berlaku. Debaran kencang yang menghentam dadanya ditahan-tahan. Tangan kiri dilekapkan pada dada sebelah kiri agar jantungnya sendiri tidak melompat keluar
dari soket. Langkahnya terus diatur memasuki perut lif.  

Orang ramai bersesak hendak masuk ke dalam lif itu. Haqeem bergerak merapati Sarah. Hanny yang berdiri di sisi kirinya tidak dilayan. Wajah gadis itu mencuka.
Lengan lelaki kacak yang merupakan CEO Maju Holdings itu dipautnya, erat. Dia melentokkan kepalanya ke bahu itu.  

“Please… Hanny. I rimaslah macam ni. Boleh tak jauh sikit dari I?” tolak Haqeem dengan suara yang ditahan-tahan. Mungkin sedang menahan malu atau lebih
tepat marah.  

“Ooooo… dengan I, you suruh jauh-jauh. Dengan perempuan kampong tu… tak kisah pun. Kalau boleh nak berkepit 24 hours!” suara Hanny mula naik satu ton. Kata-kata
itu merobek tangkai hati gadis yang sedang berada di hujung perut lif. Air mata terasa suam di tubir mata menanti masa untuk gugur.  

“Kalau dia… I sanggup kalau nak buat bini pun. Nak dibandingkan you dengan dia… jauh panggang dari bara!” sinis tutur Haqeem sambil merentap pegangan Hanny.
Wajah itu membengis. Haqeem pun satu tak kan nak berperang di tempat awam sebegini. Kelihatan mata Hanny mencerlang merenung tepat ke wajah Sarah. Sarah
hanya menguncikan mulutnya. Pandangannya ditekurkan ke lantai lif.

“I tell your mum. You tengah nak mengorat perempuan tak sekufu dengan kita. Sedar sikit… dia tu tak layak untuk you!” bentak Hanny.  

Di setiap tingkat, penghuni yang melangkah keluar terkunci dengan rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Mungkin tak menyangka dengan tindakan CEO mereka. Di
wajah masing-masing bagai tergarap dengan sejuta rasa yang tak mampu diungkap oleh bibir mereka. Melihatkan riak pada wajah setiap pekerja tadi, Sarah
dapat meneka tidak mustahil hal ini akan jadi buah mulut orang. Di mana hendak dia sembunyikan muka yang terasa tebal ni. Kot-kot muat dalam baju atau
hand bag pada bahu kanannya ini. Sarah melarikan pandangan dari renungan Haqeem. Lelaki ini tidak mengerdipkan matanya saat merenung Sarah.  

Sarah masih lagi terdiam. Mendung di wajahnya cuba dijernihkan. Beginikah nasib jika bukan orang berdarjat atau berada seperti mereka? Soalnya hanya bergema
dalam hati. Liur yang ditelannya juga terasa pahit. Sarah meletakkan tangan bersilang pada dadanya menahan keperitan pada dada sendiri akibat membendung
benteng air mata dari pecah di khalayak ramai.  

“You jaga sikit mulut tu. Kalau belum beli insurans, sila beli dengan mana-mana company!” keras suara Haqeem dengan telunjuk tepat ke wajah gadis yang memakai
skirt jeans biru gelap yang dipadankan dengan sehelai blouse tanpa lengan rona ungu muda. Pangkal dadanya yang kemerahan jelas terpampang buat tontonan
percuma sang lelaki yang hendak mencuci mata.  

“How there you!” Hanny menepis tangan Haqeem yang terangkat hamper mengenai mukanya. Haqeem hanya tertawa, sinis. Pandangan mereka keduanya garang pada
pandangan Sarah. Sarah hanya menikus melihat perbalahan itu.  

Penumpang lif semuanya sudah berlalu dari kotak besi ini. Mungkin sedang menjalankan tugas masing-masing.  

Bila lif tiba di tingkat 12, Sarah melalui kedua manusia yang dikuasai amarah ini dengan berhati-hati. Tiba-tiba terasa lengannya yang berlapik dipegang
oleh seseorang. Sarah segera mengalihkan pandangan melihat gerangan manusia itu. Dia terkedu seketika memandang kedua insan di hadapannya silih berganti.
 

Di wajah keduanya tiada segaris senyuman pun. Wajah Haqeem tampak tidak beriak dan Hanny terus mencuka. Perlahan-lahan, Sarah cuba merentap lengannya dari
pautan tangan kasar majikannya sendiri.  

“Maaf, boss. Saya pergi dulu.” Ujar Sarah cuba melepaskan lengannya yang kembali tersapa ke dalam pegangan lelaki itu. Lengan Sarah dipaut kejap oleh tangan
kasar itu. Hanny terus memuncungkan mulutnya, tanda meluat. Namun, apalah daya yang dia ada. Dia tak mampu melawan kudrat lelaki itu.  

Pintu lif kembali tertutup. Mereka tidak mahu keluar ker. Lif sudah mula turun ke bawah semula. Hanny kelihatan sedang mengertap bibir tanda protes.  

“Sarah…” dia merenung tepat ke wajah gadis yang hanya tertunduk. Sayu sungguh kelihatannya wajah itu. Mungkin hati yang tersimpan kukuh dalam dadanya telah
tercalar teruk oleh nista perempuan yang beriya-iya tergilakannya. Haqeem melepaskan keluhan berat membuatkan Sarah mendongak menentang pandangan yang
masih berbara itu.  

“Sabar, boss. Cik Hanny ni mungkin sayangkan boss. Sebab tulah dia kata macam tu kat saya. Kalau boleh saya tak nak terlibat dengan mana-mana skandal yang
berisiko begini,” polos sungguh wajah itu melantunkan bicara dengan suara lunaknya.  

Hanny terkesima dengan kata-kata gadis kampong yang kaya dengan adab sopan itu. Dia tersenyum kemenangan. Yes, dia sendiri sudah tahu agaknya related aku
dengan Haqeem. Bisiknya, girang jauh di lubuk hati kecilnya.  

Haqeem menggeleng laju.  

Tiba di tingkat 8, lif terbuka lagi. Haqeem segera menarik Sarah keluar dan pantas menekan butang “close” dan membawa Sarah berlalu ke lif di sebelah.
“Kenapa boss buat macam ni? Saya kan orang baru kat sini. Nanti mereka tuduh saya yang menggoda boss pulak,” tekan Sarah pada perkataan “menggoda” itu
biar Haqeem faham situasinya kini. Haqeem tersengih-sengih, nakal. 

“Memang Sarah tengah menggoda saya pun sekarang,” telus benar pengakuan itu membuatkan wajah Sarah berubah. Dia berundur hingga ke dinding cuba menjauh
dari Haqeem.

“Mana ada saya nak menggoda boss! Saya nak cari rezeki yang halal untuk keluarga di kampong,” tegas Sarah dengan riak tak puas hati dituduh begitu. Wajahnya
sangat tegang waktu ini.  

Haqeem hanya mengangguk. Untuk apa anggukan itu, Sarah sendiri kurang pasti. Suasana dalam kotak besi itu dihujani kesepian. Lama pandangan mereka bertatapan.
Rasa debar bertandang dalam dada Sarah. Debaran yang tak dapat dimengertikan. Dia meletakkan tangan pada dada sebelah kiri untuk menghentikan debar yang
menggila itu. Debaran itulah yang mengocak ketenangannya waktu pertama kali bersua dengan lelaki yang berkarisma ini. Sarah terus melarikan pandangannya
ke tempat lain untuk menolak kenyataan yang mengelirukan ini. Senyuman manis terukir di bibir merah Haqeem.  

“Masuk bilik saya,” tegas Haqeem ketika mereka melangkah keluar dari perut lif itu. Haqeem berjalan mendahului Sarah tanpa menunggu jawapan. Wajahnya sengaja
diseriuskan.  

************************************************  

“Morning, Sarah.” Tegur Nancy yang baru keluar dari bilik Haqeem. Mungkin baru siap mengemas atau menghantar minuman agaknya. Duga Sarah sambil melemparkan
senyuman plastic demi untuk menutup kepiluan yang bertunas di hati angkara tohmahan perempuan perasan bagus dalam lif tadi. Haqeem pula seakan mencipta
masalah dengan caranya menolak Hanny tu. Hiii pening kepala aku ni! Bentak Sarah hanya bergema dalam hati saja.  

“Hai…” Sarah membalas kata gadis Serani itu, acuh tak acuh sahaja. Dalam dirinya berperang dengan sejuta rasa yang tak mampu dibebankan ke bahu orang lain.
 

Nancy perasan dengan tingkah Sarah. Hari-hari yang berlalu, Sarah tidak pernah sedingin hari ini. Pasti sesuatu sudah terjadi pada gadis kecil molek ini.
Duga hati Nancy sendiri tanpa ada jawapannya. Wajah gadis cantik itu direnungnya dalam.  

“Okay, Nan. I masuk dulu. Ada banyak kerja nak disiapkan,” ujarnya lantaran mengatur langkah longlai ke biliknya. Tinggallah Nancy dengan sejuta persoalan
yang tak mampu dirungkaikan.  

*************************************************  

Air jernih yang sudah kering kembali bertakung di tubir matanya. Sesak dadanya saat terkenangkan kata-kata yang terungkap dari bibir Hanny yang seksi itu.
Mengapa darjat sering jadi perbalahan antara manusia? Bukankah di sisi Allah manusia yang mulia adalah manusia yang sering takut dan bertakwa lebih tinggi
darjatnya?  

Perlahan-lahan Sarah menyeka air jernih yang luruh tanpa henti dengan sehelai sapu tangan biru putih yang dikeluarkan dari tas tangannya. Aku harus kuat!
Aku ke sini bukan untuk mencipta masalah. Tapi… aku ke sini untuk mencari sesuap nasi buat ayah bonda dan adik-adik di kampong. Aku tidak boleh pentingkan
diri sendiri. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya saja.  

Sebuah fail kuning dicapainya. Dia mula membelek-belek kerja yang hendak dihabiskan. Kerja itu perlu dihantar hari ini juga. Ini bermakna dia akan skeep
lagi waktu rehat nanti. Kerja lebih utama. Dia hanya akan berhenti untuk solat seketika. Itulah Sarah, tak pernah sekalipun dia mengabaikan suruhan yang
satu itu. Semuanya hasil didikan ayah dan ibu. Terima kasih, ayah dan ibu!  

“Sarah, boss suruh kau masuk bilik dia sekarang. Dia suruh bawak fail kuning tu,” kemunculan Nancy di muka pintu membuatkan Sarah mengurut-ngurut dadanya.
 

“Heh, kus semangat! You ni Nan… kot ya nak I mati cepat janganlah dalam bilik ni,” spontan bicara dari bibir mongel itu membuahkan tawa Nancy dengan riak
yang terlalu lucu. Sarah menjuihkan bibirnya pura-pura menyampah. Mimik muka Sarah menggelikan lagi hati wanita serani itu.  

Dia berjalan mendekati meja Sarah. Tangannya dijatuhkan pada permukaan meja yang dialas dengan cermin lutsinar itu. Dia memandang tepat ke wajah gadis yang
berbulu mata panjang dan lentik itu. Rasanya bulu mata asli.  

“Padanlah boss sudah tangkap cintan dengan you…. Hihihihi!” usik Nancy diakhiri dengan tawa kecil. Sarah menghadiahkan sebuah cubitan pada lengan Nancy
yang dilapisi dengan kain jarang pada lengan baju Punjabi oren hitam itu.  

“Auch! Sakitlah, Sarah. Dulu you ambil kelas cubitan paling hot ek?” giatnya lagi. Wajah Sarah dimasamkan seperti buah oren yang dibeli di pasar malam.
Nancy mencuit pipi gebu gadis di hadapannya sambil tersenyum mengejek. Sarah menepis tangan wanita itu sambil berdiri.  

“Janganlah merajuk, sayang. Nanti I belikan you…” kata-kata Nancy terhenti bila tangan kecil itu sudah menggeletek pinggangnya. Dia kegelian sambil tertawa
cuba mengelak.  

“Astaghfirullah… I suruh you panggilkan Sarah bukan melawak sampai macam ni…. Childish!” Haqeem berdiri tercegat di hadapan kedua wanita itu. Dia merenung
tajam pada wajah keduanya silih berganti. Wajahnya serius sekali.  

“Sorry, boss. Sarah ni merajuk. I pujuklah dia,” tukas Nancy mengenyitkan sebelah matanya pada Sarah. Sarah menjeling tajam.  

Jelingan itu seakan mahu membunuh jiwa Haqeem. Dia melarikan pandangan ke luar bilik. Haqeem turut menahan tawa. Dia beredar ke biliknya.  

Tawa keduanya pecah saat kelibat Haqeem sudah lesap ke dalam biliknya.  

“Haa… better you go now. Nanti boss marah lagi!” tokok Nancy sambil berlalu ke mejanya. Sarah tertawa kecil. Tangannya pantas mencari  sebatang pen dan
plannernya. Fail kuning itu dikepitkan di celah ketiaknya. Dia berjalan laju sekali ke bilik lelaki bernama Haqeem itu. 

Tiba di meja Nancy, gadis itu tersenyum mengejek. Sarah angkat penumbuk dengan tangan kirinya. Kening kanan Nancy terangkat, pura-pura kecut. Usikannya
kian menjadi-jadi kerana suka melihat wajah cantik itu kelat.  

Sarah malas melayan temannya nan seorang itu. Dia terus mengatur langkah mendekat ke pintu bilik yang terpampang dengan nama “Tengku Naufal Haqeem  CEO
MAJU HOLDINGS” itu.  

Setelah mengetuk pintu majikannya, Sarah melangkah anggun ke dalam. Dia kembali merapatkan pintu.  

“Kenapa nak datang kena berjemput? Nasib baiklah saya tak order kad jemputan untuk you. Tadi pun kan saya dah pesan…” tegas lelaki itu tanpa segaris senyum
pun di bibir. Sarah kecut juga melihatkan ketegasan lelaki itu. Dia tak berani menentang pandangan lelaki itu. Haqeem masih rancak menaip pada kekunci
computer ribanya tanpa memandang Sarah.  

Sarah masih tercegat sambil tertunduk. Planner di tangan digenggamnya, erat. Haqeem tetap serius. Ini kali pertama dia lihat majikannya begini.  

“Tak nak duduk ke?” soalan itu membuatkan darah Sarah jadi gemuruh. Pantulan wajahnya membuatkan Haqeem tahu Sarah sedang gementar dengannya.  

“Mari duduk kat sini,” tegas Haqeem lalu berdiri. Dia berjalan ke sofa. Punggungnya dilabuhkan pada sofa bercorak abstrak hitam digandingkan dengan bunga-bunga
kuning. Mahal buatannya. Mungkin diimport dari luar Negara. Duga hati Sarah.  

“Jangan takut… saya tak pernah makan orang lagi. Keturunan saya pun takde yang batak. Saya hanya nak beritau Sarah hal yang penting,” nadanya direndahkan
biarpun masih jelas ketegasannya.  

Perlahan-lahan Sarah mengatur langkah mendekat ke sofa. Dia mengambil tempat di hadapan Haqeem. Wajahnya masih menunduk tidak berani menentang pandangan
lelaki berkulit cerah itu.  

“Sorry buat Sarah serba salah. Sebenarnya, tensyen sangat dengan macam-macam hal tadi…” ucapnya, lembut. Sarah mendongak merenung ke dasar mata lelaki yang
sedang berbicara lunak itu. Jantungnya kembali berirama pincang. Haqeem kembali menghiasi ulas bibirnya dengan senyuman manis. Mana-mana wanita yang pernah
bertemu pasti tidak tertahan menanggung rindu. Bisik hati kecil Sarah. Namun, dia harus menyedari status antara dirinya dengan lelaki di hadapannya ini.
 

“Sarah dengar tak apa saya Tanya ni?” suara garau itu telah mengheret Sarah untuk berpijak pada paksi yang nyata. Matanya dikerdipkan sekali lantas melarikan
pandangan itu ke hiasan yang tersusun di sudut bilik mewah itu. Dia asyik merenung lelaki itu rupanya.  

“Hmm…” jawab Sarah cuba berdalih. Haqeem meraup rambutnya ke belakang menampakkan dahinya yang seperti Dataran Merdeka itu. Wajahnya seperti sedang menahan
tawa.  

“Kenapa sebenarnya boss nak jumpa saya?” dia segera mengalih topic agar lelaki ini tidak akan terus berbicara tentang kelekaannya tadi.  

“Dato’ Yusof tu mintak kita ubah sikit design rumah banglo untuk anak sulungnya tu. Kalau boleh saya nak Sarah yang handle plan ni. Mungkin lain orang…
lain decoration dia. Minggu depan kita akan pergi jumpa dia kat office dia. Hope Sarah tak keberatan,” katanya lalu menghulurkan segulung kertas A1 yang
berada di tangannya kepada gadis kecil molek itu. Mereka bertatapan seketika sebelum huluran itu disambut oleh sang gadis.  

Plan yang sudah disiapkan oleh Dviya itu ditelitinya dari berbagai sudut. Apa kata gadis India itu nanti bila tahu hasil tangannya telah diserahkan kepada
orang lain. Hish, tak kan aku nak jadi manusia yang kejam pada orang lain? Aku tak nak jadi hipokrit! Bentak hati kecilnya. Wajahnya berubah kelat mengenangkan
semua itu.  

“Sorry. Saya ada buat Sarah terasa atau ada tersilap kata ke?” lembut tutur lelaki ini. Wajahnya bertukar serba salah. Senyuman manis yang menghiasi bibirnya
yang kemerahan itu kian pudar. Terasa redup pandangannya membawa rasa bersalah yang perlukan jutaan kemaafan dari insan di hadapannya. Sarah tertunduk.
Hujung penanya, digigit lembut. Fikirannya cuba mentafsirkan riaksi pada wajah sang majikan.  

“Boss tak salah apa pun. Cuma…” liurnya ditelan kasar cuba mencari bicara yang tepat untuk menyatakan keresahannya terhadap rasa yang akan bercambah dalam
hati Dviya terhadapnya nanti.  

“Cuma… apa, Sarah?” lelaki itu merenung tepat ke dasar mata hazel milik gadis bernama Sarah itu. Pandangannya turut diredupkan untuk menarik perhatian sang
gadis.  

“Saya tak nak Dviya berkecil hati bila tengok hasil kerja dia ada pada saya je,” akhirnya bicara jujur itu terkeluar juga dari bibir gadis comel di hadapannya
ini.  

Haqeem mengangguk kecil. Tangannya dilabuhkan di atas dahi seperti sedang mencari idea untuk membuatkan Sarah tidak berkecil hati dengan tindakannya itu.
 

“Sarah jangan risau… Saya akan memaklumkan pada dia dengan baik. Lagi pun dia ada lagi dua tiga projek yang perlu disiapkan cepat. Klien dah tunggu dan
dead line dia dah hamper,” bicara Haqeem menerbitkan ceria di wajah Sarah. Sebuah keluhan kelegaan terhambur dari dua ulas bibir yang kemerahan itu. Haqeem
turut tersenyum. Manis sungguh senyuman itu. Haqeem terus merenung ke wajah gadis yang merupakan jurutera baru di pejabatnya kini.  

“Ni fail yang boss mintak tu. Saya dah buat semakan. Tapi… boleh tak boss buat double check? Takut ada kesilapan yang tak disengajakan,” pinta Sarah dengan
pandangan yang diredupkan. Pandangan seperti itu mampu mengocak danau hati lelaki Haqeem. Dia tunduk membelek fail yang dihulurkan oleh Sarah sebentar
tadi.  

“Hmm… Sarah boleh pergi. Nanti saya akan beri jawapannya. Jangan lupa siapkan plan rumah Dato’ Yusof tu ya,” bicara Haqeem mengundang anggukan kecil Sarah.
Dia mula berdiri dan mengatur langkah ke pintu.  

“Assalamualaikum, boss!” ucapnya sambil memulas tombol pintu. Tanpa menunggu jawapan majikannya, Sarah kembali merapatkan daun pintu. Langkahnya terus dihayun
laju menuju ke bilik.  

*******************************************************  

Gulungan kertas A1 itu dicampakkan ke sofa. Planner diletakkan semula pada meja kerjanya. Sarah bergerak mendekat pada jendela yang menghadap ke KLCC itu.
Bangunan tertinggi di Malaysia. Bangunan yang merupakan bangunan berkembar. Mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaya atau Malaysia ini.  

Dia cuba mencari sebuah ketenangan. Entah mengapa setiap kali bertentang mata dengan lelaki bernama Haqeem itu, dia hamper tewas dengan rasa yang sukar
dimengertikan. Dia buntu. Dia harus mengusir permainan rasa ini kerana antara mereka terhalang oleh dua darjat yang berbeza. Jika boleh dia tidak mahu
berlaku seperti kisah “antara dua darjat” lakonan Allahyarham Tansri P. Ramlee itu. Dia bukanlah insan yang kemaruk dengan rasa cinta orang kaya. Dia selalu
menyedari akan status diri dan keluarganya. Namun, tatkala dia dihambat oleh bebayang lelaki berkulit cerah, bermata kuyu, hidungnya mancung terletak.
Di pipi sebelah kanannya terhias dengan sebutir tahi lalat; menampakkan lagi kemanisan pada wajahnya itu, Sarah seakan terbuai dengan rasa hatinya sendiri.
Puas dia mengusir jauh rasa yang bertapak di hatinya itu namun semakin kuat dia diasak dengan pelbagai rasa. Terkadang dia rindu. Terkadang dia rasa sayang.
Terkadang dia mengutuk dirinya sendiri kerna gagal menjaga hatinya sendiri.  

“Sarah boleh tolong buatkan saya Nescafe tak?” soalan majikannya itu membuatkan Sarah terlopong. Matanya diterbalikkan ke atas cuba mencerna ayat permintaan
yang terlafaz dari celah bibir lelaki di hadapannya ini. Mereka sedang berbincang tentang satu plan yang diminta oleh Prof Madya Ng Hay Lock. Dia baru
saja berada di sini namun ragam Haqeem sentiasa beralih arah padanya. Sarah sedar banyak mata yang memandang. Tapi… apalah kudrat yang dia ada untuk menolak
segalanya dari terus berlaku.  

“Saya ke, boss? Kenapa tak suruh je Nancy yang buatkan?” soal Sarah, perlahan. Hatinya keliru. Dia memandang wajah Haqeem yang berubah itu. Sarah tertunduk,
kelu.  

“Saya berhak nak tentukan siapa yang saya nak dia buat sesuatu untuk saya. Sepatutnya pekerja saya tidak boleh berkata tidak, kan?” tegang sungguh wajah
itu ditambah dengan ketegasan pada suara paraunya. Sarah terus menekurkan pandangan pada dada kertas yang berserakan di hadapan mereka itu.  

“Baik, boss.” Kata Sarah lalu bangkit. Hati kecilnya bagai diguris mendengarkan bait-bait kata yang terkeluar dari dua ulas bibir yang kemerahan itu.  

Sarah memusingkan tubuh dan berjalan ke pintu.  

****************************************************  

Bunyi intercom di meja Sarah mengecaikan lamunan Sarah. Dia bergegas mencapai punat itu lalu menekan, pantas. Setelah menerima pesanan dari hujung sana,
Sarah kembali duduk.  

Sarah mula mencapai fail hitam itu lalu membelek-belek isi di dalamnya.  

Tekun sungguh Sarah melakukan tugasnya. Saat yang berlalu bagai tidak terhitung olehnya. Dia mahu kerjanya tip top. Bukan dia mahukan pujian namun dia mahu
segala amanah yang terjunjung di bahunya terlaksana. Tidaklah di hadapan Allah nanti dia terpaksa menjawab soalan yang sukar untuk dielakkan.karyaku

Jumaat, 10 Februari 2012

Ranjau Hati Seorang Isteri 13

Bab 13 Herry berdiri sendirian di balkoni rumahnya. Fiza telah lama dihanyutkan mimpi. Herry sukar menafsirkan perasaannya kini. Hatinya terlalu merindui Rin. Sudah hamper sebulan mereka tidak bertemu apa lagi mendengar suara. Adakah Rin jua merinduiku? Soalnya sendirian. Kerdipan bintang berjuta di langit yang disinari cahaya sang rembulan terisi dengan seribu bayangan Rin. Rin ada di mana-mana. Adakah aku ni angau pada isteri aku sendiri? Di mana perasaan aku pada Fiza sebenarnya? Hati Herry kian keliru. Berdosakah aku mensia-siakan isteriku sendiri? Rin cinta hatiku. Fiza teman aku berseloka. Mengapa dulu aku tidak betah berfikir risiko yang bakal aku hadapi? Herry terasa hendak menelefon Rin. Telefon kecilnya telah lama berada di tangan. Dia bimbang seandainya Rin tidak mahu menjawab panggilannya. Sedih benar dia memikirkan situasi itu. Kalau ada orang lain yang mengurat dia macam mana? Isteri aku tu bukan tak cantik. Jauh lebih cantik dari Fiza. Jauh lebih bergaya. Timbul rasa curiga, cemburu dan marah mengenangkan seandainya isterinya diganggu oleh orang lain. Dia pergi bukan sendirian. Anak-anak kan menemaninya? Pujuk hati Herry lagi. Dia cuba membuang jauh perasaan yang entah apa-apa pada isterinya itu. Dia tahu Rin wanita yang baik akhlaknya. Tak akan dia mahu berlaku curang di belakang aku pulak. Gerutu hati Herry lagi. “Aku tengok kau asyik termenung jer sejak kebelakangan ni Ry? Ada apa-apa masalah ker? Tak kan tak habis lagi masalah dengan Rin?” Syameel juga risau melihat keresahan teman baiknya. Saban waktu dia dapat melihat keresahan Herry. Dia tak mahu prestasi kerja dan reputasi temannya terganggu. Herry juga kian cengkung. Dia tak dapat menangani masalahnya dengan baik ker? Pelbagai persoalan bermain dalam benak Syameel. Persoalan yang entah bila akan terungkai. “Aku rindu dia Meel. Dah hamper sebulan aku tak jumpa dia. Sejak peristiwa kami bertengkar hari tu, aku tak pulang lagi ke rumahnya.” Terang Herry kepada teman baiknya. Hanya Syameel tempat dia meluuah rasa. Kalau diceritakan pada orang lain sudah pasti mereka akan memulangkan paku buah keras padanya. “Kenapa kau buat dia macam tu, Ry? Berdosa kau tidak adil dalam membahagikan giliran. Kau telah menafikan hak dia. Patut pun kalau dia marah,” tukas Syameel merenung tepat ke dalam anak mata Herry. Dia lihat mata Herry mula berkaca. Herry segera melarikan pandangannya dari renungan sang teman. Tak sanggup rasa bertentang mata dalam keadaan matanya basah. Sudah pasti temannya dapat merasai kesedihannya kini. Belum pernah air matanya gugur kerana seorang wanita kecuali Rin. Apakah istimewanya Rin di hati, dia sendiri kurang pasti. Yang pasti dia amat menyayangi wanita genit itu. “Aku harap kau dapat buat sesuatu untuk perkara ini tak terus berlarutan. Kau ada dua isteri dan kau kena jaga hati dua-dua sekali. Jangan kerana kau sayang yang sorang tu kau lebihkan dia. Yang sorang lagi kau abaikan,” nasihat Syameel panjang lebar. Herry terkedu mendengar nasihat yang benar-benar mengena batang hidungnya sendiri. Herry hanya tunduk. Dia malu untuk memandang wajah temannya itu. “Aku bukan nak buat kau benci kat aku Cuma aku nak yang terbaik dalam hidup kau. Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku sendiri.” Lanjut Syameel lagi. Herry hanya mengangguk. “Okaylah, apa-apa kau fikir dulu. Aku nak hantar proposal baru kat dato. Nanti terlambat pula. Esok dia ada meeting dengan klien tu. Hope everything success. Jangan sedih-sedih lagi,” kata Syameel sambil menepuk bahu Herry. Herry mendongak memandang seketika wajah Syameel. Senyum nipis terukir di bibirnya. Setiap bait kata Syameel sering berputar seperti cakera padat yang dipasang tanpa henti. Maafkan abang, sayang. Abang harap lepas ni kita dapat jaga hubungan kita sebaik-baiknya. Abang tak sanggup kehilangan sayang lagi. Bisik hati Herry. Dia mendongak ke langit memandang kerlipan bintang yang bersinar indah. Air mata jantannya gugur setitis bila bait-bait kata dari temannya terus berdengung dalam kepalanya. Ya, aku terlalu banyak dosa dengan kau sayang. Bagaimanakah dapat aku huraikan segala kekusutan ini agar kita jua punya jalan-jalan meniti kebahagiaan mendatang. Perlahan-lahan Herry meramas rambut hitam pekatnya tanda tersangat buntu. Deretan kereta yang bertali arus di bawah bukit direnungnya satu persatu, kosong. Terasa kerinduan buat anak-anaknya kian menggebu. Dia rindu untuk mengusap rambut-rambut anaknya. Dia mahu memeluk dan membelai anak bongsunya, Hazri Adam. Dia rindu. Terlalu rindu. Maafkan ayah, nak. Ayah berdosa pada kalian semua. Ayah sudah banyak mengabaikan kalian semua. Dia terus berbicara sambil merenung di kejauhan dengan hati yang terlalu sebal. Udara di luar terasa sangat sejuk. Herry yang hanya mengenakan seluar beggi dan sehelai singlet nipis tidak berdaya menahan rasa sejuk yang menggigit hingga ke tulang hitamnya. Dia mula melangkah masuk semula ke dalam kamarnya. Dia menghampiri meja kerjanya. Herry menarik perlahan kerusi agar tidak berkeriut. Dia tidak mahu mengganggu lena isteri keduanya itu. Biarlah Fiza tidur dengan tenang. Dia tak mungkin faham situasi aku sekarang. Namun, aku tak mahu melukakan hatinya. Nanti kalau dua-dua merajuk, bagaimana? Bibir Herry tetiba mengukir senyum saat terkenangkan bait-bait laguAllahyarham Tansri P. Ramlee: isteri tua merajuk balik rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga. Hah! Tak sanggup aku…. Dua pun sudah bikin hidup tunggang-langgang! Jeritan itu bergema dalam hatinya Cuma. Herry menyelak-nyelak fail kerjanya. Dia cuba menyelesaikan sedikit lagi tugasnya. Namun, tangannya terhenti saat terpandangkan satu artikel yang ditulis oleh Dato’ Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang dicetaknya dari internet dua hari yang lalu. Herry cuba membaca bahan bacaan itu. 50 langkah bestari menjadi suami misali. Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Herry mengulangi bacaannya untuk beberapa kali. Dia bertafakur seketika untuk mengenang kembali apakah pernah dia melakukan semua yang disarankan oleh pakar motivasi itu? Ya, masih banyak yang belum dia lakukan untuk keluarganya. Kini, dia punya dua keluarga yang harus diberi perhatian seadil-adilnya. Banyak kejahilan dalam dirinya. Ya Allah ya rabbi! Ampunilah dosa hambaMu yang kerdil ini. Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu dalam memimpin anak-anak dan isteri-isteriku! Herry meraup mukanya berkali-kali. Dia menutup semula fail kerjanya. Dia bergerak ke katil dan berbaring di sisi Fiza. Dia cuba melelapkan matanya biarpun terlalu sukar untuk dilakukannya. Terasa Fiza bergerak-gerak sedikit. Herry menepuk-nepuk bahu sang isteri. Penghawa dingin diturunkan lagi suhunya untuk menghilangkan rasa kesejukan yang menggigit. Tubuh yang tidur membelakanginya itu ditarik ke dalam pelukan. Selimut tebal ditarik menutup hingga ke paras dada. Entah bilakah segalanya akan berakhir? Persoalan itu muncul lagi mengganggu lena yang hamper bertandang di laman sedarnya. Pelukan dilepaskan. Dia berbaring menelentang mengadap siling putih dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Air mata yang menitis setitis disekanya dengan jemari kasarnya. Hish! Mengapa buntu sangat ni? Dia malas berteka-teki lagi. Matanya terus dipejamkan untuk menghalau bayangan masalah yang mendera mindanya. Tanpa disedarinya, dia terlena. Dia terjaga sangat terdengar sayup-sayup orang mengalunkan ayat suci Al-quran di masjid berhampiran. Dia bingkas bangun dan duduk mengadap ke meja solek di tepi katil. Menungannya bertandang lagi.

Sabtu, 4 Februari 2012

RANJAU HATI SEORANG ISTERI 12

Bab 12

Ketika Fiza sedang asyik melayani perasaannya sendiri, matanya sekali lagi
terlihat jam di dinding ruang makan. Dah pukul 11:15. Tak boleh jadi ni!
Fiza bangun dan melangkah ke dapur.Dia membuka peti ais untuk melihat bahan yang
mahu dimasaknya. Dia mengeluarkan sotong, udang dan beberapa jenis
sayur-sayuran. Dia akan memasak tomyam. Dia tahu Herry gemar makan tomyam.
Inilah salah satu cara dia mahu menambat hati lelaki itu.
Dia memotong sayur-sayuran, sotong juga turut dihiris bulat-bulat. Dia
membersihkan sayur, sotong dan udang itu setelah kesemua bahan sudahdipotong dan
dilembutkan.

Fiza juga turut menyediakan bahan-bahan lain seperti air limau, tomato dipotong
empat, serbuk tomyam, daun limau purut dan bahan-bahan yang diperlukan.
itu.

Fiza mula memasak. Fiza Mencapai periuk untuk memasak nasi. Hey, nanti terlewat
pulak lunch ni siap.

Setelah nasi ditanak dengan periuk nasi elektrik, Fiza mula memasak tomyam. Dia
juga mahu membuat sambal belacan kerna kebetulan ada sedikit ulam-ulaman dalam
peti aisnya. Semua ini akan membangkitkan lagi selera. Fikirnya.

Ketika asyik di dapur, Fiza terdengar pintu dibuka dari luar. Dia dapat mengagak
orangnya.
Fiza membawa kesemua hidangan ke meja makan. Semua makanan telah dihidangkan.
Air sirap juga telah dibancuhnya.

************************************

Herry melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat Fiza sedang menyusun hidangan
di atas meja makan. Perutnya terus berlagu. Laparlah pulak tengok makanan ni
semua walaupun simple saja. Detik hatinya.

“Hai bang… ingatkan tak nak balik sini dah. Ingatkan nak berkampung terus kat
sana!” sembur Fiza. Herry hanya tersengih-sengih. Sangkanya Fiza hanya bergurau
meskipun muka Fiza kelat semacam. Mungkin nak duga aku jer kot. Gerutu hatinya
lagi.

“Jom makan, sayang. Abang laparlah… sayang,” tutur Herry lalu memeluk pinggang
Fiza dari belakang. Dia menarik Fiza rapat padanya.

“Ingat abang dah makan kat sana tadi…” suaranya sedikit meninggi. Wajahnya masih
mencuka. Herry terdiam dengan kata-kata isteri keduanya itu. Dia menarik nafas
dalam sebelum perlahan-lahan menghembusnya.

Herry bergerak ke meja makan. Dia duduk lalu mencapai sebiji pinggan yang sudah
tersedia di atas meja itu. Dia menyendukkan nasi ke pinggannya sendiri.

Fiza berjalan ke meja lalu duduk di hadapannya. Herry tidak menghiraukan
isterinya itu. Dia malas untuk berbalah. Dia penat sebenarnya.

Fiza mencapai pinggan untuknya. Nasi disendukkan ke pinggannya. Suasana sunyi
sepi. Mereka makan tanpa menghiraukan insan lain yang ada di dalam rumah itu.

Herry makan dengan begitu berselera sekali. Dia sudah second round. Fiza hanya
menguis-nguis nasi dalam pinggannya. Herry malas menegur perbuatan wanita itu.
Dia tidak mahu menimbulkan bibit-bibit persengketaan antara mereka. Wanita ini
pun boleh tahan juga laser mulutnya.

Susai menghabiskan suapan terakhirnya danmeneguk kesemua air sirap dalam
gelasnya, Herry bangun membawa pinggan dan gelasnya ke dapur. Dia mencuci
pinggan dan gelasnya. Perkara itu sudah menjadi amalan lelaki kacukan
Arab-Melayu itu. Ummi telah mendidik dia dan adik-beradik yang lain tak kira
lelaki atau perempuan.

Selesai tugasnya di dapur, Herry melangkah untuk ke ruang tamu. Dia melintas di
meja makan. Dia lihat Fiza sedang termenung dan mengalirkan air matanya.
Perempuan dengan air mata memang tak dapat dipisahkan agaknya. Bisik hati
kecilnya sendiri.

Herry duduk di atas sofa lalu mencapai remut tv. Dia mencari siaran yang
berkenaan di hati. Tak ada satu pun yang menambat hatinya kecuali bulletin 1:30
saja. Matanya ditalakan ke tv tetapi fikirannya menerawang entah ke mana.

********************

Fiza tidak mampu menghabiskan makanannya. Hatinya terlalu pilu. Aku ingat aku
merajuk akan ada yang memujuk. Ini tidak, dia buat tak tahu jer… benci arr!
Bentaknya geram lalu menumbuk meja dengan tangan kirinya. Sakit-sakit! Kalau
bini kesayangan dia, mesti dia pujuk sampai sanggup buat apa saja untuknya!
Kebencian meluap-luap mengenangkan perempuan itu.

Setelah lama bermenung di meja, Fiza bangun menghantar pinggannya ke singki. Tak
fasal-fasal makanannya jadi habuan tong sampah. Dia terus mengemas meja.

Susai mengemas, Fiza melangkah ke ruang tamu. Dia lihat suaminya berada di situ.
Bukan dia yang tengok tv tapi sebaliknya.

“Tak habis lagi ker menungkan orang jauh, bang?”
Herry tersentak dengan pertanyaan itu. Dia mengangkat mukanya memandang tepat ke
wajah Fiza. Wajahnya beriak tenang. Mood dia sudah okay ker? Soalan itu hanya
bergema dalam hatinya.

“Duduk sini, sayang.” Pinta Herry sambil tangan kanannya menepuk-nepuk tempat
duduk di sisinya. Fiza hanya menurut tanpa banyak cakap.

“Sayang rindu abang tak?” soal Herry lantaran menarik Fiza rapat kepadanya.
Rambut ikal itu dibelai penuh kemanjaan. Adakah abang berdosa kepada kau sayang?
Bukan abang sengaja mencipta jurang antara kau dengan Kak Rin. Tapi, dia terlalu
istimewa buat abang. Getus hati kecilnya, sayu. Kenapa nama Airin Arisya
terpahat kukuh di akar hatinya? Tidak sesaat pun dia mampu melupakan wanita itu.
Wanita yang sering didambakan oleh setiap lelaki. Cuma dia saja yang bodoh
menilai. Detik hatinya lagi.

“Bang, kenapa abang sanggup buat kerja bodoh? Kak Rin kan tak ada di sini… tapi
abang balik ke sana. Abang saja nak susahkan diri sendiri ek?” bicara Fiza
mengembalikan Herry ke alam rialiti.

“Bukan macam tu, sayang. Tu pun kan rumah abang jugak… Kalau dibiarkan lama
nanti berlaku apa-apa kan susah,” terang Herry cuba berlembut. Dia tidak mahu
ada hati yang terus-terusan dilukai olehnya.

“Balik tengok rumah kejap dahlah. Lepas tu, baliklah ke mari,” suara Fiza cuba
dilunakkan untuk menggoda lelaki itu. Dia mahu hati Herry lebih tertambat
padanya.

“Kalau abang bermalam di sana seolah-olah abang mengikut giliranlah… sayang. Dah
lama abang abaikan giliran Kak Rin,” pujuk Herry lagi. Dia merenung tepat ke
anak mata Fiza. Tangannya mengusap pipi wanita itu.

“Ark! Bodoh punya kerja! Bini abang tu kan tak ada!” suara Fiza mula meninggi
sedikit.

“Hari tu pun abang banyakkan masa abang dengan Fiza sampai abang abaikan Kak
Rin. Anak-anak semua dok kat asrama. Kak Rin tinggal sorang-sorang jugak.”
Suaranya masih tenang. Dia tidak mahu terlalu emosi.

Fiza hanya terdiam. Matanya dikecilkan memandang tajam ke wajah Herry. Tiada
segaris senyum pun di bibir itu.

“Abang, Fiza nak Tanya ni… Sebenarnya apa lebihnya Kak Rin. Apa kurangnya Fiza,
bang?” soalan itu membuatkan dada Herry berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa
Rin terlalu istimewa di hatinya. Namun, dia harus menjaga hubungan antara mereka
bertiga. Dia tidak mahu Fiza terluka dengan bicara mahupun tingkahnya terhadap
gadis itu.

“Takde yang lebih dan yang kurang, sayang. Dua-dua sama saja. Dua-dua penting
dalam hidup abang. Setiap orang ada kebaikan dan kelemahannya. Jadi, abang harus
menerima baik buruk
dua-dua isteri abang.” Terang Herry lembut. Dia tidak mahu mengguris hati wanita
yang juga turut mendapat tempat di hatinya itu.
Herry terus merapati tubuh Fiza lalu didakapnya wanita itu. Wajah Fiza masih
tidak berpuas hati. Mungkin salahkah dengan jawapan yang kuberikan? Fikir Herry
lagi.

Herry mendekatkan wajahnya ke dahi Fiza. Dia mengucup perlahan dahi itu.
Kemudian, jatuh ke pipi yang tidak dihiasi dengan sebutir jerawat pun. Saat dia
mahu mencium pipi itu, Fiza menolaknya perlahan. Herry sangat terasa dengan
perbuatan isterinya itu.

“Abang takde hak untuk mencium isteri abang ker?” soalnya. Nada suaranya juga
sudah menukar peachingnya. Wajah Fiza mencerlang menyentuh pandangan Herry.
Dengan pantas, Fiza bangun dan berlalu ke atas. Herry kecewa amat. Aku nak
keluar. Nanti darah aku akan bertukar darjahnya. Baik aku keluar.

Herry pantas mencapai telefon bimbit dalam kocek seluarnya. Nombor Syahmeel
didailnya.

“Assalamu alaikum!” Syahmeel menjawab panggilan temannya itu,

“Waalaikum salam. Meel kita jumpa sekarang. Aku tunggu kau kat….”
Setelah kata-kata itu dilafazkan, Herry segera memutuskan talian. Kunci kereta
dicapainya lantas keluar dari rumah.

*********************************

Fiza terdengar deruman kereta meninggalkan pekarangan rumahnya. Tu nak ke mana
pulak tu? Nak balik sana kot… Suara jahat seolah-olah mahu menambahkan minyak
dalam api yang sedang marak menyala. Biarkanlah dia. Asalkan dia rasa senang
buat aku begini.

Fiza terus berbaring di katil empuk itu sendirian. Dia terasa badannya terlalu
letih. Kekadang tekaknya akan loya dan memuntahkan segala isi yang dimakannya.
Dia tidak tahu apakah penyakit yang sedang dia hidapi kini. Dia tidak mahu
memberitahu Herry lagi. Biarlah dia mendapat keputusan yang sahih nanti baru
akan dikhabarkan berita itu kepada suaminya yang tersayang.

Dalam keletihan, Fiza terlelap.

*************************************

“Apa hal muka kau semberet semacam jer ni? Kau gaduh lagi dengan Rin ker Fiza?”
agakan Syahmeel tepat sekali biasanya.

“Fiza…” jawab Herry acuh tak acuh. Wajahnya Nampak tidak beriak saat mendengar
persoalan Syahmeel tadi. Dia sudah lama mengenali lelaki itu. Segala pahit maung
pernah dilaluinya
bersama-sama.

“Apa hal lagi dengan kau orang ni? Tak habis-habis lagi ker? Bila nak selesai
semua masalah oi!” teguran Syahmeel membuatkan Herry mendongak mencari seraut
wajah itu. Mata temannya ditatap lama.

“Kenapa renung aku macam tu? Betul apa aku Tanya tadi,” kata lelaki yang hamper
sebaya dengannya itu.

“Mana tidaknya… dia asyik membezakan antara dia dengan Rin. Dia kata aku
lebihkan Rinlah. Sedangkan kau pun tahu yang aku dah lebihkan dia selama ni
sampai Rin sendiri aku abaikan,” lanjut Herry menerangkan kedudukan
pergaduhannya dengan Fiza tadi.

“Mungkin lain isteri lain karenahnya, Ry. Aku percaya kalau kau kuat… kau dapat
tangani semua masalah ni dengan mudah. Yalah, Fiza tu kan masih muda, anginnya
masih sukar nak diduga. Kau kena beri dia tunjuk ajar. Kau jangan terlalu
berlembut dan kau jangan terlalu berkasar. Kedua-dua akan membinasakan. Tapi,
kau jangan mengabaikan Rin pulak. Kau boleh Berjaya sampai ke tahap kau sekarang
pun kerna pengorbanan dia. Rin tu sabar orangnya. Janganlah kau pijak pulak dia
kerna kelembutan dan kesabarannya,” leter Syahmeel panjang lebar.
Seboleh-bolehnya dia mahukan Herry yang dulu. Sentiasa ceria dan mudah mesra.
Dia tak mahu Herry yang serius dan sering memencilkan diri. Dia juga mahu
prestasi dan reputasi Herry terjamin. Semua itu untuk kepentingan syarikat dan
diri Herry sendiri.

“Ya, Meel… aku dah banyak silap. Aku dah banyak hanyut dalam dosa yang aku
ciptakan sendiri. Aku bersyukur kerna ada kau yang boleh menyedarkan aku dari
terleka,” tuturnya. Tangan Syahmeel diraih dalam genggamannya.

“Terima kasih, bro.” Katanya lagak orang muda. Syahmeel tertawa kecil. Dia
gembira melihat Herry yang sudah mampu tersenyum semula.

“Nanti kau balik mana?” soalan Syahmeel menyentakkan jantung Herry. Dia tidak
terfikir pulak tadi.

“Err… err…” Herry menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak terfikir
pula tadi. Rumah Fizalah sebab kan hari ni giliran dia di rumah wanita itu. Dia
tidak mahu mengulangi kejadian yang berlaku antara dia dan Rin. Akhirnya, dia
yang terpaksa makan hati.

“Giliran kau hari ni kat mana?” soal Syahmeel lagi.
“Rumah Fiza. Yalah, aku balik rumah Fiza sebab hari ni kan giliran rumah dia,”
terang Herry dengan pandangan tepat ke wajah Syahmeel yang berhidung mancung
itu.

“Bagus! Itu yang aku nak dengar. Pertengkaran dan pergaduhan hanya rencah
berumahtangga saja. Aku harap kau akan lebih matang dalam menanganinya,” tutur
Syahmeel lagi sambil beralih duduk di kerusi di sebelah lelaki Arab-Melayu itu.
Tangannya menepuk-nepuk bahu Herry seakan memberi semangat kepada teman nan
seorang.

“Okaylah, bro. Aku balik dulu. Nanti merajuk pulak Sarah kat rumah,” gurau
Syahmeel lagi.
Herry hanya mengangguk dan beriringan keluar setelah singgah sebentar di kaunter
untuk membuat pembayaran.

“Okay, aku settle semua.” Katanya lagi sambil mengangkat tangan kepada temannya.

*****************************************

Ketika terdengar bunyi enjin kereta dimatikan di luar rumah, Fiza menjenguk di
balkoni biliknya untuk memastikan siapakah gerangan yang datang. Kelibat lelaki
kesayangannya kelihatan di pintu utama rumah. Fiza melangkah turun ke bawah.

“Sayang, i’ve bought something for you.” Bicara Herry lantaran menghulurkan
sebuah beg plastic. Fiza sudah tersenyum. Tangan suaminya diraih lalu
dikucupnya. Air matanya bergenang di kelopak mata. Sungguh terharu rasanya.

“Jom kita makan sama, sayang. Tadi abang beli cause teringat sayang nak sangat
makan satay tu,” katanya lalu merangkul pinggang Fiza. Mereka beriringan ke
dapur.

Herry duduk di meja makan. Fiza melangkah ke ruangan dapur dengan senyum yang
berbunga. Gembira dia dilayan sebegitu oleh sang suami.

Fiza kembali ke meja makan dengan sebiji pinggan dan sebiji mangkuk di tangan.
Di wajahnya terhias dengan senyuman yang sangat manis.

Fiza ke dapur semula untuk mengambil sekotak fresh orange dari dalam peti sejuk.
Dia mencapai dua biji gelas dari atas rak yang berhampiran singki. Dia kembali
ke meja makan di mana suaminya sedang menanti dengan penuh sabar.

Herry sudah menuangkan kuah kacang ke dalam mangkuk dan menyusun cucuk satay ke
dalam pinggan yang dibawa Fiza.

“Abang ke mana tadi?” soal Fiza memecah kesepian antara dua makhluk ciptaan
tuhan ini.

“Jumpa kawan,” jawab Herry dengan senyuman yang masih terukir di bibir. Matanya
tidak lepas dari terus merenung Fiza yang Nampak sexy dalam pyjama satinnya itu.

“Abang…” seru Fiza. Herry hanya menjawab dengan mata saja.
“Abang marahkan Fiza lagi ker?” soalnya lambat-lambat. Dia tidak mahu suasana
akan menjadi keruh lagi.

Herry hanya menggelen. Tangannya masih ligat mencecah satay ke dalam kuah kacang
lalu disuapkan ke mulutnya.

“Fiza tak sengaja buat abang macam tu tadi. Entah sebab apa Fiza jadi emo
semacam. Sejak kebelakangan ni Fiza selalu rasa letih. Fiza loya dan muntah,”
lanjut Fiza lagi menerangkan keadaannya.

“Sayang pregnant tak?” teka Herry. Senyuman lebar terukir di dua ulas bibirnya
yang kemerahan itu.

“Tak tahulah,” jawab Fiza sepatah.
“Nak abang bawa keklinik ker?” Tanya Herry lagi. Di wajahnya tampak bunga
kerisauan. Kiranya Fiza pregnant, dia akan menimang cahaya mata lagi setelah
tujuh tahun tidak punya bayi kecil dalam rumahnya. Tapi, bagaimana perasaan Rin?
Ark! Nama Rin muncul lagi. Fiza juga berhak punya zuriat bersamanya.

“Tak payah lagilah, bang.” Tutur Fiza dengan riak yang tenang.

“Abang risaulah, sayang.” Katanya lagi.
Keengganan Fiza untuk dibawa ke klinik membuatkan Herry terpaksa menurut. Dia
tidak mahu memberi tekanan kepada wanita itu. Sekiranya benar wanita itu sedang
mengandungkan benihnya di dalam rahim wanita itu, dia tidak mahu wanita itu
stress.

*************************************

Susai menjamu selera dengan menjamah hidangan satay Kajang yang diidamkan oleh
isterinya itu, azan Maghrib kedengaran berkumandang dari masjid berdekatan.

Herry mengajak Fiza mendirikan solat berjemaah.
Sementara menanti waktu Ishak tiba, Herry dan Fiza membaca Yasin bersama-sama.

“Abang, Fiza dah ngantuk sangatlah. Fiza tidur dulu ya, bang.” Bicara Fiza
membuatkan Herry menoleh kepada isterinya. Dia menutup computer ribanya lantas
berlalu ke katil.

Dia berbaring di sebelah Fiza. Dia mengusap-ngusap perut Fiza yang entah berisi
ataupun tidak kerna kesahihannya belum dapat dipastikan.
Kemudian, Herry mengucup dahi isterinya. Beralih ke kedua belah pipinya.
Kemudian ciuman itu beralih kehidung dan akhirnya kucupan itu dibenamkan ke
bibir isterinya.

Dia menepuk-nepuk isterinya hingga terlena. Kemudian, Herry kembali ke meja
kerjanya. Dia mahu menyiapkan sedikit lagi proposalnya yang akan dipersembahkan
kepada Dato’ Shahrul. Lelaki itu sudah mendapat gelaran ‘dato’ beberapa tahun
yang lalu.

Pengikut

update terkini dari saya

Catatan Popular

Mengenai Saya

Foto Saya
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Saat yang terindah adalah ketika impian terlaksana!!!

pautan blog

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman