Label

Sabtu, 30 Julai 2011

Seteguh Cinta Kiriman Ilahi

SETEGUH CINTA KIRIMAN ILAHI

Suasana dewan sudah dimalapkan dengan lampu yang dipadam. Semua mata tertumpu ke pentas utama. Tuan pengerusi majlis sudah mula mengucapkan salam dan selamat datang kepada hadirin.

“Assalamualaikum para hadirin!” ucapan pengerusi membuatkan sesi dewan senyap menanti butiran seterusnya.

“Hanny,” panggilan Ain di sisi mengejutkanku.

“ya. Kenapa wei?” soalku membalas panggilan itu.

“Hareefy,” bisiknya perlahan sambil menunjuk ke satu arah.

Dalam cahaya yang samar-samar aku cuba memastikan arah tangan teman serumahku merangkap teman lamaku ketika bersekolah di sekolah menengah dulu.

Ucapan pengerusi sudah tidak kami endahkan lagi. Hanya kami berdua yang sedang berbisik-bisik sedangkan orang lain menumpukan perhatian ke pentas utama.

Di sebelah Hareefy kelihatan seorang gadis manis dalam suit pink dengan rambut yang ditocangkan. Cantik sungguh. Mesti teman wanita dia. Fikirku sendiri.

“Awek kat sebelah tu cun giler beb!” ucapku cuba memancing riak Ain. Walaupun suasana malap kami masih bertungkus-lumus untuk terus memandang pasangan itu.

Pap! Suasana dewan kembali terang. Semua mata mula beralih tempat. Masing-masing mencari ruang yang selesa untuk ditenung oleh sepasang mata.

Tap! Dua pasang mata tiba-tiba bertaut. Aku cuba mengalih pandangan dari pertembungan itu.

“Jom, ambik makanan wei!” Ain menarik lenganku yang masih tertunduk merenung lantai.

Aku mengangkat pandangan. Pura-pura tidak nampak walhal aku menjelingnya dengan ekor mata. Dia masih terus merenungku. Entah apa yang dia fikirkan aku sendiri tidak pasti.

Aku bingkas bangun dan mengekori langkah Ain. Kami selesai mengambil makanan dan berlalu ke sudut yang agak tersorok.

“Wei, Hanny. Dia dengan girl friend dia kot. Cantik giler beb!” kata Ain memecah sepi antara kami walaupun suasana dewan begitu gamat sekali dengan bunyi muzik dan suara manusia yang bertingkah.

“Tulah pasal. Mana girl dia yang dulu tu ek?”

“Si Sally tu ker?” Wajah Ain berkerut-kerut cuba mengingati perempuan yang dikatakan girl friend Hareefy tu.

“Yalah, siapa lagi.” Balasku sambil menyuap spageti ke mulutku.

“Dah clash kot...” kata Ain cuba mencipta jawapan yang tidak pasti.

Kami mengalihkan pandangan ke setiap pelusuk dewan untuk mencari teman-teman lama yang masih dikenali. Aku dan Ain mendapat pesanan ini melalui dinding facebook kami dua minggu yang lalu. Entah siapa yang mengirimkan pesanan itu.

**********************************************

“Hmm... Izat dengan Dyanalah....” aku menudingkan jari telunjuk kananku ke arah satu sudut. Sepasang merpati dua sejoli itu sedang ketawa sambil berbual-bual dengan Risham dan teman-teman lain.

“Dia orang still couple ker ek?” sambungku lagi masih menumpukan perhatian kepada dua orang temanku itu.

“Yalah agaknya. Tadi pun aku nampak dia orang masuk sekali,” balas Ain dengan senyum nipis.

Tetiba mataku tertumpu ke satu arah. Hii! Geli tekak rasanya melihat pasangan yang tak habis beromantika itu.

“Awek dia manja giler beb. Geli geleman aku. Kat sini tak payahlah nak over,”

“Tak baik mengutuk cik adik!” suara itu benar-benar menyebabkan jantungku hampir tercabut dari tempatnya. Aku menekur merenung pingganku. Tak sangka dia boleh datang ke sini. Apa dia mahu datang ke sini agaknya? Fikirku lagi. Ain hanya buat selamba dan masih menyuapkan sooshee udang ke dalam mulutnya. Aku rasa tidak keruan kerana lelaki ini belum berganjak dari meja kami malah menarik sebuah kerusi lalu duduk di sebelahku.

“Hai, tak kan mengutuk dari jauh jer kot... bila saya kat depan kenapa jadi kucing yang takut pada tikus?” perlinya lagi. Kami tetap membisu.

“”Reef, ingatkan you nak tinggalkan i...?” suara itu menyebabkan aku mengangkat mukaku. Aku merenung tepat ke dalam matanya. Gedik! Bentak hatiku.

“Taklah. I dengar dia orang ni duk kutuk i. Tulah i nak tau apa yang dia orang ni duk kutuk i.” Katanya kepada gadis yang memeluk lehernya kini. Rasa nak muntah jerlah.

“Hanny, jom kita keluar jap. Aku nak ke tandaslah,” bicara Ain membuatkan hatiku kelegaan. Aku bangun dan berlalu mengekori langkahnya. Tinggallah dua makhluk yang tak tau malu tu.

“Hiii, gedik! Nak muntah aku dibuatnya,” kataku. Ain hanya menganggukkan kepalanya.

“Loya jer tekak aku ni rasanya,” lanjut Ain lagi. Kami tertawa kecil.

Kami terus menghayunkan kaki ke tandas.

*********************************

Bbalik daritandas, suasana dewan masih seperti tadi. Kulihat teman-teman sedang rancak berbual tentang masa lalu dan masa depan mereka. Aku dan Ain menghampiri Izat dan Dyana yang melambai-lambaikan tangan pada kami.

“Kau orang berdua apa khabar? Lama tak jumpa kan?” kata Dyana sambil menyalami tangan kami seorang demi seorang dengan aksi peluk-memeluk.

“Kami sihat jer... kau pulak macam mana? Kau dah kahwin dengan cik abang handsome ni ker?” kata Ain sambil menjeling pada Izat. Dyana mengangguk.

Perut Dyana sudah menampakkan kemantapan isinya. Mungkin dia sedang mengandungkan anak lelaki berambut perang di sisinya.

”Congrats!” ucap kami hampir serentak.”

Dyana dan Izat tersenyum-senyum. Mata mereka saling bertatapan seketika sebelum berkata serentak. “Thanks,” bagai ada insting pula mereka ni. Sudah tentulah, mereka kan suami isteri!

Aku melangkah lalu menarik sebuah kerusi di hadapan Izat lantas melabuhkan punggungku.
Ain bergerak lalu menarik kerusi yang berhadapan dengan Dyana. Bermakna bersebelahan denganku.

Kami terus berbual rancak. Dyana kelas 5 Alfa dan Izat adalah teman sekelas denganku iaitu 5 Betta. Kelas Alfa adalah kelas yang pertama dan kelas Betta ialah kelas kedua. Hareefy juga sekelas dengan makcik depan Ain tu.

Hareefy, nama itu juga sering melayari pentas ingatanku saban waktu. Bukan tak ada lelaki yang pernah ingin mendekatiku tetapi semuanya aku tidak endah. Aku sepertinya sedang menanti seseorang yang teristimewa dalam hatiku.

Aku pernah terserempak dengan Hareefy dan Sally ketika mengajak Ain, Sheela dan Intan keluar outing ke bandar. Seksi giler pakaian gadis mat salleh celup tu. Bukan main mesra lagi Intan memaut lengan sasa lelaki itu. Namun, kehadiran kami tidak langsung disedari oleh dua makhluk ciptaan Allah itu.

“Fiuwit! Seksi giler makwe si handsome guy tuh,” kata Intan menudingkan jarinya pada Hareefy.

“Ha ahlah. Makwe yang sikit punya comel macam Hanny ni dia tak nak pulak,” tukas Ain lagi menyokong percakapan Intan. Aku menyiku perut Ain tanda protes. Apa kena-mengena pulak aku dengan lelaki tuh? Bentak hatiku, bengang dengan kenyataan Ain tu.

“Auch! Sakitlah sayang...” jerit Ain sedikit sambil control ayu. Mereka bertiga tergelak. Aku menarik muncung.

“Hanny, bila kau nak makan nasi minyak?” soalan Izat membuatkan aku kembali ke alam rialiti.

“Sampai masanya adalah tu...” kataku acuh tak acuh. Sememangnya aku tidak gemar membicarakan perihal itu kerna hatiku kini telah dibawa pergi oleh seseorang yang tidak pernah ingin memulangkan kembali hatiku itu. Mungkin dia tidak pernah sedar semua itu. Fikirku, diam-diam.

Sedang rancak kami berbual, sesi dewan senyap. Semua mata terarah ke pentas.

“Sekarang tibalah masanya saya mengumumkan pemenang bagi pakaian tercantik malam ini!” suaranya diceriakan. Semua hadirin bertepuk tangan. Di wajah masing-masing tampak perasaan tidak sabar untuk mengetahuinya. Keriangan berada di mana-mana. Jantung semua orang terus berdebar-debar.

“Pemenang kategori lelaki jatuh pada...”

Dewan menjadi gamat. Masing-masing cuba meneka. Macam-macam nama terkeluar dari mulut.

“Encik Syed Muhammad Adam Hareefy bin Dato’ Syed Asyraf....!” sesi dewan bertepuk riang.

“Dan.... pemenang kategori wanita dimenangi oleh....” masing-masing terdiam. Mata memerhati sekeliling.

“Anis ....” ada dua orang yang bernama Anis. Aku buat tak kisah. Tak mungkin aku. Fikirku. Ain sudah tersengih-sengih. Izat dan Dyana tersenyum lebar. Di mata masing-masing bercahaya.

“Syahirah!” jerit satu kumpulan di sebelah kiri. Pengerusi hanya tertawa tanpa mengangguk atau menggelengkan kepala.

“Nur... Hanny binti Muhammad Firdaus!” katanya tidak mahu majlis terus keliru.

“Dah agak dah!” kata Risham teman sekelasku.

Aku malu. Wajah tak tahu nak letak mana.

“Kedua-dua pemenang sila naik ke pentas sekarang.” Arahan dikeluarkan oleh pengerusi majlis.

“Cepat Hanny,” Ain menarik tanganku. Aku tak mahu kerana rasa aku tidak layak untuk semua itu.

“Cepatlah, Hanny.” Dyana yang sudah nampak perutnya juga sedang berdiri di sisiku.

Mahu tidak mahu aku terpaksa melangkah ke pentas. Lelaki dalam toksaido hitam itu hanya tersenyum lebar. Dia mesti gembira jadi pemenang. Bisikku.

Ketika aku berada di atas pentas, wajah aku tundukkan. Malu hendak melihat audians.

“Sekarang tibalah masanya saya menjemput Aiman Aqif selaku penganjur reunion bagi student form 5 2002. Dengan segala hormatnya dipersilakan,” kata Azlan.

Aiman Aqif bergerak ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada dua orang pemenang pakaian tercantik. Aiman Aqif melangkah begitu anggun sekali.

“Tahniah!” katanya kepada kami berdua. Aku senyum plastik. Malu sebenarnya.

“Terima kasih,” kata lelaki pujaan Malaya itu sambil merangkul tubuh Aiman Aqif. Mereka berdua tertawa, senang.

Aiman Aqif kemudiannya beredar meninggalkan pentas. Aku juga ingin melangkah tetapi langkahku mati dengan panggilan Azlan selaku pengerusi majlis itu.

“Nanti dulu. Kita bergambar untuk kenang-kenangan,” pintanya dengan senyuman manis mekar di bibir. Hareefy hanya melemparkan pandangan ke arah audians.

Aku dengan spontan menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Wajah Hareefy nampak cuak. Mungkin bengang agaknya dengan penolakanku.

“Alah... Hanny. Spotinglah. Bukan selalu boleh jumpa.” Sorakan audians yang seakan memujuk membuatkan aku kian dihimpit rasa gementar. Jantungku sudah tidak punya degupan yang normal lagi.

“Please... Hanny,” rayu Azlan lagi. Demi tidak menghampakan kawan-kawan yang benar mengharap, aku menganggukkan sedikit kepalaku tanda rela dalam paksa. Hareefy kulihat kembali tersenyum.

“Hanny, rapat sikit dengan Hareef,” kata Azlan selaku pengerusi majlis itu. Aku malu lagi. Wajahku benar-benar macam udang kena bakar.

“Kalau Hanny malu nak dekat kau.... kau jerlah dekat dengan dia,” kata Azlan masih dengan pembesar suaranya. Jari telunjuk kirinya menuding pada Hareefy sambil tersenyum lagi. Hareefy bergerak mendekatiku. Wajahku makin bertambah pewarna. Apa aku nak buat ni?

Semua audians sudah bertepuk girang. Sorak-sorai mereka menambahkan debar di hatiku. Cis, tak guna betul dia orang ni! Mesti dia orang dah rancang nak kenakan aku. Serasa aku dulu mamat perasan handsome ni tak pernah pandang aku pun. Gila betullah...

“Jangan malu-malu, sayang.” Bisiknya di telingaku. Gatal! Getusku sambil mencebik. Geram dengan kata-katanya.

Berjenis-jenis kamera telah membuang flash ke arah kami berdua. Aku terasa bagai hendak pengsan jika terus berlama di sini.

Tiba-tiba Hareefy memeluk pinggangku. Aku pantas menepis tangannya. Lelaki itu memelukku lebih erat. Wajahku terus menjadi kelat.

“Apa peluk orang ni?” tengkingku. Tak semena-mena dia nak peluk aku. Giler ker hape dia ni! Bentak hatiku. Wajahku masamkan dan hati tak habis-habis menyumpah. Tangannya kejap sangat di pinggangku. Dengan kudrat yang aku ada, aku tak mampu melawannya.

“Senyumlah sikit, sayang. I nak ambik gambar untuk kenang-kenangan jer.” Pintanya sambil menjelingku, manja.

Hiii, geli tekak aku! Ingat aku ni awek dia yang boleh suka-suka dipeluk ker? Boleh belahlah....

“Tak baik mengutuk orang lagi,” sergahnya. Mata audians masih memandang ke sini. Hiii, geramnya aku!!!! Bentakku geram.

“Siap kau!!!” kataku sambil menjelirkan lidahku sedikit tanda protes.

Hareefy tertawa kecil dengan tingkahku.

“Pandang kamera! Senyum sikit...” katanya menolak daguku menghadap kamera. Aku segera menepis tangannya, geram.

Belum pun sempat aku berbuat apa-apa, klik! Flash kamera telah menghala pada kami berdua dengan tangan Hareefy yang erat memelukku. Saper punya kerja ni ah? Aku terus mencebik, benci.

Aku lihat perempuan yang menggedik dengan lelaki tak sedar diri ini tiba-tiba mengambil gambar kami berdua menggunakan sebuah kamera entah apa jenamanya aku sendiri tak pasti.

************************************

Habis sesi bergambar, aku turun dengan lajunya. Aku memakai high hills. Tetiba terasa aku hendak terbaring kerana tidak seimbang. Tanpa sempat tubuhku mendarat di atas lantai, terasa ada tangan yang menyambutku.

Aku cuba memandang gerangan yang menjadi penyelamat kepada aku yang kecil molek ni. Ah! Lelaki ini lagi. Apa yang dia nak dari aku sebenarnya? Bentakku Cuma dalam hati.

“Lepaslah!” marahku bila menyedari aku masih berada dalam pelukannya. Terasa menyampah bila lihat dia bermesra dengan girl friend dia tadi. Terbayang jika tunanganku tahu tentang semua yang berlaku sekarang... sudah pasti dia marah. Yalah, kalau aku berada di tempatnya pun aku tetap akan marah.

“Hareefy, stop for all this!” ujarku dengan suara yang sedikit meninggi. Air jernih mula membasahi kolam mataku. Ain hanya simpati melihatku.

“Hanny, i just want to help you. Kalau you tak suka tak apalah. Perempuan cantik macam you ni kan selalunya tak hargai pertolongan orang....” katanya dengan suara yang direndahkan. Dia perlahan melepaskan pelukannya dari tubuhku.

Aku benar-benar malu saat terpandangkan ratusan pasang mata yang menumpukan sepenuh perhatian pada babak-babak gila yang dimulakan oleh lelaki kacukan Arab-Melayu itu.

Aku melangkah laju keluar dari dewan. Aku malu! Benar-benar malu! Rona wajahku usah dikira.

Aku berlari pantas ke tempat parker. Aku perasan aku sedang diekori. Siapa aku tidak pasti.

Sampai di keretaku, aku pantas membuka keretaku. Aku masuk ke dalam perut kereta sebelah pemandu.

“Hanny, Hanny!” seorang lelaki sedang mengetuk cermin keretaku. Aku buat tidak tahu. Air mata laju menuruni pipiku. Sedih sangat.

Tingkap pun tidak aku turunkan. Aku bimbang dan aku malu kiranya ada orang mahu mentertawakanku. Mana Ain ni?

Tangan kecilku pantas mencapai eyephone. Aku mencari nama Ain. Aku menekapkan eyephone pada telinga kiriku.

“Hello, Ain datang kat tempat parking sekarang. Jom kita balik,” kataku.

“Hanny, aku tengah jumpa Sheela dengan Intan ni. Kau datang sini,” katanya. Air mataku terus turun dengan laju seakan hujan yang sedang lebat membasahi bumi.

“Ain, kau tak kesian dengan aku ker?” tanyaku dengan sendu yang maha hebat.

“Wei Hanny! Janganlah nangis. Okaylah, aku ke sana sekarang yer...” pujuk Ain. Talian dimatikan.

Selesai menyimpan semula eyephone ke dalam beg tangan, aku segera mengeluarkan beberapa helai tisu dari dalam sebuah kotak yang terdapat di atas dashbox. Mutiara jernih yang masih laju menuruni pipi aku seka. Namun, air mata ini seakan hujan yang tidak mahu reda. Seakan kandungan awan masih berat benar.

Aku kembali memandang ke hadapan barangkali sedang mencari kelibat Ain.

Seketika kemudian, aku lihat Ain muncul dengan beberapa orang teman kami. Ain kulihat masuk ke dalam kereta di sebelah penumpang.

“Jangan nangis sampai macam ni Hanny. Sorry cause paksa kau naik tadi yer. Aku tak tau nak jadi macam ni,” pujuk Ain sambil memeluk tubuh kecilku erat. Jarinya pantas menyeka mutiara di pipiku. Sheela dan Intan yang berada di luar terus masuk ke tempat duduk belakang.

Tok! Tok! Tok! Ketukan di cermin sebelah pemandu membuatkan kami semua terperanjat. Aku tidak menghiraukan semua itu.

“Hanny, Alif tu. Mungkin dia nak cakap sesuatu kat kau kot....” kata Intan yang berada di belakangku.

“Biarlah, dia orang nak gelak kat aku tu.” Jawabku dengan sedu-sedan yang masih bersisa.

“Tak Hanny. Please.... aku nak cakap dengan kau ni.” Jawabnya dari luar. Suaranya sayup di pendengaran.

Ain menurunkan cermin di sebelahku. Aku mengangkat wajah cuba menentang pandangan lelaki bernama Alif tu.

“Aku nak pulangkan rantai kau,” katanya mengunjukkan seutas rantai berloket yang berbentuk hati. Di dalamnya tertulis “HANNY”.

“Terima kasih,” kataku lalu menyambut huluran itu. Mataku sudah bengkak akibat menangis yang keterlaluan.

“Kau jumpa kat mana?” tanyaku inginkan kepastian. Seingat aku, rantai ini terkalung kemas di leherku tadi.

“Jatuh masa kau nak turun dari pentas tadi,” terangnya.

“Oh, i see. Kenapa aku tak sedar?” lanjutku lagi, inginkan kepastian.

“Yalah. Tadi kan kau nak lari dari Hareef kan? Tulah pasal kau tak sedar,” bicaranya membuatkan aku terkedu seketika. Teman-teman yang lain mengangguk saja. Mungkin mengiyakan kata-kata lelaki berkumis nipis dan hidung sederhana mancung itu. Lelaki ini tak kurang handsome jika nak dibandingkan dengan Hareefy. Namun aku sendiri kurang pasti kenapa semua perempuan tergila-gilakan lelaki yang bernama Syed Muhammad Adam Hareefy itu. Apa istimewanya lelaki itu aku sendiri tak tahu. . Mungkinkah kerna hartanya atau pangkat syed pada pangkal namanya. Entahlah, aku sendiri kurang pasti. Aku? Aku juga tergolong dalam kumpulan itu juga kan? Tidak! Aku meminatinya bukan kerna harta atau pangkat. Bukan juga kerna rupa tetapi kewibawaannya sebagai seorang pemimpin.

“Jangan nangis, Hanny. Hareef bukan nak malukan kau. Dia dah lama simpan perasaan kat kau tu.” Kata-katanya membuatkan jantung kembali tidak stabil. Kami berempat teramat terrkejut dengan berita itu. Aku memandang tepat ke wajah kacak Alif yang masih berdiri di luar keretaku.

“Ah, bohonglah. Dia Cuma nak ambik kesempatan kat aku!” dengusku. Alif kulihat menggelengkan kepalanya.

“Kalau kau orang tak percaya tak apalah. Aku nak ke dewan semula. Jumpa kau orang lagi,” ujarnya berlalu ke dewan semula. Kami terkedu seketika.

“Kau orang datang dengan apa ek?” soal Ain. Dia memandang dua orang teman di belakang dari cermin pandang belakang.

“Naik bas. Kami ke sini pagi tadi dari Sungai Petani. Petang tadi sampai dan menginap di hotel kat Pudu tu kejap,” terang Sheela yang senyap sejak tadi.

“Ooooo!” kata Ain dengan mulut yang membentuk huruf o.

“Apa kata tinggal kat rumah kita orang jer. Boleh borak lama-lama sikit. Dah lama tak jumpa kau orang kan,” pelawa Ain lagi. Aku hanya mendengar tanpa membantah. Hatiku masih tidak tenteram.

Dua orang temanku ini datang dari Sungai Petani sebuah bandar di negeri jelapang padi. Dulu kami bersekolah di sekolah yang sama. Kami tinggal di asrama.

“Boleh ker, Hanny?” tanya Intan. Aku hanya mengangguk. Intan melihat anggukanku dari dalam cermin pandang belakang.

“Kaalau macam tu, kita bergerak sekarang. Beg kau orang ada di mana?” soal Ain lagi. Minah murai ni memanglah kalau dapat bercakap, jangan dilayan sangat nanti sampai ke pagi.

“Kita orang dah bawak ni.” Kata Sheela pulak. Ain mengangguk.

Aku mula mengundurkan kereta dan memandu keluar dari parker.

*******************************

Macam-macam topik yang menjadi bahan perbualan kami. Rakan-rakanku seakan faham dengan peristiwa semalam yang amat memalukan. Mereka tidak menyentuh langsung perihal yang berlaku itu.

Aku dan Ain membawa dua orang teman kami itu pusing-pusing bandar Kuala Lumpur ni. Aku mahu menghabiskan masa dengan mengisi kenangan lama sewaktu di sekolah.

Akhirnya, dua orang teman kami terpaksa pulang pada hari Ahad. Aku dan Ain menghantar mereka ke Perhentian Pudu Raya yang sudah canggih akibat telah menerima renuvasi yang mencecah jutaan ringgit itu.

“Jaga diri kau orang tau,” kataku saat hendak berpisah di hadapan bas.

“Kau orang dua pun kena jaga diri jugak tau,” balas Sheela yang agak pendiam itu. Senyum terus memekar di bibirnya.

“Ada masa datang rumah kami pulak yer...” lanjut Intan lantaran bersalaman dengan kami berdua.

“Insya Allah,” kataku dan Ain serentak.

Kami menghantar keduanya dengan pandangan yang amat sayu. Sudah bertahun kami bersahabat dan tetiba terpisah.

Reunion yang diadakan menjanjikan kesedihan dan kegembiraan sekaligus kepadaku.

******************************************


Hari Isnin adalah hari yang paling membosankan. Hari bermulanya aku dan Ain ke tempat kerja. Maklumlah kami satu tempat kerja. Sebab tulah kami pilih uuntuk duduk bersama. Ain takut nak bawak kereta. Ada lesen tapi untuk tontonan saja.

“Hai, bila lagi boleh jumpa mak cik dua orang tu agaknya ek?” soalku seakan melupakan cerita dua hari lalu.

“Nanti kita ambik cuti then pergi ke rumah dia orang pulak. Rasa cam sekejap jer jumpa kan?” kata Ain sambil melihat cermin di ruang tamu.

“Hmm... bagus jugak plan tu,” kataku perlahan namun masih mampu didengari Ain.

“Jomlah.... dah lambat ni. Nanti jam pulak,” kataku pada Ain yang masih lagi menyapu bedak di pipinya.

Aku melangkah keluar untuk menghidupkan enjin kereta. Kebiasaannya, memang aku akan memanaskan enjin beberapa minit supaya enjin tidak mudah rosak.

Ain juga sudah mengambil tempatnya di sebelah penumpang. Aku mula mengundurkan kereta dan menutup semula pagar dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Kereta mula bergerak di atas dada jalan raya. Biasa jika jalan tidak jam, kami akan mengambil masa 20 hingga 30 minit. Bimbang sekiranya jam masa akan lebih terbuang.

“Singgah gerai Kak Ecah dulu yer...” bicara Ain memecah sepi antara kami. Aku hanya membalas dengan anggukan. Mata terus dihalakan ke hadapan.

“Kalau kau nak tahu, Kak Ecah ni jugak ada terima temahan untuk mejlis-majlis tertentu. Masakan dia memang tip toplah,” terang Ain setelah kami selesai memesan makanan.

Aku tersenyum. Aku menutup mulut menahan kuapan.

“Ngantuk lagi?” katanya.

“Hmm... semalam tak boleh nak lelap. Tetiba teringat pulak kes tiga hari lepas. Hii, menyampah betullah! Kalau tau nak jadi cam tu, aku tak nak join.” Rungutku. Ain hanya memandangku dengan wajah simpati.

“Tapi semua ni ada hikmahnya. Kalau tak kita tak dapatlah jumpa makcik dua orang tu,” bicara Ain cuba memujukku.

Huh! Sebuah keluhan berat terbit dari dua ulas bibirku. Aku melemparkan pandangan ke segenap ruang gerai yang dipayungi sebuah khemah.

“Tapi aku malu sesangat...” keluhku perlahan. Ain hanya merenung tepat ke wajahku tanpa ada segaris senyum pun di bibirnya.

“Sabarlah, Hanny. Aku pun tak pasti adakah kata-kata Alif hari tu betul ker tak. Dulu masa kat sekolah bukan ker dia tak pernah ambik tau pasal kita ni,” Ain cuba merungkai segala persoalan. Aku tersenyum pahit.

“Jom. Kita dah lambat ni,” kataku saat terpandang jarum jam di tangan kiriku. Aku bingkas bangun. Ain menghabiskan sedutan teh aisnya yang terakhir dan bangun mengekoriku.

Bayaran telah Ain buat sebentar tadi. Kekadang aku tidak mengerti mengapa semua berlaku padaku.

“Hanny!” jeritan Ain mengembalikan aku ke dunia rialiti. Kereta Honda Accord yang dipandu oleh seorang lelaki telah mencecah ke tubuh kecilku.
Aku terpelanting jatuh ke dada jalan raya.

Darah yang berlumuran di kepalaku membuatkan aku pening. Lama-kelamaan aku terasa seakan dunia begitu gelap. Akhirnya, aku sudah tidak sedarkan diri lagi.

***************************************

Aku membuka mata perlahan-lahan. Terasa mataku masih berpinar-pinar. Aku menggosok-gosok mataku yang kuyu ini beberapa kali.

Aku dapat lihat ruang yang menempatkan aku kini. Lampunya yang terang. Terdapat satu set sofa dan beberapa buah perabot di situ.

Kat mana aku sekarang? Tanganku meraba-raba kepala yang menerima beberapa jahitan. Kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya? Hati kecilku terus berkata-kata.

Daun pintu dikuak dari luar. Kulihat seorang lelaki masuk dengan menjinjing sebuah beg plastik yang kukira di dalamnya mengandungi makanan. Siapa lelaki ini sebenarnya? Bicara hatiku lagi. Dia tersenyum manis kepadaku dan matanya tidak lepas dari terus merenung ke dalam mataku.

“Encik ni siapa?” tanyaku cuba memecah benteng persoalan yang bermain ligat di layar mindaku.

“Hanny tak kenal saya?” jawabnya juga dengan persoalan. Dia berjalan menghampiri katilku. Dia duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil.

“Tak,” jawabku sepatah. Mata masih tidak lepas dari terus merenungnya atas dan bawah untuk memastikan adakah aku pernah mengenalinya.

Aku memicit-micit kepalaku yang tetiba terasa pening. Dahiku berkerut-kerut seolah-olah sedang mengingati sesuatu.

“Tak apa, Hanny. Tak perlu memaksa. Berilah masa pada diri you untuk ingat semula. Jangan terus menyeksa diri,” lanjutnya bila mana melihat keadaanku sebentar tadi. Senyum manis masih terukir mekar di bibirnya.

“Saya nak baring,” pintaku setelah terasa benar-benar pening. Dia mengangguk sambil berdiri untuk membantuku. Dia kulihat kemudian keluar dari bilik.

Aku cuba memejamkan mata. Layar mindaku menayangkan satu persatu episod hidupku.

Hanny, ader pakwe baru masuk kelas 4 Alfa. Handsome siyut...” kata Dyana sambil tersengih-sengih macam kerang tak mandi.

“Gatallah kau. Cik abang kau... nak letak mana?” tanyaku dengan tangan pantas mencubit lengannya.

“Aww!” jeritnya. Wajah dikerutkan seakan terlalu sakit menerima cubitan itu.

“Buat spare tyre apa salahnya. Cik abang aku nombor 1.” Selorohnya lagi. Aku menjelirkan lidah tanda menyampah. Dyana tertawa besar.

“Bagilah chance kat orang lain pulak,” tingkah Ain tetiba yang muncul entah dari mana. Kami berdua terkedu. Mungkin terperanjat dengan kata-kata yang tidak diduga itu.

“Apa kes? Adly nak sumbat kat mana?” bantah Dyana sambil menarik muncung. Ain hanya ketawa geli hati.

“Sumbatlah dalam locker kejap. Kan, Hanny?” katanya lalu melabuhkan punggungnya ke katil di sisiku. Aku hanya menjungkitkan sedikit kening kananku, tanda tidak masuk campur.

“Petang ni tengok basket ball nak? Dia orang lawan dengan Aminuddin Baki,” ajak Ain setelah reda dari ketawa. Aku dan Dyana saling bertatapan seketika sebelum sama-sama mengangguk.

“Pis!” kata Ain sambil mengangkat ibu jarinya.

*************************************

Aku, Ain dan Dyana mengambil tempat di bangku yang berhampiran dengan gelanggang. Senang nak tengok penjaring kata Ain. Maklumlah, Adly ada turut serta dalam game tu.

“Wow! Hareefy teror seh...” puji Dyana sambil jarinya menuding pada seseorang yang aku kenali. Aku juga dalam diam menyimpan perasaan padanya. Namun, aku tak pernah menunjukkan apa-apa riaksi pada teman-teman kerna bimbang akan menjadi modal untuk mengusikku. Lagi pula aku pernah terserempak sendiri Hareefy bergandingan dengan teman wanitanya di One Utama semasa outing bulan lalu.

Dush! Sebiji bola terkena pada dahiku.

“Adus!” Jeritku, geram sambil menggosok-gosok kepalaku. Tetiba aku rasa pening sangat. Kulihat sepasang mata sedang memandang tepat ke wajahku yang mencuka ini. Air mataku juga turut mengalir kerna menahan sakit. Wajahku turut berkerut.

“Sorry, Hanny.” Kata anak muda itu lantaran berjalan menghampiriku. Dia duduk di sebelahku.

“Alif,” laung seseorang dari dalam gelanggang. Lelaki bernama Alif segera mendongak melawan pandangan si pemanggil.

“Jangan curi tulang!” lanjutnya lagi. Alif hanya ketawa. Dia berdiri dan berlalu kembali ke dalam gelanggang.

Sekolah kami menang sebanyak 3 game. Juara jaringan juga adalah kepunyaan sekolah kami. Di wajah masing-masing tampak benar kegirangan. Cikgu Afiq dan Cikgu Zul sangat teruja.

Semua peserta dibenarkan berehat dan menjamah sedikit minuman ringan yang disediakan.

“Hanny, sian kau. Sakit lagi tak kepala tu?” tanya Dyana sambil mengusap dahiku.

“Dah habis game baru nak tanya,” kataku sepertinya merajuk. Dyana membuat mimik seperti menyesal dengan perbuatannya. Aku mencubit lengannya, geram.

“Auch! Janganlah cubit sayang...” katanya lagi sambil mencuit hidungku. Aku segera menepis tangannya. Dia ketawa geli hati.

Pandangan aku lemparkan ke sekitar kawasan itu mencari kelibat Ain; orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sini. Oh, sedang berbahagia dengan Adly nampaknya.

Lelaki yang bernama Hareefy itu duduk bertentangan denganku. Alif duduk di sisinya. Mereka berbual sambil ketawa. Pandangan sesekali meliar mencuripandang ke arahku. Aku buat tidak tahu. Ah, menyampahlah dengan dia ni! Bentakku. Namun, aku tak mampu membencinya kerna hati sudahdipagut rasa kasih padanya.

Lelaki itu bangun lantas menghampiriku. Seketul nugget di tangannya disuapkan ke mulutku. Aku terkesima.

“Apa ni?” kataku, cuba mengelak. Hareefy memandang aku dan Alif silih berganti.

“Makanlah. Bukan senang saya nak suapkan perempuan tau.” Katanya sambil tertawa. Wajah Alif seperti teruja. Aku menggigit sedikit nugget itu lalu mengunyahnya. Separuh lagi dimasukkan ke mulutnya. Hmm... gila punya kerja. Getusku.

Perempuan-perempuan yang sudah membuat kelab peminat lelaki ini sudah mula merasa jengkel dengan perbuatan itu. Apatah lagi melihat aku turut memakan separuh nugget Hareefy itu.

“Chayoklah, Hareef.” Kata pelajar lelaki dengan sorakan dan tepukan yang begitu menggamatkan suasana. Aku begitu malu. Wajahku juga sudah blushing.

“Hanny....!!!!” jeritan suara makcik serumahku mengejutkanku dari lamunan. Aku perlahan-lahan membuka mata.

Ain berjalan pantas menghampiri katilku. Dia meletakkan seplastik buah-buahan. Dia kemudiannya mendakap erat tubuhku.

“Kau dah sihat? Syukurlah kau selamat. Aku sedih sangat!” ucapnya. Air mata sudah mengalir lesu di pipinya. Dia cuba menahan sendunya. Mungkin dia takut akan menjejaskan perasaanku.

“Aku masih tak faham sebenarnya. Kenapa aku kat hospital ni?” soalku sambil meraba jahitan di kepalaku.

“Kau accident. Kita baru lepas sarapan kat kedai Kak Ecah. Kau kena langgar,” terang Ain. Wajahku masih semberet. Aku keliru.

“Siapa yang tunggu aku kat sini sepanjang aku sakit? Dah berapa hari aku kat sini?” soalku lagi. Ain hanya tersenyum.

“Dah seminggu. Encik Hakimi yang tunggu kau. Dia yang langgar kau. Dia rasa sangat bersalah. Dia minta cuti untuk jaga kau,” katanya lagi. Aku hanya mengangguk. Baru faham dengan situasiku.

“Kau maafkanlah dia yer... Hanny.” Ain terus memujukku. Apa sebab dia beriya-iya memujuk ni. Dia dah jatuh cinta kat lelaki tu ker? Persoalan itu bergema di dalam hatiku saja.

“Tak apa. Bukan salah dia. Mungkin aku juga cuai,” kataku walaupun aku masih hilang punca apa sebab aku dilanggar. Aku tak tengok kiri kanan ker? Dugaku lagi.

“Okaylah kalau kau kata macam tu. Encik Hakimi tu baik orangnya. Dia boss kat tempat kerja kita. Boss yang baru. Dah seminggu dia lapor diri sebelum kau accident hari tu,” lanjutnya lagi menerangkan kedudukan lelaki yang bertanggungjawab ke atasku.

“Hmm...” jawabku tidak berminat. Untuk apa aku ambil tahu semua itu. Memang sepatutnyalah dia menjaga aku sebab dia yang melanggarku.

“Kau nak buah? Aku potongkan yer...”

Dia mencapai sebiji buah epal lalu menuju ke bilik air yang terdapat dalam bilikku. Dia mahu membersihkan buah itu agaknya, Aku tinggal bersendirian di bilik ini. Entah macam mana aku mahu membayar yuran hospital ni nanti aku sendiri tak pasti.

Ain kembali ke sisiku sambil mencapai pisau dan mula mengupas kulit epal dan menghiris buah itu ke dalam kepingan lalu diletakkan ke atas piring. Dia menghulurkan piring itu kepadaku. Aku mengambil sehiris lantas memasukkan ke dalam mulutku.

“Hanny, pening lagi tak?” lelaki bernama Hakimi muncul dengan persoalan.

“Tak,” jawabku sepatah. Aku mendongak menentang anak mata lelaki itu. Aku seperti mengenalinya. Adakah dia lelaki itu? Soalku tanpa mengubah pandanganku. Dia senyum segaris. Kacak sungguh dia. Secara tak sengaja aku memujinya.

Dia berjalan lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Tangannya segera mencapai akhbar di meja sisi.

“DR Fazly, silakan.” Pelawan Ain sepertinya sudah lama mengenali doktor muda itu. Dr Fazly tersenyum kacak kepada kami. Dia mula memeriksa denyutan nadiku.

“Hmm... makin stabil. Mungkin sehari dua lagi Cik Anis boleh discharge,” terangnya. Senyum terukir di bibirku. Gembira sangat dengar berita macam tu.

“Terima kasih, doktor.” Kataku perlahan. Hakimi mengangkat wajah mendengar penjelasan Dr Fazly itu. Dia juga tersenyum manis. Mungkin gembira kerna penantiannya akan berakhir.

“Thanks, doktor.” Kataku sambil tersenyum manis. Doktor itu mengangguk lantaran membalas senyumku. Nampak keikhlasan dalam senyumannya.

“Okaylah, saya minta diri dulu.” Katanya lantaran mencapai semua peralatan sambil beredar meninggalkan kami bertiga.

“Alhamdulillah,” ucapku. Pandanganku kembali jatuh ke wajah Ain. Wajahnya nampak sungguh ceria.

“Bahagianya aku... lepas ni tak sorang lagi,” bicaranya. Aku menjeling, manja. Ain tertawa halus.

“Malam ni kau teman aku ker?” tanyaku cuba memancing riak di wajah Ain. Ain hanya tersenyum lantaran memalingkan tubuhnya menghadap sofa tempat Hakimi sedang duduk.

“EncikHakimi,” panggilannya membuatkan Hakimi tertoleh sambil meletakkan akhbar yang sedang dibaca.

“Why?” tanyanya sepatah seperti benar-benar ingin tahu.

“Malam ni saya temankan Hanny kan?” jawab Ain juga dengan persoalan.

Hakimi hanya menggelengkan kepalanya sambil meneruskan pembacaan yang terhenti tadi. Aku dan Ain saling bertatapan tanpa kata.

“Tapi... Encik Hakimi kan...” kata-kata Ain mati di situ saat memandangkan jari telunjuk di bibirHakimi.

“Encik Hakimi akan temankan kau lagi malam ni,” terang Ain padaku seolah-olah dia berbicara dengan Hakimi tanpa kawalan oleh diria penglihatanku.

“Hmm...!” sebuah keluhan berat terbit dari dua ulas bibirku tanpa kawalan. Mata Hakimi tiba-tiba terarah padaku.

“Hanny tak selesa dengan saya ker?” soalannya membuatkan mataku membuntang.

“Tak... tak... tak adalah, Encik Hakimi.” kataku gugup. Aku menekur pandangan ke dada tilam hospital itu cuba lari dari renungan sang jejaka.

“Waktu melawat dah habis. Aku balik dulu. Esok aku datang lagi yer. Take care. Jangan lupa makan ubat,” kata Ain dengan pesanan penajanya. Aku hanya menjuihkan mulutku. Sengaja berbuat begitu untuk pura-pura menyampah dengan pesanannya. Ain meletuskan tawa kecil.

“Aku balik dulu,” katanya setelah tawa reda. Aku hanya mengangguk.

“Thanks for everything,” bicaraku lembut. Mutiara jernih sudah bertakung di tubir mataku. Terasa sedih sangat saat hendak ditinggalkan oleh gadis kurus tinggi itu.

“It’s okay. I’ll pray for your helth,” bicaranya lagi sambil berjalan ke pintu. Tombol dipulaskan lalu beredar meninggalkan aku dan Hakimi berdua dalam bilik VIP itu.

Ehem! Ehem! Hakimi berdehem membuatkan aku berpaling ke arahnya sambil mengukirkan sekuntum senyum yang dirasakan paling manis.

**********************************************

“Hanny, saya nak solat kejap yer...” katanya sambil meletakkan akhbar ke meja di sisi sofa yang diduduki. Aku memandangnya seketika sebelum perlahan-lahan mengangguk. Terasa kekok sangat bila berada berdua-duaan dengannya.

Lelaki itu kulihat berlalu ke pintu. Dia hilang di sebalik pintu kayu jati itu. Keluhan kulepaskan lagi untuk ke sekian kalinya. Tak baik sebenarnya mengeluh tetapi entah mengapa ringan sungguh mulut ini untuk berbuat demikian.

Aku kembali berbaring di katil. Mata sekali lagi kupejamkan. Namun, sukar sekali untukku terlena.

Teringat kenangan ketika aku, Julia dan Johntan dipilih untuk pertandingan pidato yang dianjurkan oleh sebuah sekolah yang juga berasrama penuh. Aku dijadikan penggulung. Manakala seorang lagi peserta yang handal berdebat ialah Hareefy.

“Kami menaiki kereta Cikgu Zaiton untuk ke sana. Aku duduk di belakang bersama Julia dan Johntan. Hareefy duduk di sebelah cikgu.

“Kamu ada tak idola untuk berjaya, Hareefy?” soalan apalah yang cikgu ni tanya, aku sendiri malas memikirkannya. Lagi pula, soalan itu bukan untuk aku. Cetusku dalam diam.

“Ada. Dia bijak, cantik, solehah, berperibadi mulia.” Ucapnya. Tak kanlah Sally tu dia kata solehah? Dah rabun ker dia nih? Persoalan begitu timbul dalam benakku.

“Hmm... bagus!” Cikgu Zaiton beriak gembira. Dia mungkin juga suka ciri-ciri yang dinyatakan oleh teruna belasan tahun itu.

“Mestilah kita nak yang terbaik dalam diri kita,” lanjutnya lagi. Cikgu Zaiton tersenyum. Matanya masih setia memandang jalan raya. Julia dan Johntan memandang wajah kacak anak muda itu dari cermin pandang belakang. Aku buat tak tahu sambil meneruskan pembacaan novelku walaupun tak sepenuhnya menumpukan perhatian. Sesekali aku akan menjelingnya dengan ekor mata.

“Cikgu, saya nak tanya... kenapa kita kalau suka kat orang tu tapi kita cuba mengelak dari bertemu dengannya? Kadang-kadang kita intai dia dengan ekor mata saja?” peh! Apa jenis soalan yang mamat ni tanya. Soalan maut punya! Dahlah terkena kat batang hidung aku pulak tuh. Gerutu hatiku, bengang. Wajahku sedikit kelat. Kulihat dia hanya tersenyum sinis.

“Agh! Buat bodoh jer...” omelku perlahan. Entah dia dengar ataupun tidak. Aku sendiri kurang pasti kerna melihat wajahnya yang tidak beriak.

“Hidup jangan suka buat bodoh jer kan, cikgu? Sesekali kita kena belagak pandai,” sinis benar sindiran itu pada pendengaranku. Aku mencebik. Dia tersenyum sinis. Matanya masih mengelus wajahku dalam cermin pandang belakang. Aku pantas menghalang pandangannya dengan mengangkat sedikit novel yang erat dalam peganganku.

Kami tiba di sekolah itu. Cikgu Zaiton sudah memandu keretanya melewati bangunan dewan tempat pelajarr-pelajar sedang berkumpul.

“Kamu turun dulu kat sini. Cikgu nak cari parking,” katanya dengan senyuman di bibir.

“Baik, cikgu.” Hareefy mengucapkannya seperti mewakili kami semua. Cikgu Zaiton hanya mengangguk.

Tangan Hareefy pantas membuka pintu lantas turun. Johntan juga sudah turu. Julia turun dan menutup pintu kereta di sebelah kiri itu. Aku masih berada di dalam. Apa ker bendalah Ju nih... aku kan belum turun lagi. Gerutu hatiku, geram.

Kulihat seseorang menghampiri pintu di sebelah kananku lantaran membukanya. Jantungku sudah tidak punya degupan yang normal lagi. Apa hal dia baik sangat dengan aku hari nih? Soalku Cuma bergema dalam hati. Rona wajahku juga sudah berubah. Julia hanya tersenyum, mengusik.

“Thanks,” kataku, perlahan. Pandangan kami bertaut dua saat. Kemudian, aku pantas melarikan pandangan ke arah pelajar-pelajar dalam dewan itu. Dia mengukir senyum yang dirasakan paling manis buatku. Aku membalas senyuman itu. Tak kan nak buat sombong pulak.

*********************************************

“Juara pertandingan pidato peringkat sekolah menengah dimenangi oleh Sekolah .....” pengacara majlis mengumumkan pemenang. Hareefy selaku ketua kumpulan telah berjalan ke hadapan untuk mewakili kami menerima hadiah. Ribuan pasang mata menumpukan perhatian kepada sang jejaka pujaan Malaya itu. Tidak lupa dengan sorakan dan tepukan yang gemuruh. Hareefy tersenyum, bangga. Bertuah siapa yang memilikinya suatu hari nanti. Dia adalah lelaki yang mempunyai pakej yang lengkap. Kacak, bijak, kaya, berwibaw. Pendek kata, semuanya ada. Perfect! Tapi tidaklah seperfect Rasulullah. Namun, semua perempuan pasti menunggu peluang untuk masuk line. Kau pun sama jugak Hanny. Jangan pandai mengata orang jer. Kutuk suara hatiku.

Selesai menerima hadiah, Cikgu Zaiton memanggil kami berempat. Cikgu Zaiton mengajak kami balik kerna dia akan menghadiri satu mesyuarat petang nanti di JPN.

Kali ini Hareefy masuk dan duduk di sisiku. Johntan duduk di sebelahnya. Julia bertukar ke hadapan pula. Cikgu Zaiton hanya tersenyum, mengusik. Aku malu. Aku gelisah sebenarnya.

*************************

Cikgu Zaiton brek mengejut. Aku hampir terhumban ke hadapan. Terasa seperti ada tangan yang sedang memelukku erat. Dia seakan mahu menahanku dari terhumban ke hadapan. Julia meletakkan tangannya pada dashbox untuk memastikan kepalanya tidak terhantuk.

“Sorry, ada budak tiba-tiba melintas.” Ujar Cikgu Zaiton. Wajahnya nampak benar cemas. Julia mengurut-ngurut belakang cikgu itu.

“Tak apa, cikgu. Kami pun nampak jugak. Bukan cikgu sengaja,” kata Hareefy. Johntan mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Hareefy itu. Aku menjungkit bahu tanda tak kisah. Cikgu Zaiton lebih tenang dari tadi.

Kereta yang berhenti di bahu jalan tadi kembali menderu di dada jalan raya.

Dah dua kali termasuk hari reunion tu dia memeluk aku. Hah, adakah itu semua mimpi? Aku buntu dengan gejolak perasaanku sendiri.

******************************************

Aku mengiring ke kanan. Tangan kanan kuletakkan di bawah kepala. Mata kubuka perlahan-lahan. Hah! Terkejut aku saat melihat sesusuk tubuh yang sedang duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katilku.

“EncikHakimi,” kataku perlahan. Aku sebenarnya tidak mahu mengejutkannya yang sedang membaca. Dia memang gemar membaca rasanya. Setiap kali aku buka mata, setiap kali itulah dia sedang membaca.

“Kenapa Hanny?” tanyanya, lembut. Jemari kasarnya sedang memegang lembut tangan kiriku yang kuletakkan di atas tilam.

“Tak. Saya Cuma terperanjat saja,” jawabku. Wajahku membahang, malu.

“Hmm... saya tengok Hanny pejam mata. Mungkin Hanny sedang tidur,” katanya. Aku merenung tepat ke wajah kacaknya seketika sebelum melarikan pandangan pada langsir biru laut pada tingkap di sebelah kiriku. Aku dengar tawa kecil meletus dari bibirnya.

Pandangan kembali kulemparkan pada wajahnya. Dia tersenyum manis. Wajah kami benar-benar berada pada jarak yang sangat hampir.

“I just want to ask you something,” ucapnya tiba-tiba. Mataku membuntang mendengar kata-kata lelaki itu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dia merenungku, penuh mengharap.

“Hanny dah bertunang kan?” soalannya membuatkan aku terperanjat sekali lagi. Aku terkebil-kebil memandangnya.

“Macam mana Encik Hakimi tahu?” jawabku juga dengan persoalan. Dia hanya tersenyum.

“Hanny kenal tak dengan tunang Hanny tu?” katanya lagi. Aik, dia ni ingat acara pop kuiz ker? Asyik bertanya soalan jer ni.

Aku hanya menggeleng. Dia merenungku lagi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Kalau saya beritahu Hanny, nak tak?” hai, apa jenis soalan ni? Tak kan dia kenal tunang aku pulak. Aku benar-benar curious dengan lelaki ini. Yalah, aku masih tidak dapat meneka siapa lelaki ini padaku.

“Cakaplah,” kataku sepatah. Berdebar-debar sebenarnya.

“Tunang Hanny tu sebenarnya adalah adik kembar saya.” Jawabnya masih utuh dengan senyuman manis di bibirnya yang kemerahan itu. Wajah terkejut yang hanya mampu aku pamerkan saat ini.

“Siapa namanya?” soalku lagi. Dia merenung tepat ke wajah bujur sirihku. Jelingan manja aku hadiahkan padanya. Tak puas hati betullah dengan dia ni.

“Hanny sangat mengenali dia. Tapi... dulu dia taklah rapat sangat dengan Hanny. Dia selalu tengok Hanny dari jauh,” terangnya membuatkan aku terus mengerutkan kening. Berfikir dan terus berfikir.

Aku memicit-micit lagi kepalaku. Dia memandangku, sayu.

“Hanny sakit kepala lagi ker?” soalnya cemas. Aku menggelengkan kepala. Sikit saja. Kejap lagi baiklah ni.

“Alahai, saya ni menyusahkan Hanny jer kan? Dah Hanny jangan berfikir lagi yer...” pujuknya. Aku Cuma menggelengkan kepala sekali lagi.

“Apa klu yang boleh membuatkan saya ingat semula pada dia?” tanyaku masih tidak berpuas hati.

“Tak perlu buat masa ini. Nanti akan tiba masanya saya akan ceritakan pada Hanny,” bicaranya. Nada suaranya direndahkan. Wajahku beriak hampa. Inilah yang paling aku tak suka. Dah beritahu tapi separuh jalan pula. Kalau dah alang-alang beritahu jerlah terus. Rungutku Cuma dalam hati.

“I’m sorry Hanny for making you always in curious situation,” pujuknya lagi. Aku terus diam. Wajahku menampakkan aku benar-benar sedih dengan tindakannya.

“Okaylah, Hanny tidur dulu. Rehat puas-puas. Saya nak solat ishak kejap,” katanya lalu bangun dari sisi katil. Dia memusingkan badan membelakangi aku. Dia mula mengatur langkah. Tinggallah aku dalam tanda tanya tanpa jawapan yang pasti.

*********************************

Aku terjaga bila terdengar azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Mataku buka
perlahan-lahan. Kulihat Encik Hakimi sedang baring di sofa dalam keadaan mengerengkot. Kasihannya dia. Semua ni kerna akulah... detik hatiku, simpati. Simpati yang lahir bukanlah sengaja aku reka-reka. Tapi, ia terbit dari lubuk hatiku yang paling dalam.

“Encik ...” kulihat dia mengangkat kepalanya. Dia memandangku dengan kening kanannya terjungkit sedikit.

“Ada apa, Hanny? Hanny nak apa?” soalnya lagi lalu bangun menghampiriku. Walaupun baru bangun dari tidur namun kulihat dia tetap kacak.

“Tak... dah waktu subuh. Saya pun nak solat. Boleh Encik Hakimi tolong saya bangun?” tanyaku. Bukan aku mengada-ngada tetapi kesihatanku belum benar-benar stabil buat masa ini.

“Boleh,” katanya menghulurkan tangannya padaku. Aku menyambut huluran tangan itu dalam keterpaksaan. Aku sedar dia bukan mukhrim denganku. Kalau Ain yang berada di tempatnya sekarang, aku sudah pasti tidak teragak-agak untuk meminta bantuan ini.

“Jom,” katanya. Aku menghulurkan kaki ke lantai. Perlahan-lahan aku mula memijak lantai. Encik Hakimi memakaikan aku selipar jepun untuk ke tandas.

“Saya nak ambil pakaian kejap,” ujarku. Dia mencapai beg lalu dihulurkan padaku. Segan pula rasanya kalau dia terus memerhatiku begini. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Mungkin dia mengerti perasaanku melalui riak wajahku.

Pakaian dalam telah kuambil. Kemudian, aku mencapai sepasang pakaian hospital. Aku meletakkan pakaianku di bahu kiriku. Aku memastikan semuanya dalam keadaan yang terletak elok.

“EncikHakimi,” panggilku setelah semuanya settle. Dia kembali menghadapku dan menghulurkan tangannya padaku. Aku menyambutnya.

Aku mampu berdiri akhirnya dengan bantuan lelaki kacukan ini. Dia membantuku ke bilik mandi.

“Saya tunggu Hanny kat sini ya.” Ujarnya ketika tanganku sudah kemas memaut dinding kamar mandi itu.

“Tak payahlah. Saya boleh bergerak perlahan-lahan nanti dengan bantuan dinding ni,” kataku. Aku tak mahu terus menyusahkannya. Sudah terlalu banyak jasanya padaku.

“Boleh ker, Hanny?” tanyanya seakan meragui kemampuanku. Aku tersenyum Cuma. Aku mula melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Aku membersihkan diri dan berwudhuk. Sudah lama rasanya aku mengabaikan suruhan tuhan sejak koma seminggu yang lalu. Aku akan menggantinya nanti. Desis hatiku, kesal.

Selesai berwudhuk dan mengenakan pakaian, Aku berpaut pada dinding dan bergerak
perlahan-lahan menyusuri dinding itu hinggalah aku mampu keluar sendiri dari bilik mandi itu.

Kulihat sejadah sudah terhampar kemas di atas sebidang tikar. Entah dari mana lelaki ini memperolehi tikar ini. Aku curious lagi.

“Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,” aku selesai memberi salam ke sebelah kiri. Kulihat Encik Hakimi sudah keluar dari bilik mandi. Rambutnya yang basah dilap dengan sehelai tuala.

“Dah, Hanny?” soalnya lagi setelah melihat aku selesai membaca doa. Aku mengangguk. Dia berjalan menghampiriku dan membantuku untuk berdiri. Dia membawaku ke katil.

“Saya nak turun ke kafe kejap yer... Hanny nak apa-apa tak?” soalnya lagi. Sikap bertanggungjawabnya mengingatkan aku pada seseorang. Adam Hareefy, sebaris nama yang mampu menggetarkan hati wanitaku. Di mana dia saat ini? Selepas peristiwa malam tu aku sudah tidak bertemu dengannya lagi. Air jernih mula mengalir di pipiku.

Selepas peristiwa kami ke pertandingan pidato dulu aku masih menjauhkan diriku darinya. Kulihat dia masih berkepitan dengan Sally ke sana dan ke sini. Kurasa mereka tetap bersama sehinggalah aku bertemu dia di majlis reunion hari tu. Namun, aku tidak pasti. Siapalah gadis bersuit pink itu? Kulihat dia mesra semacam saja dengan gadis itu. Aku memang kecewa tetapi apa nak buat. Mencintai tak semestinya memiliki. Benar, tak mungkin aku memilikinya sampai bila-bila.

“Cik Hanny,” teguran seorang jururawat itu membunuh segunung khayalanku. Semua menangan lalu bertempiaran entah ke mana.

“Saya nurse,” jawabku sambil memandang tepat ke wajahnya.

“Nak periksa Cik Hanny sekejap ya.” Ujarnya lalu membawa sebuah troli berisi perkakas perubatan. Aku hanya mengangguk.

Dia mula memeriksa tekanan darahku. “Hm... 100+65,” rendah lagi tekanan darah Cik Hanny ni. Tulah, hari tu Cik Hanny kehilangan banyak darah,” terangnya berpandukan laporan yang terdapat dalam failku.

“Lepas tu saya ditambah dengan darah lain ker, nurse?” tanyaku untuk mengetahui duduk ceritaku.

“Ya. Ada seorang penderma tu sanggup mendermakan darahnya untuk Cik Hanny,” lanjutnya. Aku terpempan.

“Boleh tak saya tahu siapa penderma darah tu, nurse?” tanyaku. Memanglah pihak hospital tak akan memberitahu siapa pendermanya tapi aku saja mencuba untung nasibku.

“Kami pun tak tahu siapa. Kami sendiri pun tak dimaklumkan.” Katanya lagi.

“Ooooo...” kataku dengan mulut yang dibulatkan seperti huruf o. Pandangan kulemparkan ke pintu ketika pintu itu dikuak dari luar. Muncul sesusuk tubuh milik Hakimi. Dia tersenyum pada kami.

“Cik Hanny ni bertuah sebab kawan Cik Hanny setia sungguh temankan Cik Hanny. Sepanjang Cik Hanny koma, dia tak pernah ke mana-mana kecuali solat dan makan serta ke tandas.” Ujar jururawat itu bersungguh-sungguh. Hakimi kulihat tersipu-sipu, malu. Dia terus melabuhkan punggungnya di sofa sambil mula membuka lembaran akhbar. Rajin sungguh. Adakah adik kembarnya merangkap tunangku juga rajin begini? Persoalan itu turut timbul dalam akal fikirku.

“Okaylah, Cik Hanny. Saya keluar dulu,” kata jururawat itu setelah selesai mengemas semua peralatan dan dimasukkan semula ke dalam troli itu. Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda mengiyakan permintaannya.

Setelah pintu kembali dirapatkan, aku kembali melemparkan pandangan ke sofa di mana Hakimi sedang duduk sambil membaca akhbar yang dibawanya bersama tadi. Mungkin baru membeli akhbar di kedai yang berhampiran. Fikirku. Aku menilik wajahnya yang separuhnya ditutupi dengan akhbar berbahas inggeris itu.

“Huh...” keluhnya lalu meletakkan semula akhbar di meja sisi. Dia mengurut-ngurut pangkal tengkuknya. Mungkin tersangatlah penatnya.

“Encik Hakimi...” panggilanku membuatkan dia menoleh padaku sambil tersenyum manis. Matanya tepat merenungku.

“Saya nak minta tolong ambilkan saya air,” kataku. Dia bangun lantaran melangkah menghampiri katilku. Air dituangkan ke dalam gelas. Dia menghulurkan gelas itu padaku. Aku menyambutnya.

“Thanks,” ucapnya. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Kacak sungguh dia. Tunangku juga mestilah kacak begini kerna mereka adalah kembar. Dugaku sambil tersengih-sengih.

“Why? Ada apa-apa yang saya tak tahu atau tak nampak ker?” soalnya dengan pandangan meliar ke segenap ruang bilik cuba mencari sesuatu yang membuatkan aku tersengih begitu.

“Takdelah. Teringatkan kawan saya Ain tu.” Helahku. Encik Hakimi turut tersenyum lebih lebar lagi.

“Saya suapkan Hanny makan yer...” ujarnya menukar topik antara kami. Aku menggeleng. Aku sudah boleh makan sendiri. Tak perlulah aku terus menyusahkannya.

“Tak sudi?” bicaranya berbaur merajuk. Aku tersenyum.

“Takdelah... Saya kan boleh suap sendiri. Saya tak kisah sebenarnya. Saya tak nak terus menyusahkan Encik Hakimi,” pujukku. Aku tak mahu dia terus mendesak.


“Hm... by the way, saya tak rasa susah pun. Saya yang telah menyebabkan awak jadi macam ni. This is my fault,” dia terus berbicara. Aku hanya tunduk. Lari dari pandangannya.

“Tak, Encik Hakimi. Saya tak pernah salah kan encik. Setiap satu yang berlaku pasti telah Allah rancangkan untuk kita. Jika kita merancang, tanpa izinNya rancangan itu tak akan menjadi.” Balasku tidak mahu dia terus dihimpit rasa bersalah. Dia kulihat mengangguk-angguk. Mungkin bersetuju dengan kata-kataku itu.

Dia mencapai sebuah mangkuk dan memasukkan beberapa keping sandwich lalu dihulurkan padaku. Air milo juga turut dituangkan ke dalam gelas yang sudah kosong sebentar tadi.

“Nak saya temankan Hanny makan?” tanyanya. Aku hanya menjungkitkan bahu. Tak tahu perkataan apa lagi yang mampu aku lafazkan untuk menolak permintaannya itu. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelah katilku.

Aku mencapai sekeping sandwich yang terdapat dalam mangkuk di tangan lalu menyuapkan ke mulut. Perlahan-lahan aku mengunyahnya. Dia hanya memandang pada cermin di bilikku. Entah apa yang dia lihat pada cermin itu, aku sendiri tak pasti.

Selesai aku makan dua keping sandwich dan meneguk ke semua milo yang terdapat dalam gelasku, aku mahu membersihkan mulutku. Aku cuba bangun namun dihalang keras oleh lelaki itu. Dia mengambil sehelai tisu dan membersihkan tangan dan mulutku dengan selambanya. Wajahku sudah merona merah menahan malu. Kenapa dia terlalu mengambil berat sangat tentang diriku. Adakah dia hanya rasa berdosa atau sebaliknya? Aku sepertinya tidak senang duduk.

************************************

Setelah doktor membenarkan aku pulang tadi, aku mengemas semua barang-barangku dengan bantuan Hakimi. Ibu dan ayahku tidak melawatku kerna mereka berada di Makkah menunaikan umrah yang entah kali ke berapa. Mereka ada duit. Tak salah kalau mereka terus memburu keredhaan Ilahi.

Hakimi menghantar aku pulang ke rumah sewaku. Kulihat Ain belum pulang. Aku menelefon Ain dengan menggunakan telefon Hakimi. Mujurlah aku ada menyimpan nombor telefon makcik tu dalam kepala aku.

Ain cepat pulang dengan menaiki teksi. Kasihan Ain, agak-agaknya kena naik teksi setiap hari kerna takut memandu sendiri.

“Terima kasih, Encik Hakimi.” Ujarnya setelah turun dari teksi. Hakimi hanya mengangguk.

“It’s okay. Ini kan tanggungjawab saya,” katanya tidak lekang dengan senyum. Ain menjatuhkan pandangan pada wajah kacak Hakimi tanpa berkelip. Aku menyedari hal itu sebenarnya. Sengaja aku buat tak tahu.

“Masuklah dulu, Encik Hakimi.” Pelawaku. Dia menolak dengan baik. Yalah, walaupun dia menunggu aku di hospital namun dia selalu mengambil tahu hal syarikat dan meminta setia usahanya untuk menghantar tugas jika diperlukan.

Itulah lelaki bertanggungjawab yang aku selalu dambakan. Sayangnya, hatiku telah dibawa pergi oleh
seseorang yang entah siapa. Bongok! Hati sendiri pun tak tahu saper yang curi.

“Saya balik dulu ya, Hanny, Ain.” Katanya lalu tersenyum manis buat kami berdua. Kami
masing-masing mengukir senyum tanda membalas kata-katanya.

**************************

“Boss kedua selepas Encik Hakimi nak balik dua minggu lagi. Dia akan nikah sebelum nak masuk kerja semula.” Desas-desus seperti itu berlarutan di pejabatku kini. Aku hanya buat tak tahu jer. Entahlah... apa kaitannya dengan aku. Ya, aku pun akan bernikah dua minggu lagi. Semua persediaan ibu dan ayah yang uruskan. Aku malas ambil tahu. Kan dia orang yang rancang? Biarlah dia orang yang settle kan semua itu. Detik hatiku sendiri.

Makin tiba hari keramat itu, makin berdebar perasaanku. Entah kenapa semua ini berlaku. Aku sendiri tidak tahu.

“Relaxlah, Hanny. Bawak bertenang. Tak larinya KLCC dikejar,” seloroh Ain. Aku terkebil-kebil memandangnya yang tersengih macam kera dapat bunga.

“Banyaklah kau punya tak lari KLCC dikejar... aku risaulah kalau bakal laki aku tu serba tak kena kat mata aku macam mana?” ujarku sambil meraup rambutku yang lurus paras bahu itu ke belakang.

“Insya Allah takde apa nyer... kau cayalah cakap aku. Kau guarantee suka punya kat dia,” yakin Ain mengeluarkan hujah. Wajahnya tidak langsung nampak bunga-bunga kerisauan. Apa punya kawan? Takde feel langsung nak simpati kat aku. Buatnya dia nanti ada awek lain... mampus dia siksa aku macam novel-novel cinta yang sering aku baca. Hiii... simpang malaikat 44. Gerutuku, geram. Wajah sengaja aku kelatkan. Ain hanya tersenyum seperti tadi. Kemarahanku tak langsung memberi kudis padanya.

**********************

Dua minggu begitu pantas mendaki tangga-tangga masa meninggalkan diriku yang tetap dihambat resah. Mata Ain yang redup kupandang dengan pelbagai persoalan.

“Aku takutlah wei.....” ujarku sambil tunduk merenung cincin berlian di jari manis kiriku. Cincin hasil pertunangan aku dengan lelaki yang tidak dikenali empunya diri. Jari-jariku juga sudah kemerahan disaluti inai yang diletakkan sendiri oleh Ain petang semalam.

Aku terus resah. Air jernih bertakung di tubir mataku menanti masanya untuk gugur. Aku menyeka air jernih itu dengan hujung jariku. Sedih sebenarnya dinikahkan tanpa tahu siapa gerangan empunya diri. Entah sudah tua dan perutnya buncit dan kepala sudah botak tengah. Wow wee junior juice! Tak nak den... jeritku dalam hati.

“Hanny, laki kau dah selamat lafazkan ijab. Kau orang dah sah jadi suami isteri,” riak kegirangan terpancar di wajah temanku nan seorang itu. Aku hanya memandang tak beriak. Sedih, benci, marah dan rasa taat bercampur menjadi satu hingga tak mampu untuk mempamerkan riak yang bagaimana pada wajahku.

“Sedia. Laki kau dah nak datang untuk upacara batal air sembahyang tu,” Ain menepuk bahuku yang masih melayan perasaan. Aku resah kembali. Aku membetulkan dudukku dan menundukkan wajah. Bimbang mahu melihat bagaimana rupanya suamiku nanti.

“Assalamualaikum!” suara itu mengejutkan aku yang masih terleka dengan debaran di dadaku.

“Waalaikum salam,” jawabku sambil mula mengangkat wajah perlahan-lahan. Tak sanggup rasanya berhadapan dengan dia.

Hakimi! Adakah suamiku Adam Hakimi? Boss tempat aku bekerja? Atau dia? Dia yang selalu aku nantikan?

Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Apapun dia kini sudah bergelar suami kepada Anis nur Hanny Muhammad Firdaus.

Dia menyambut huluran salamku. Dia kemudiannya, melekapkan bibirnya ke dahiku lama. Flash kamera mula ligat memancarkan silaunya. Kami diminta membuat pelbagai post oleh jurugambar itu. Malu, rimas dan bermacam-macam lagi kurasakan kini.

Selesai bergambar, makan pengantin yang beraksi suap-menyuap diadakan. Kami terus melayan tetamu. Kulihat Dato’ Syed Asyraf sedang berada di situ bersama Datin Syarifah Hannani. Aku masih kurang pasti adakah ini Encik Hakimi? Benar wajah mereka sama tetapi Encik Hakimi pernah memberitahuku yang tunangku adalah kembarnya. Yalah, wajah mereka mesti sama. Bererti dia kini sah menjadi suamiku.

*************************

“Penatlah, sayang. Jom masuk bilik,” bisiknya ke telingaku setelah dia lihat semua tetamu telah pulang. Hanya tinggal beberapa buah kaum keluargaku yang masih berada di rumahku.

Aku hanya tersenyum. Aku akan mencari kepastian di bilik nanti. Aku mengangguk-angguk setuju.

“Ibu, ayah, Hanny naik dulu ya. Penat sangat. Nak mandi dan tidur,” kataku. Mereka tersenyum.

“Yalah, pengantin baru mestilah tak sabar nak ada masa privasi mereka kan?” usik Aiman, sepupuku. Aku menjelingnya, tajam. Pandai-pandai sendiri jer dia. Bukan dia dah kahwin pun. Aiman tersenyum, nakal. Aku mencebik. Semua tertawa termasuk si dia.

“Pergilah, Hanny. Jangan buang masa layan si Aiman tu. Umur setahun jagung ada hati nak cakap bukan-bukan,” tegas Paksu, ayah Aiman. Pandangan tajam tepat mengenai wajah anak muda berumur lewat belasan tahun itu. Aiman tertawa.

“Hanny naik dulu,” kataku melangkah. Tanganku dirangkul kemas oleh si dia.

“Pergi dulu, semua.” Ujarnya sambil mula mengatur langkah.

“Assalamualaikum!” ucapnya sambil menarikku lebih rapat padanya. Aku malu dengan tingkahnya membuatkan aku menolak sedikit tubuhnya menjauhiku. Dia tertawa kecil. Biarpun tawanya sudah reda, senyuman belum mati di bibirnya yang kemerahan itu. Itu petanda dia tidak merokok sama sekali.

Setelah kami melangkah ke dalam bilikku, dia menutup pintu rapat-rapat. Dia seperti benar-benar mahu lebih privasi bila bersamaku. Aku berjalan ke katil dan melabuhkan punggungku ke birai katil.

“Hmm... jom mandi sama?” ajaknya seperti bertanya persetujuanku. Wajah terkejut mampu kupamerkan saat ini. Saat mendengar ajakan gilanya itu. Dia tersenyum nakal lantas berjalan menghampiriku.

“Marah lagi ker kat abang, sayang?” soalnya mencuit hidungku yang masih berwajah kelat. Aku buat tak tahu. Dia mengangkat daguku untuk mendongak memandang ke wajahnya. Dadaku tiba-tiba berdebar kencang.

“Awak Encik Hakimi, bukan?” soalku pura-pura sekadar inginkan kepastian walaupun aku pasti dia bukan lelaki yang pernah menjagaku semasa aku koma. Waktu itu ibu dan ayahku sedang berada di Makkah untuk menunaikan umrah. Ain sengaja merahsiakan perkara itu kerna takut mereka akan bimbang dengan kesihatanku.

“Kalau saya kata ya?” ujarnya berbentuk soalan. Aku menjuihkan mulutku tanda tidak puas hati.

“Apa bukti awak Encik Hakimi?” sambungku lagi.

“Sebab awak kenal saya,” jawabnya acuh tak acuh. Tangannya ligat menanggalkan pin yang terdapat pada tudungku. Setelah terungkai semuanya, dia menyangkutkan tudungku di tempat sangkut yang berhampiran dengannya. Dia duduk di sebelahku membuatkan aku rasa benar-benar tak keruan.

“Tak logik!” bentakku, geram. Aku belum kalah. Aku mesti menduga kebenarannya.

“Kalau saya kata awak bukan dia?” bicaraku sambil menutup rambutku dengan sehelai tuala yang berada berhampiran denganku.

“Habis tu? Tadi awak kata saya Encik Hakimi. Saya mengaku tapi awak kata bukan pulak. Yang mana satu sebenarnya?” katanya. Wajahnya didekatkan pada wajahku. Wajahku membahang, malu.

“Kenapa muka merah sangat ni?” ujarnya sambil memegang kedua-dua belah pipiku. Aku bertambah gelabah. Tiba-tiba, cup! Sebuah kucupan hinggap di dahiku.

“Hish! Kenapa awak berani sangat buat saya macam tu?” marahku lalu menolak wajahnya menjauhi wajahku. Dia tersenyum. Kacak sungguh dia.

“Yalah, awak kan isteri saya yang sah. Sebelum ni pun saya pernah buat awak macam tu,” beritahunya tanpa berselindung. Wajahku memerah menahan amarah. Tak guna! Mesti dia ambil kesempatan masa aku koma hari tu. Entah apa lagi yang dia buat kat aku. Nampak saja baik.

“Apa hubungan awak dengan saya masa tu? Bila awak buat macam tadi tu kat saya?” dua soalan serentak aku hamburkan padanya. Ketawa kecil meletus dari dua ulas bibirnya.

“Kalau nak tahu semuanya, mandi dengan saya dulu. Kalau tak... simpan saja niat tu,” ugutnya. Wajah dia serius kali ini. Aku terasa kecut perut memandang wajahnya saat ini.

“Tak nak!” bentakku. Aku malu. Tak pernah sekali seumur hidup aku mandi dengan lelaki. Yalah, mereka semua bukan mukhrim kau. Dia ni kan suami kau? Orang selayaknya buat apa saja kat kau. Suara hatiku berbisik.

“Tak nak takpe,” jawabnya lalu bangun. Dia melangkah ke almari untuk mengambil sehelai tuala. Selamba saja dia menukar pakaiannya di hadapanku. Aku menoleh ke tempat lain. Malu sebenarnya untuk melihat tubuhnya yang tidak dibaluti seurat benang pun.

“Hanny,” panggilan itu tidak aku sahut. Aku masih terkejut dengan sikap selambanya. Aku merenung hujung langsir pada tingkap.

“Hanny!” ton suaranya dinaikkan sedikit. Aku menoleh. Mungkin dia sudah bertuala. Fikirku.

“Nak tau cerita ker tak? Kalau tak nak, takpelah. Aku nak mandi dulu,” dia melangkah ke bilik mandi setelah berkata-kata begitu.

Perlukah aku tahu semuanya? Perlukah aku rungkai semuanya? Mungkin dia mahu lihat sejauh mana keegoanku. Sebab itulah dia mengugut aku begitu. Aku tak boleh kalah. Aku tak boleh terus mengalah. Aku mesti berani bertindak.

Aku mula menanggalkan pakaian dan membaluti tubuhku dengan sehelai tuala. Aku melangkah ke bilik mandi.

Tok! Tok! Tok! Aku mengetuk pintu itu. Tiada sahutan dari dalam. Hanya terdengar orang sedang berenan dalam tab mandi. Aku hanya tersenyum.

“Okaylah, saya akan ikutkan cakap awak dan awak mesti menerangkan semua kat saya,” ujarku. Tak sampai 1 minit, lelaki itu muncul di muka pintu bilik air tanpa seurat benangpun. Dia menarikku ke dalam.

*********************

“Hai, saya Hareefy.” Ujarnya seperti sedang memperkenalkan diri kepada seisi kelas. Aku hanya tersenyum.

“Habis tu, Encik Hakimi tu abang kembar awaklah?” tanyanya tak sabar. Dia mengangguk sambil ketawa kecil.

“Betul ker dia yang langgar saya hari tu?” aku mengajukan soalan lagi.

“Ya. Dia tak sangka semua tu. Kemudian, walid suruh dia jaga awak sebab saya terpaksa ke London untuk urusan syarikat walid. Abang Kimi tak tahu-menahu urusan syarikat tu semua. Kalau tak, memanglah saya yang nak jaga awak.” Terangnya membuatkan aku terkedu. Wajah kacaknya kupandang tanpa henti.
“Kenapa saya tak tahu pun tentang pertunangan kita? Alih-alih ibu dah sarungkan cincin ni kat jari saya,” aku buntu. Aku perlukan penjelasan.

“Walid yang minta dirahsiakan kerna walid tak nak gangu study awak dan tak nak buat keputusan terburu-buru. Lepas awak habis study, walid yang suruh ayah minta awak pergi interview kat syarikat walid. Walid nak awak mula jadi sebahagian ahli dalam Asyraf Holdings. Nanti taklah awak kekok bila dah kahwin dengan saya,” keterangan yang panjang lebar itu mula merungkai persoalan yang selama ini berkocak di tangkai hatiku.

“Macam mana walid boleh kenal ayah?” soalku. Sebelum ini aku tak pernah mengenali lelaki yang bernama Dato’ Syed Asyraf itu. Ayah pun tak pernah bercerita.

“Mereka kawan sepermainan di Tanah Arab dulu. Tak sangka kedua-duanya berhijrah ke Malaysia ni. Ayah awak kan mengikut ayahnya bertugas di sana. Walid saya memang orang tempatan,” lanjutnya terus merungkai persoalan dalam benakku.

“Hmm... dah lama ker awak tahu semua ni?” aku masih belum berpuas hati. Pandanganku tepat menikam ke dalam matanya. Dia tersenyum sambil tangannya mengelus wajahku yang sangat hampir dengan wajahnya.

“Dua hari sebelum saya jumpa awak kat reunion hari tu,” dia tersenyum sampai ke telinga. Aku mencubit perutnya.

“Auch! Sakitlah, sayang.” Ujarnya lalu mendekatkan bibirnya dekat ke bibirku. Dia mengucupku lama.

“Siapa perempuan yang bersuit pink yang asyik ikut awak jer tu?” soalku. Pandangan tajam kulemparkan padanya. Dia tergelak.

“Hmm... cemburu kan?” tanyanya sambil menyentuh hidungku dengan bibirnya.

Aku menggeleng. Dia mencebik.

“Kalau tak cemburu tak payah bagi taulah,” ugutnya lagi. Asyik-asyik nak ugut. Cakap jerlah... kan senang. Bentak hatiku, geram. Aku pura-pura merajuk. Dia tergelak lagi. Tak serius sungguhlah dia ni.

“Cemburu tak?” bisiknya ke telingaku. Bibirnya mula menyentuh batang leherku. Kemudian ke dadaku. Aku menggeliat kegelian. Aku menolaknya jauh dariku. Dia tersenyum-senyum, nakal.

“Jawab dulu. Cemburu tak?” tekannya lagi. Dengan malas aku mengangguk. Aku tak sengaja membongkarkan rahsiaku. Aku tertunduk, malu.

Dia kembali merapatiku. Daguku diangkat ke atas menentang pandangan redupnya. Senyum paling manis dihadiahkan buatku. Matanya menyapu lembut wajahku yang bertukar merah, malu.

“She my younger sister. Kenduri kita dia takde. Dia tengah exam kat Italy sekarang ni,” terangnya. Wajahku yang pucat tadi kembali bercahaya. Bimbang sekiranya dia menyatakan itu adalah girlfriendnya. Tak sanggup rasanya.

“Siapa nama dia?” tanyaku dengan senyuman manis. Dia merangkulku dalam dakapannya.

“Adlyn Hazreena,”

“Nice, secantik orangnya!” kataku. Hareefy tersenyum. Bangga dengan pujian yang terbit di bibirku buat adiknya.

“Apa kurangnya dengan awak,” ujarnya lalu menyapu lembut wajahku dengan bibirnya. Bahagianya saat ini kurasakan. Dia mengemaskan lagi pelukannya.

“Sekarang tak marah lagi kan saya peluk awak?” aku menjelingnya, tajam. Dia tertawa lagi.

“Mana Sally?” tak sayang mulut betullah aku ni. Tetiba soalan tu pulak keluar.

“Hmm... Sally. Dia kat Holand. Menetap di sana dengan suaminya. Dia dah ada dua orang anak tau,” Aik tak rasa frust langsung ker ditinggalkan kekasih? Pelik.

“Awak tak kisah ker dia tinggalkan awak?” akibat diburu rasa ingin tahu yang menebal, soalan itu akhirnya meluncur keluar dari dua ulas bibirku.

“Hahahaha!” dia tertawa. Bertambah peliklah aku jadinya. Aku merenung tepat ke wajahnya. Tangan kulekapkan ke dahinya. Normal saja suhunya. Apa kejadahnya dia gelak sampai berair mata dia?

“Itu kan cousin saya sebelah ummi. Saya tau semua orang sangka macam tu. Dia kan seksi... orang ingat saya akan pilih perempuan macam tu kan?” katanya dengan tawa yang masih bersisa. Wajahku berubah rona. Soalan yang mampu menjerat diriku sendiri.

“Hai... janganlah jealouse lebih-lebih sangat. Sejak saya berjumpa awak pertama kali pun, hati saya sudah terpaut. Bila walid menyatakan dia mahu tunangkan awak dengan saya, hanya Allah yang tahu macam mana rasanya dalam dada ni.” Katanya meletakkan tanganku ke dadanya. Aku tersenyum dengan pengakuannya.

“Macam mana awak tahu walid nak tunangkan kita?” aku masih tidak berpuas hati. Dia tersenyum kacak.

“Dia tunjukkan gambar awak yang kebetulan dia ambil dalam album kat bilik saya.” Penerangan itu membuatkan aku terkedu. Air mata mengalir di pipiku, terharu. Tak sangka dia pernah menyimpan gambarku.

“Dalam album tu hanya ada gambar awak sorang jer. Saya tak akan lepaskan peluang untuk menatap seraut wajah yang membuatkan saya selalu menginginkan dia sentiasa berada di samping saya.” Ucapannya membuatkan aku melentokkan kepala ke dada bidang. Alamak! Tak sedar kami masih berada dalam tap mandi hampir beberapa jam. Patutlah aku rasa sejuk semacam.

“Jom... dah sejuk!” ujarku. Aku malu untuk berdiri kerana aku tidak berpakaian ketika ini.

“Jom...” balasnya menarik tanganku untuk berdiri.

“Tak nak! Ambilkan saya tuala,” pintaku sambil meraup rambut ke belakang. Dia meletuskan tawa kecil. Wajahku membahang, malu.

“Hmm... semuanya tak berakhir di sini jer tau....” ucapannya mematikan senyuman di bibirku. Tuala kucapai dari tangannya. Dia masih berdiri di tepi tap dengan hanya bertuala.

“Bangunlah, sayang.” Katanya lagi. Aku menggelengkan kepala.

“Keluar dulu,” ujarku. Tak sanggup menayangkan diriku yang tidak berpakaian ini padanya. Dia menganggukk sambil mengenyitkan matanya sebelum melangkah keluar.

Aku mengelap tubuhku dan membaluti tubuhku dengan tuala itu. Aku melangkah keluar.

Sebaik saja aku keluar, dia mendukungku dan meletakkanku di atas katil. Dia berbaring di sebelahku. Dia mendakap erat tubuhku dan bibirnya mula mengucup lama bibirku.

Malam indah dilalui bersama. Hareefy yang kudambakan kini sedang memelukku erat. Terima kasih Allah kerna menghadiahkan aku seorang lelaki bernama Hareefy ini.

1 ulasan:

tinggalkan komen di bawah

Pengikut

update terkini dari saya

Catatan Popular

Mengenai Saya

Foto saya
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Saat yang terindah adalah ketika impian terlaksana!!!

pautan blog

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman