Label

Rabu, 16 November 2011

Dia Ditakdirkan Untukku

DIA DITAKDIRKAN UNTUKKU

Aku sedang leka berkayak di tasik Varsiti bersendirian dengan kayak single. Aku
menikmati keindahan taman rekrasi di universiti tertua ini dengan sungguh asyik.
Aku mahu melupakan rasa kecewaku setelah pertemuan dengan Afnan di kafe tadi.
Mengapa dia sanggup menipuku sedangkan aku ikhlas menyintainya. Mungkin aku
bukan setaraf dengan dia agaknya. Pilunya hati ini hanya Allah yang tahu.
Tiba di tengah tasik, mataku tertangkap pada sekujur tubuh yang sedang
terkapai-kapai mencari arah. Mungkin dia sedang kelemasan. Laju kukayuh kayak
itu ke arahnya.
Blum! Aku terjun ke dalam tasik. Tangan masih memegang badan kayak. Tangan
kiriku pantas menariknya dekat padaku. Aku membantunya naik ke dalam kayakku.
Aku? Aku masih berada dalam air.
Aku berenang sambil menolak badan kayak perlahan-lahan ke tepi. Nyawa manusia
ini perlu diselamatkan. Hendak buat CPR di tengah-tengah tasik ini memanglah
tidak wajar.
Apabila aku menghampiri tebing tasik, aku segera meminta bantuan untuk orang
yang ada di situ memberikan bantuan kepada lelaki yang kelihatannya sangat lemah
itu. Kepalanya terkulai di badan kayak.
“Sabar, Fiya. Aku datang!” jerit satu suara. Ya, itulah suara Arif teman
sekelasku. Kami sama-sama sedang membuat persediaan untuk ke Jepun bulan Mac
tahun depan.
“Okay, kau tolak kayak tu dekat sikit.” Lanjutnya. Aku membantu menolak tubuh
lelaki itu ke atas dan Arif menariknya untuk naik.
Setelah lelaki itu sudah tiba di atas, Arif membaringkan lelaki itu melentang.
Aku segera naik ke atas. Mungkin Arif boleh melakukan CPR pada lelaki itu.
Fikirku.
Wajah yang sangat lemah itu aku pandang.
“Arif, buatlah CPR kat dia. Beri dia oksigen. Fiya kan bukan …”
“Arif tak pandai. Fiya kan PBSM dulu,” ujar Arif dengan wajah penuh mengharap.
Tak perlu berbalah. Nyawa manusia ini lebih penting. Soal bukan muhrim boleh
dimaafkan jika darurat.
Aku segera menghampiri lelaki yang sedang terbaring lemah itu. Aku menekan pada
bahagian dadanya dan mendekatkan mulutku ke mulutnya. Perlahan-lahan aku
menghembuskan nafas untuk membantunya mengeluarkan air dari tubuhnya.
Selepas air dalam badannya dapat kukeluarkan, aku segera termuntah. Kemudian aku
berdiri. Kulihat semua orang sedang memandang simpati pada lelaki yang masih
tidak bermaya itu.
“Dah panggilkan ambulans?” soalku penuh perihatin. Mereka semua mengangguk.
Mungkin Arif yang bertindak menelefon ambulans. Fikirku.
**************************
Aku berlalu setelah tubuh manusia yang lemas itu dibawa pergi oleh sebuah
ambulans ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku berjalan laju tanpa melihat
kiri kanan kerana bajuku yang sudah kuyup dibasahi air tasik tadi. Jika aku
terlambat, apakah nasib lelaki itu? Ya Allah kau telah menghantarku sebagai
penyelamat kepada seorang hambaMu. Aku gembira sekurang-kurangnya aku hidup
dapat berbakti kepada makhlukMu. Bisikku dalam hati dengan penuh rasa
keikhlasan.
“Kenapa kau basah ni, Fiya?” soala Alissa roommateku.
“Fiya terjun dalam tasik tadi.” Jawabku acuh tak acuh. Alissa memandangku dengan
pandangan pelik. Aku hanya membisu.
Aku mencapai tuala dan peralatan mandi dan berlalu ke bilik mandi. Setelah
mandi, aku kembali ke bilik.
Aku sudah berpakaian dan menunaikan solat Asar yang waktunya sudah di
penghujung. Selesai berwirid dan berdoa, aku melipat telekung dan sejadah lalu
menggantungnya ke tempat asal.
Aku berbaring ke katil. Alissa masih mencuri pandangku dengan ekor mata. Mungkin
pelik dengan tingkahku hari ini.
Perlahan-lahan Alissa berdiri dan berjalan menghampiriku. Dia duduk di birai
katil. Wajahku yang kelat dipandangnya dengan sejuta tanda tanya.
“Fiya, kau gaduh dengan saper ni? Dengan ehem ehem ker?” soalannya langsung
tidak menerbitkan riak di wajahku. Tangan kananku diletakkan di atas kepala.
“Dia dah tipu aku. Tadi dia nak jumpa aku kat kafe. Masa aku pergi sana, aku
tengok Mya Sara ada sekali. Pas tu…” air mata mula bertakung di tubir mataku
menanti masanya untuk pecah.
Wajah ingin tahu temanku membuatkan aku menyambung lagi ceritaku yang
tertangguh.
“Dia… dia… dia… kennnnaaaaalkan kat aku Mya tu girl dia,” ucapku dalam sendu
yang tertahan-tahan. Seakan mahu pecah dada ini bila mendengar kata-kata lelaki
yang sangat aku sayang itu. Bukan setahun aku berhubungan dengannya tetapi sudah
hampir lima tahun. Sejak kami di bangku sekolah lagi. Mungkin aku ini banyak
kekurangannya. Gerutuku dalam hati cuba menyedapkan perasaan yang berkecamuk
ini.
“Tak guna punya lelaki! Kenapa seberani itu… setegar itu dia melukakan hati kau,
Fiya?” tegas bicara Alissa. Matanya mencerlang dengan rasa amarah yang membuak.
Air mata yang mengalir deras di pipi gebuku segera disekanya dengan beberapa
helai tisu.
“Lis, mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Aku redha andai Allah
tentukan dia bukan jodoh aku,” bicaraku membuatkan Alissa terkedu. Tugasnya
menyeka air mataku juga terhenti seketika sebelum dia kembali berbuat begitu
lagi.
“Tak kan mudahnya kau nak mengalah dengan lelaki tu, Fiya? Kau pun ada maruah
kan?” tegasnya lagi. Aku mengangguk dan kembali menekup mukaku dengan sebiji
bantal kecil.
“Bukan aku nak hasut kau tapi kau mesti lebih tegas dengan dia. Lepas ni, kalau
dia nak balik dengan kau jangan pedulikan dia.” Ujarnya sambil mengusap lembut
tangan kiriku yang berada di atas dadaku.
“Tak kan sesekali, Lis. Aku tak nak lemah dan aku tak nak terus ditipu,” tegasku
sambil duduk menghadap Alissa.
“Dah. Aku tak nak kau terus menangis kerana jantan tak guna tu. Aku mahu kau
kuat!” tegas Alissa. Matanya tepat menikam ke dalam anak mataku.
“Insya Allah, aku cuba.” Jawabku sambil tertunduk memandang jemariku yang
bertaut.
“Aku sentiasa ada untuk kau. Tak kan kerana dia, kau terjun dalam tasik?”
duganya. Di wajahnya terpamer seribu tanda tanya yang hanya aku mampu merungkai
jawapannya. Aku tersenyum sumbing. Tak kuasa aku nak buat begitu hanya kerana
Afnan. Aku lebih cintakan sang pencipta. Mana mungkin aku bertindak membunuh
diriku sendiri. Keluargaku masih perlukan aku. Teman-teman tersayang masih
perlukan aku di sisi mereka. Detik hatiku sambil tersenyum tawar.
“Bukan Fiya terjun sebab jantan tulah. Fiya berkayak tadi. Pas tu… Fiya jatuh
dalam tasik tu,” bohongku. Setakat bantuan kecil tak perlu aku warwarkan kepada
seluruh alam. Hanya Allah saja yang mampu menilai segala bantuan yang kuhulurkan
buat hambaNya itu.
“Nasib Fiya pandai berenang. Taklah risau sangat,” balas Alissa kembali
tersenyum ceria. Aku turut mengukir segaris senyum buat teman di hadapanku ini.
******************************************
Selesai sudah ujian untuk menentukan sama ada kami dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun atau tidak. Aku memicit-micit kepalaku bila terasa pening tiba-tiba.
“Kenapa dengan kau, Fiya?” soal Alissa bila melihat aku berkeadaan begitu.
Mataku juga mula berair.
“Entahlah, Lis. Tetiba pulak rasa pening. Mungkin stres sangat kot masa exam ni.
Nanti okaylah tu,” jawabku. Tangan kananku masih lincah menari-nari di pelipis
untuk mengurangkan sedikit kesakitan yang sedang aku alami ini.
“Relax… Fiya. Jangan tensyen sangat. Aku yakin kau boleh punya. Kau kan antara
student kesayangan dekan,” ujarnya. Matanya turut memancarkan cahaya keikhlasan
dalam berkata-kata. Aku hanya tersenyum, kelat.
“Mana ada, Lis. Aku pun macam orang lain jugak. Kalau tak usaha, mana nak
datangnya kejayaan,” tukasku cuba merendahkan diri. Aku mahu mengelakkan dari
penyakit riak dan takbur bila berhadapan dengan sesuatu yang belum pasti. Andai
Allah telah menentukan aku berjaya, aku akan berjaya. Andai sebaliknya, aku
harus redha.
“Okaylah, kau tidur dulu. Aku nak keluar kejap. Nak jumpa Ash jap.” Kata Alissa
sambil memandang simpati ke wajahku. Aku mengangguk, lesu. Terasa malas untuk
terus berbicara.
************************************************
Lima tahun aku berada di Jepun untuk mendalami ilmu kejuruteraan. Kini aku sudah
berada di Lapangan Terbang Narita untuk menanti saat aku akan diterbangkan
kembali ke tanah airku yang tercinta. Senyuman lebar terukir di dua ulas
bibirku.
Panggilan masuk ke balai berlepas sudah kedengaran. Aku bersalam dengan
teman-teman yang masih mahu terus di sini. Junior juga setia menemaniku di sini
untuk perpisahan buat sementara waktu. Pasti suatu hari mereka juga akan
mengikut jejakku untuk kembali ke Malaysia yang disayangi.
“Selamat tinggal Kak Liana, Effa, Risya, Hani…..” kataku dengan air mata yang
bertakung di tubir mata. Air suam mula membasahi pipiku saat teman-teman
bersalam dan memelukku.
“Jaga diri kau orang semua.” Tokokku dengan nada sayu. Aku cuba menahan sebak di
dada.
“Fiya juga,” balas seniorku. Aku mengangguk lemah. Sedih untuk berpisah dan
gembira untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
“Insya Allah kita akan jumpa lagi nanti.” Kata kami hampir serentak. Semua
tertawa dalam air mata.
Panggilan terakhir membuatkan aku terpaksa akur dan berlalu meninggalkan
teman-teman di belakang yang masih menggalas cita-cita.
************************
Sewaktu berada di dalam pesawat, aku hanya memandang luar. Aku mahu merehatkan
minda seketika. Setelah penat, aku memejamkan mataku. Akhirnya aku tertidur.
Penumpang di sebelah juga sudah lama dihanyutkan mimpi.
Ketika mataku terbuka, aku lihat semua orang sudah mula hendak turun. Lama benar
aku tertidur hinggakan pengumuman oleh kapten yang mengendalikan pesawat ini
juga tidak aku dengari. Hmm… senyuman terukir di dua ulas bibirku. Gembira saat
mata terpandangkan bumi bertuah yang menjadi tempat aku bernaung sejak dulu.
*******************
Aku tercari-cari kelibat insan yang akan menjemputku. Aku telah memaklumkan pada
mereka dua minggu yang lalu.
“Safiya Arisa!” panggilan itu benar-benar mengejutkan aku. Sudahlah dia
memanggilku dengan nama yang penuh. Cuma tidak lengkap dengan nama ayahku sekali
saja.
Segera aku menoleh. Kulihat seorang jejaka sedang berdiri di hadapanku. Dia
tersenyum dan berjalan menghampiriku. Lama wajah itu aku tatapi. Cuba
berkira-kira adakah aku pernah mengenalinya.
“Assalamualaikum!” sapanya lagi. Aku menjawab salamnya dalam hati. Pandangan
belum lagi aku alihkan dari wajahnya.
“Safiya kan? Baru balik dari Jepun kan?” soalannya menambah debar di hatiku. Aku
pandang dia dengan wajah hairan. Dari mana dia tahu aku belajar di Jepun? Ajaib!
Ajaib! Detik hatiku. Aku tidak melafazkan sebarang bicara. Hanya ekspresi wajah
dan pandangan yang membuatkan dia terus tersenyum lebar.
“Safiya balik dengan siapa ni?” soalnya lagi. Aku tertunduk seketika sebelum
kembali mengangkat wajahku.
“Haris,” suara itu membuatkan kami tertoleh ke kanan. Aku seperti mengenali
suara itu. Ya, suara alongku.
“Safiy?” katanya lalu menghampiri alongku lalu memeluknya erat. Mereka berbalas
senyum. Seketika kemudian, mereka merungkai pelukan itu. Adakah mereka ini kenal
terlalu rapat? Apa hubungan mereka? Mengapa aku tak pernah mengenali orang yang
bernama Haris ini? Pelbagai persoalan timbul dalam benakku.
“Ni adik kau ker, Safiy?” soal pemuda tinggi lampai itu. Wajahnya nampak benar
kacak. Pasti perempuan keliling pinggang. Dugaku sambil mata masih tepat
memandang ke wajahnya. Along juga sudah mengukir senyum manis.
“Haris,” seorang perempuan muda menghampirinya lalu memaut erat lengan sasanya.
Perlahan dia menolak.
“Okay, Safiy aku gerak dulu. Nanti aku hubungi kau lagi.” Katanya lalu menyalami
tangan along. Dia kemudiannya terus berlalu. Perempuan muda yang sangat seksi
itu mengekori dari belakang.
Laju langkahnya cuba menyaingi Haris.
“Hai, adik along ni dah lama kenal ker dengan Haris?” soal along dengan senyuman
masih terpatri di bibir yang kemerahan itu. Aku hanya menggeleng.
“Fiya pun tak kenal dia. Tu yang pelik macam mana dia tahu nama Fiya dan Fiya
yang baru balik dari Jepun.” Terangku dengan wajah penuh kehairanan. Along
tertawa kecil. Entah apa yang melucukan aku sendiri tidak pasti.
“Jomlah, ibu dan ayah dah lama tunggu anak kesayangan mereka kat rumah.
Anak-anak buah awak pun dah tak sabar-sabar sangat nak jumpa.” Ujar along sambil
menolak troli begasiku ke kereta Nisan Skylinenya. Aku mengekori dari belakang.
**********************************
Tiba di pekarangan rumah, semua kaum kerabatku sudah menanti dengan rindu yang
menggunung.
Setelah kereta along tiba dipaker, aku segera turun dari kereta. Tidak tahan
rasa menanggung rindu pada mereka semua.
“Fiya…. anak ibu sihat? Rindunya!” ibu meluru memelukku. Aku membalas rangkulan
ibu. Ayah juga turut tersenyum dan mengambil alih memelukku.
Gembira hatiku hanya Allah yang tahu. Wajah-wajah anak buah kesayangan aku tatap
satu persatu. Masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.
“Mak su apa khabar? Rindu sangat kat mak su,” tukas Aryana. Dia mencium kedua
belah pipiku. Aku tersenyum. Air mata kegembiraan tumpah jua akhirnya.
“Mari masuk, Fiya. Tak kan nak berdiri kat luar ni jer.” Kata-kata ayah
menyedarkan kami semua yang masih berada di halaman rumah dan sedang melayan
aksi jejak kasih.
“Yalah, Fiya… mari masuk nak.” Ibu segera mengajakku. Aryana dan Aryani masih
setia menjadi pengapitku. Aku mengekori langkah ibu ke dalam. Along entah ke
mana menghilang.
“Takpelah, Fiya pergilah berehat dulu. Nanti turun makan tengah hari ya. Ibu
masak special untuk Fiya,” kata ibu sambil memandang tepat ke wajahku. Aku hanya
senyum segaris. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Biar along jer yang bawakkan beg Fiya ke atas nanti.” Ujarnya lagi. Dia terus
mengusap lembut tanganku.
“Takpelah, bu. Fiya boleh bawak sendiri,” tukasku. Kalau boleh apa yang mampu
aku lakukan sendiri, akan kulakukannya. Aku tidak mahu terus menyusahkan orang
lain biarpun abangku sendiri.
“Takpe, dik. Nanti along hantarkan ke bilik adik. Naiklah dulu,” sampuk ayah
yang sedang leka membaca akhbar di tangannya. Jika ayah sudah membuka mulut, aku
tidak berani membantah. Aku terlalu menghormatinya sebagai ketua keluarga. Aku
hanya mengangguk, lemah.
“Okaylah, Fiya naik dulu ibu. Fiya naik dulu ayah,” kataku menyalami tangan
kedua orang tuaku dan menciumnya. Kebiasaan yang sering aku lakukan sejak lama
dulu. Mereka mengangguk serentak. Aku tersenyum dan terus melangkah ke tangga.
Aku membersihkan diri sebelum berbaring di katil yang telah lama aku tinggalkan.
Segala memori lama menjenguk laman hatiku. Teringat kenangan bersama Afnan.
Teringat zaman kanak-kanakku. Pelbagai peristiwa melatari mindaku kini.
Keletihan yang kurasakan melayang entah ke mana.
Selesai makan tengah hari, aku membantu ibu membersihkan pinggan-mangkuk di
dapur. Setelah siap, aku naik ke atas semula untuk menunaikan solat zohor yang
baru tiba waktunya. Aryana dan Aryani juga sudah ke bilik agaknya. Dua beradik
kembar itu sudah terdidik untuk menunaikan solat tepat pada masanya. Kasihan
mereka telah kematian ibu sejak bayi lagi. Ibulah yang menjaga mereka. Jenuh ibu
meminta along untuk mencari pengganti. Namun, entah kuasa apa yang menghalang
abangku itu untuk mencari teman hidup lagi.
“Mak su, nak masuk boleh?” soalan kedua kembar itu memeranjatkan aku. Aku segera
mengalihkan pandangan ke pintu. Mereka tersenyum-senyum. Cute sangat.
“Masuklah. Tapi mak su nak solat kejap. Yana dengan Yani duduk dulu tau,” kataku
sambil berdiri di atas sejadah menghadap qiblat untuk mengerjakan suruhan Allah.
“Mak su, seronok tak belajar katJepun?” soal Aryani. Aku tersenyum lebar.
Teringat musim bunga sakura yang berguguran dan berkembang mekar. Teringat saat
bermain salji. Manisnya saat itu. Indahnya semua kenangan itu.
“Mak su… Yani tanya ni. Best tak belajar kat Jepun?” rengekan anak kecil itu
mengembalikan aku ke alam rialiti. Aku tertawa kecil.
“Seronok… Kalau Yani dan Yana nak belajar kat luar negara kenalah belajar
pandai-pandai. Kena dengar cakap baba, nenek, atok dan mak su tau,” bicaraku
menceriakan dua wajah kesayanganku.
“Ceritalah mak su. Macam mana suasana kat sana,” pinta Aryana seakan tidak
sabar. Aku tersengih menampakkan barisan gigiku.
Aku melayani mereka hingga masuk waktu asar. Selesai menunaikan solat, kami
turun ke bawah bersama-sama.
“Bu, ni Fiya bawakkan umayge untuk ibu dan ayah.” Kataku setelah melihat ibu dan
ayah yang sedang duduk di taman menghadap minum petang bertemankan puputan bayu
petang yang mendamaikan.
“Apa tu?” soal ibu dengan mimik ingin tahu. Aku tertawa kecil. Ibu mencubit
lenganku, manja.
“Ole-olelah, bu. Tu kan bahasa Jepun…” kataku dengan tawa yang masih bersisa.
Ibu dan ayah turut tersenyum.
“Untuk kami mak su?” soal kembar itu serentak.
“Tadi kan mak su dah bagi,” kataku. Dia tersenyum lagi. Sengaja nak usik akulah
tu.
“Untuk along mana, Fiya?” soal satu suara dari belakang membuatkan semua mata
tertoleh kepadanya. Aku mengurut dada, terperanjat.
“Hii… dah datang tak beri salam. Kalau Fiya ni ada heart attack, jalan terus.”
Marahku padanya. Dia tergelak besar. Aku pantas mencubit lengannya, geram.
“Auch! Sakitlah, Fiya. Along gurau jer. Tapi souvinier untuk along tak ada ker?”
ulangnya sambil mengambil tempat di sebelahku.
“Ada. Mana boleh lupa kat along kesayangan Fiya ni,” kataku sambil bersandar
pada bahunya. Dia tertawa kecil. Aku menghulurkan sebuah beg plastik untuknya.
Dia menyambut huluran itu lantas membukanya.
Bahagia sungguh keluarga kami. Tambah seri dengan keletah dua anak kecil itu.
*******************************************
Dua minggu aku berehat di rumah. Akhirnya, aku mendapat tawaran untuk bekerja di
Zamrud Holdings. Senyuman berbunga-bunga di bibirku. Peluang yang aku nantikan
tak boleh disia-siakan.
“Tahniah, Fiya!” ucap ibu dan along serentak. Di wajah mereka nampak bercahaya.
“Thanks,” balasku sambil memeluk tubuh kurus ibu. Along mengusap lembut
rambutku.
“Bila mula kerja, Fiya?” soal along. Dia tampak benar teruja.
“Isnin ni. Tapi boleh tak along tunjukkan Fiya jalan ke sana. Fiya dah lupa
jalan KL nilah. Yalah, kan jalan-jalan dia dah banyak yang berubah,” pintaku
manja sambil memaut lengan along.
“Boleh… anything for my lovely sister,” ujarnya sambil mencuit hidung mancungku.
Ibu tersenyum senang.
******************************
Pagi itu aku sudah bersiap dalam suit pink yang dipadankan dengan selendang
pink. Sedikit make-up nipis aku kenakan pada wajah.
Aku turun ke bawah. Ibu, ayah dan along sudah menunggu di meja makan. Mereka
tersenyum memandangku.
Aryana dan Aryani sudah pergi ke tadika agaknya. Mereka berdua akan dihantar
oleh Pak Jalil yang merupakan pemandu keluarga ini. Kanak-kanak berdua itu
memang bijak. Mungkin mewarisi baka baba mereka agaknya.
Jam di tangan kanan, aku kerling. 7:15.
“Pagi semua! Assalamualaikum,” ucapku setelah tiba di meja makan.
“Waalaikum salam!” sahut ketiganya. Aku mengambil tempat di sebelah along.
Aku menyenduk mi goreng ke dalam pinggan dan segelas teh o ibu hulurkan buatku.
Aku menyambutnya sambil meneguk sedikit. Lalu aku meletakkan kembali gelas itu.
Aku mula menyudu mi goreng ke dalam mulut.
“Try your best, Fiya. Ayah harap Fiya dapat jadi the best stuff for your
company,” ujar ayah. Di matanya nampak sinaran harapan. Ayah kan seorang
jurutera yang berkaliber. Aku mewarisinya. Along seorang doktor. Dia memuka
kliniknya sendiri. Ibu juga seorang akauntant di sebuah syarikat terkemuka di
bandar raya ini.
“Insya Allah, yah. I will,” balasku dengan senyuman tidak lekang di bibir.
“Let’s go. Kita dah lambat. Hopefully tak jam teruk sangat,” kata along sambil
berdiri. Dia memakai kotnya. Aku menyalami tangan ibu dan ayah.
“Fiya pergi dulu,” kataku lalu menyalami tangan kedua orang tuaku dan
menciumnya. Aku berpaling dan mengatur langkah ke kereta along. Untuk sehari dua
ni biarlah along yang menjadi driver tak berbayarku.
“Hati-hati,” sambut ayah dan ibu yang juga sudah mahu masuk ke dalam keretanya.
*****************************************
Hatiku tearsa berdebar-debar ketika melangkah masuk ke lobi Zamrud Holdings. Aku
meletakkan tangan kiri di dadaku cuba menahan debaran itu. Namun, debaran itu
kian menggila.
“Assalamualaikum, Safiya.” Suara itu. Suara yang mungkin milik empunya yang aku
kenali. Aku mendongak memandang wajah di hadapanku. Afnan! Sebaris nama itu
terpantul dalam hatiku.
“Tak jawab dosa,” katanya sambil tersenyum-senyum mengusik.
Aku buat tidak endah saja. Aku menanti kedatangan lif. Setelah lif tiba, aku
terus masuk ke dalam tanpa menoleh kepadanya. Aku terus naik ke tingkat dua
belas seperti dalam surat tempoh hari.
“Assalamualaikum. Boleh saya tanya. Kat mana bilik boss?” soalku pada penyambut
tetamu
Yang berada di bahagian hadapan.
“Hmm… dah buat appointment dengan boss ker?” soalnya. Aku melihat tag nama pada
bajunya,
“Takde, Cik Aqila. Saya mula bekerja hari ni. Dia minta saya untuk berjumpa
dia.” Kataku sambil mengunjukkan surat tawaran yang kubawa bersama. Dia
menyambut huluranku sambil membelek-belek surat itu seketika. Dia tersenyum
manis.
“Hmm… Cik Safiya duduk dulu. Nanti saya panggil ya,” katanya sambil menudingkan
jari telunjuk ke sebuah sofa yang tersedia di situ. Aku mengangguk dan melangkah
ke sofa itu.
Aku melabuhkan punggung di sofa itu. Tanganku terus mencapai sebuah majalah
untuk dibaca.
“Cik Safiya,” belum pun sempat aku membaca satu mukasurat majalah itu, Aqilah
sudah memanggil namaku. Aku mendongak memandangnya.
“Kat situ bilik boss,” katanya. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu ke
bilik yang diberitahu itu.
“Haris Iqbal: CEO ZAMRUD HOLDINGS”. Terbuntang mataku melihat nama itu. Ah, tak
mungkinlah. Mana aku tahu nama dia macam tu. Nama dia Cuma Haris saja. Aku yang
selalu perasaan sendirilah.
Aku perlahan-lahan mengetuk pintu di hadapanku. Setelah mendengar arahan dari
dalam yang membenarkan aku masuk. Aku memulas tombol pintu itu.
Aku melangkah anggun ke dalam bilik yang agak besar itu. Terdapat satu set sofa
di bahagian tepinya. Mungkin tempat boss berehat atau bersantai dengan klien.
Fikirku.
“Kenapa tercegat di situ. Mari duduk,” suara garau itu membuatkan jantungku
berdegup kian kencang.
Perlahan-lahan aku mendongak melihat gerangan lelaki yang sedang duduk di kerusi
empuk milik CEO Zamrud Holdings itu. Alangkah terkejutnya aku saat memandang
wajah lelaki yang merupakan kenalan along.
“Maafkan saya, boss.” Pintaku bersungguh-sungguh. Bimbang juga akan menaikkan
darjah keberangannya di hadapanku walaupun aku sebenarnya tidak tahu adakah
benar dia seorang yang berang.
“Tak ape, duduklah dulu.” Pinta lelaki itu, lembut. Aku menarik kerusi di
hadapan lelaki itu dan mula melabuhkan punggung.
“Welcome to our company. Nice to meet you,” ujarnya. Dia berdiri lantaran
berjalan menghampiriku. Hatiku semakin resah. Jantungku kian tidak stabil.
Mengapakah perasaanku jadi begini? Aku buntu.
Lelaki itu sudah tercegat di hadapanku dengan senyuman yang paling manis.
Pandangannya tepat menikam ke dalam anak mataku. Dua saat pun serasanya aku
tidak mampu menentang pandangannya. Aku terus membuang pandang ke sofa.
“Encik Haris,” panggilanku membuatkan dia tersenyum lebar. Apa sebenarnya yang
bermain di benaknya? Aku bimbang dia akan mengapa-apakanku.
“Safiya dulu student UM kan? Buat persediaan untuk ke Jepun betul tak?” soalnya.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk kecil.
“Hmm… tak silaplah,” katanya lantas berlalu ke tempatnya semula.
“Nanti Safiya duduk di tingkat inilah. Fariza dah sediakan bilik untuk Safiya.
Ada apa-apa boleh rujuk dengan saya.” Katanya. Suaranya sangat lunak di
pendengaranku.
Aku tidak mampu berkata-kata hanya ekspresi wajahku menggambarkan kegembiraanku.
“Nanti saya boleh tanya dengan Fariza kan, boss?” sukar benar untuk sebutir kata
pun hendak keluar dari mulutku.
“Hmm…. lebih baik tanya saya,” balasnya sambil tersenyum kacak. Aku tidak berani
menentang pandangan dengannya. Mukanya juga aku tidak berani renung. Ada debar
yang membuatkan aku tidak senang duduk.
“Hmm… saya… saya… keluar dulu,boss.” Kataku gugup. Sebelum ni tidak pernah
penyakit gugup ini menghinggapiku. Dia tertawa.
Aku bingkas berdiri dan menyambut kembali fail peribadiku yang dihulurkannya.
Dia sengaja seperti tidak mahu melepaskan fail itu. Dia terus merenung wajahku.
“Encik Haris,” ucapku. Dia hanya melepaskan fail itu perlahan-lahan.
“Saya keluar dulu,boss.” Kataku sopan dan melangkah ke pintu.
Ketika aku hendak memulas tombol pintu dia memanggilku. Perbuatanku terhenti.
Aku kembali menoleh padanya.
“Nanti lunch dengan saya. Sharp pukul 1:00 tunggu saya di lobi ya.” Katanya
tegas seperti sedang memberi arahan. Adakah ini permintaan atau arahan? Desis
hatiku.
“Wajib ker,boss?” soalku. Wajah semberetku dipandangnya. Dia tersenyum, lucu,
“Yes,” balasnya sepatah dengan nada penuh ketegasan membuatkan aku hilang
kata-kata.
“Insya Allah,” jawabku sepatah lalu keluar dari bilik boss menuju ke meja
Fariza.
********************************************************
Cantik sungguh bilikku ini. Corak dan dekorasinya amat mencuit hatiku. Aku
tersenyum, senang.
“Kalau ada apa-apa Cik Safiya bolehlah tanya dengan saya.” Kata Fariza. Baju
kebaya merah hati berbunga kuning itu tampak sepadan pada tubuhnya. Senyum
sentiasa terukir di bibirnya yang merekah itu. Anak siapalah yang cantik sangat
ni?
“Cik Safiya, kalau ada apa-apa boleh tanya dengan saya ya.” Bicaranya
mengejutkanku.
“Okay, Fariza. Thanks for your helping. Nanti apa yang saya tak tahu, saya akan
tanya dengan awak ya.” Kataku membalas bicaranya. Dia mengangguk.
“Awak boleh keluar dulu. Saya nak cuba sesuaikan diri dengan keadaan bilik saya
dulu. Nanti kita cakap lagi yer.” Ujarku lembut. Senyuman paling manis kurasakan
mampu kuhadiahkan buatnya.
“Yalah, saya keluar dulu.” Katanya sambil memusingkan tubuh membelakangkan aku.
Dia bergerak ke pintu lalu keluar.
Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi yang disediakan untukku. Aku
menilik setiap inci bilikku. Semuanya sejuk mata memandang.
Aku mula membbelek-belek fail-fail yang melambak di atas mejaku. Satu persatu
tugas akan aku laksanakan.
“Fiya, boleh aku masuk?” soalan itu membuatkan aku terdongak memandang tepat
kepada lelaki yang sedang berdiri di pintu bilikku. Untuk apa dia ke sini?
“Kau masih marahkan aku kan, Fiya?” lanjutnya lagi. Aku tidak menjawab.
Pura-pura tidak dengar. Dia mula melangkah menghampiriku.
“Fiya, aku minta maaf. Aku tau aku salah,” katanya perlahan. Dia sudah berdiri
hampir denganku. Aku cuba mengelak.
“Af, tak perlu nak terang apa-apa lagi. Itu semua kisah kita masa lalu. Aku dah
tak nak mengungkitnya lagi. Kau dengan aku hanya tinggal sejarah,” kataku. Nada
masih terkawal.
“Tapi… aku tau dalam hati kau masih ada cinta buatku.” Dia kembali hanya untuk
menagih cinta lama ker? Kemudian dia mahu menghancurkan sekali lagi hatiku yang
baru sembuh dari luka. Parut itu tetap akan ada sampai bila-bila.
“Ops! Aku bukan pengemis cinta. Cinta untuk kau dah lama terhapus dari relung
hatiku. Sila keluar kalau takde apa-apa lagi. Ni hari pertama aku dan aku nak
buat kerja yang melambak ni.” Terangku sambil memuncungkan mulutku ke fail-fail
yang bertimbun di atas meja.
“Okay, lunch nanti kita pergi sama.” Katanya sambil berlalu. Belum sempat aku
berkata apa-apa.
Sebuah keluhan aku lepaskan. Afnan masih keras kepala macam dulu. Ke mana
perginya Mya Sarah? Bukankah mereka sudah bahagia menjadi sepasang suami isteri?
Pelik! Pelik! Detik hatiku.
“Agh, buangkan semua tu dari kepala. Aku mesti mula bekerja,” bentakku sambil
menumbuk dua belah tangan tanda sangat buntu.
Aku kembali menyemak kerja di hadapanku.
*************************************
“Fiya, dah pukul satu. We’ve a lunch date,” kata-kata itu mengejutkan aku yang
sedang leka melakukan kerja. Plan yang berada di tangan aku letakkan ke meja
semula.
“Dah pukul satu ke Encik Haris?” soalku, lembut. Dia mengangguk.
“boss kata nak tunggu kat lobi?” soalku lagi.
“Kalau nak harapkan awak turun sendiri… entah turun entah tidak. Jom cepat,”
katanya. Aku mengemas ala kadar. Kemudian mencapai tas tangan dan berjalan
mengekorinya.
Semua mata tertumpu pada Encik Haris dan aku. Malu sungguh rasanya. Lelaki ini
tak pernah makan dengan sesiapa ker sebelum ni? Tak kan dengan Fariza pun tak
pernah? Mungkin dengan kliennya dia pernah lunch atau dinner bersama. Fikirku.
“Safiya, cepat nanti lif tertutup.” Katanya menarik lenganku untuk menyainginya.
Aku terperanjat dengan tindakan spontannya. Tapi entah kenapa mulut ini seakan
terisi dengan ketulan batu yang membuatkan ia tak mampu mengeluarkan walau
sepatah perkataan.
Ketika lif sudah terbuka, Haris menarikku ke dalam lif. Dua pasang mata yang
berada dalam lif tepat memandang kami.
“Hai Encik Haris, keluar date ker?” soal Angely. Senyuman menyindir singgah di
pandanganku. Mungkin gadis ini juga meminatinya. Mana tidaknya, lelaki yang
kacak, berkarisma, kaya dan sewaktu dengannya pasti menjadi kegilaan ramai.
“Yalah, this my girlfriend. Baru balik dari Jepun. Safiya Arissa, this Angely
dan tu Syahira.” Ujarnya membuatkan jantungku seakan mahu melompat keluar. Apa
ker bendalah dia ni. Tak pasal-pasal stuff perempuan semua akan marah padaku.
Dia orang dah lama nak berkenalan dan merapatinya tidak dilayan, aku pula yang
diakuinya sebagai teman wanitanya. Wajahku merona merah. Malu sungguh rasanya.
Dia memperkenalkan satu persatu manusia yang berada di hadapanku. Aku hanya
tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Angely menyambut huluran itu dengan hujung jari saja. Dia sempat lagi
menjelingku.
“Saya Safiya Arissa. Jurutera baru kat sini. Mada ada Encik Haris ni bergurau
jer tu,” kataku cuba mengawal keadaan. Angely kembali tersenyum. Syahira
mengangkat sebelah keningnya ala-ala artis Ziana Zain. Haris memandangku tajam.
Kami tiba di tingkat lima, lif terbuka. Tiga orang gadis masuk ke dalam lif.
Keadaan lif agak sesak dan sekali lagi Haris membuat kejutan dengan menarikku
agar berada di hadapannya. Dia seakan mahu menjadikan aku sebagai pelindungnya.
“Assalamualaikum, Encik Haris.” Tegur seorang perempuan yang baru masuk lalu
bergerak ke sisi Haris.
“Sayang, you nak makan kat mana ek?” soalan Haris membuatkan jantungku kembali
berdetak tanpa henti.
“Hish,” kataku menolak lembut tangannya yang berada di kedua bahuku. Wajahnya
terasa hampir benar denganku kerana dia terpaksa menunduk untuk berbicara
romantis dengan aku yang pendek ini. Wajahku memerah lagi. Lambatnya pergerakan
lif ni. Gerutu hatiku, bengang.
Tiba di basement, kami keluar. Masing-masing keluar ke kereta mereka. Haris
menarik tanganku menyainginya.
“Boss, apa buat macam ni? Seganlah saya. Nanti mesti heboh satu office yang boss
dan saya ada hubungan.” Protesku. Wajahku mencuka. Geram dengan tindakannya.
“Biarlah heboh. Saya lagi suka. Tak adalah pompuan-pompuan tu semua nak
terhegeh-hegeh dengan saya lagi,” ujarnya selamba sambil meneruskan perjalanan
ke restoran pilihannya.
“Encik bercakap senanglah sebab encik tak berada kat tempat saya. Akibatnya,
saya akan menerima kutukan demi kutukan dari semua orang.” Bidasku. Tidak
sanggup rasanya terus menjadi mangsa hinaan nanti.
“Ah, pedulikan dia orang. Yang penting kita tau siapa kita,” katanya. Kulihat
wajahnya tidak beriak.
Huhhh! Keluhku perlahan. Melepaskan nafas kerisauan. Wajahku nampak muram. Dia
terus memandu.
“Safiya, jangan risau sangat okay. I stay beside you to solve all this problems.
Anything we talk later. Now, kita lunch dulu okay?” begitu gentleman dia ketika
memujukku. Dia sangat baik. Tapi persoalan bagaimana dia mengenaliku masih
menjadi tandatanya. Siapa perempuan muda yang bergandingan dengan dia di KLIA
hari tu? Tak kan aku nak tanya dia. Semua tu kan urusan peribadinya. Fikirku.
**********************************
“Spageti dan jus tembikai merah. Pasta dan jus orange,” pesanannya kepada
pelayan yang datang mengambil pesan di meja kami. Wajah aku heran lagi. Macam
mana dia tahu kegemaranku? Dia skodeng aku ker?
“Macam mana boss tau makanan kegemaran saya?” soalku. Dia tersenyum, bangga. Dia
mengangkat sebelah keningnya lalu mencapai menu yang berada di atas meja.
“Boss, macam mana boss tau makanan kegemaran saya?” aku belum berpuas hati.
“Hmm… long story. Nanti kita tak balik office,” jawabnya. Aku hanya mencebik.
Tidak puas hati sebenarnya.
Makanan pun tiba. Kami mula menjamah hidangan di hadapan kami. Suasana di antara
kami senyap. Masing-masing menikmati rezeki Allah.
Mulutku sedikit tercomot. Aku hendak mengeluarkan tisu dari tas tangan. Tetiba
terasa ada tangan yang menyapu lembut tepi bibirku dengan sehelai tisu. Dia
rupanya sudah berada dekat sebelahku.
“Hish, boss ni. Nanti orang tengoklah,” bentakku. Wajahku sudah membahang, malu.
Lepas ni for sure tak nak keluar lunch ker dinner lagi dengan dia. Bikin malu
saja. Protesku dalam hati.
“Lepas ni Safiya tak nak keluar dengan saya lagi kan?” duganya membuatkan
wajahku berubah. Dia ni boleh baca fikiran orang ker? Mampuslah aku! Detik
hatiku.
“Tak kira. Safiya kena lunch dengan saya tiap-tiap hari,” aku benar-benar
terkejut mendengar pernyataan yang diungkapkan oleh lelaki di sebelahku ini.
“Tak kan macam tu sekali, boss? Nanti apa kata stuff kat office pulak. Asyik nak
berkepit dengan boss sepanjang masa,” aku menolak pelawaannya.
“Memang saya akan buat Safiya terpaksa berkepit dengan saya selalu.” Ujarnya
selamba. Giler ker apa? Mana boleh macam tu. Aku memasamkan wajah. Mahu tunjuk
protes padanya. Dia tertawa, kelucuan melihat air mukaku.
Kata-katanya memuatkan aku terpaksa memerah otak berfikir maksudnya.
Di kejauhan, ada sepasang mata yang menyaksikan kemesraan antara aku dan Haris.
Api cemburu terbit dalam hatinya. Dia menggenggam penumbuk lalu dihayunkan ke
meja yang didudukinya.
*********************
“Hai, seronok keluar dengan boss tadi?” ucapan itu membuatkan aku terhenti dari
menulis sesuatu pada plannerku. Aku mendongak memandang wajah yang menyinga itu.
Aku hanya menjeling tajam pada wajah itu.
“Apa urusan kau nak halang aku keluar dengan sesiapa? Apa hak kau kat aku?”
bentaku, geram. Afnan melangkah deras menghampiriku.
“Aku masih cintakan kau!” tegasnya. Dia menghadiahkan sebuah penumbuk ke mejaku.
“Hey, what’s up? Mya mana? Dia kan dah jadi isteri kau?” soalku cuba mencari
kebenaran.
“Ya. Dia memang dah jadi bini aku tapi aku tak boleh hidup tanpa kau.” Ujarnya
lagi.
“Giler! Kau ingat senang nak cakap macam tu. Minta maaflah… aku tak kan sesekali
balik pada kau,” tegas juga nadaku ketika melawan cakapnya.
“Tidak aku akan ceraikan dia kalau kau nak balik dengan aku.” Terangnya.
Pandangan tajam menikam ke dalam mataku. Laju-laju aku menggeleng.
“Please get out from my room. Aku ada banyak kerja nak buat!” tegasku lalu
bingkas berdiri menuju ke rak yang menyimpan beberapa dokumen yang hendak aku
periksa sebelum menghantarnya kepada Haris nanti.
“Aku tak kan keluar selagi kau tak mengaku akan balik pada aku,” bicaranya
membuatkan aku berasa sangat cuak.
“Aku tak nak. Kau tak faham ker dengan bahasa mudah yang aku gunakan?” soalku
lagi tanpa menoleh kepadanya. Dia berjalan menghampiriku yang sedang berdiri.
“Cik Safiya, boss nak jumpa sekarang.” Kata-kata Fariza menerbitkan senyuman
manis di bibirku. Dengan terhormatnya lelaki ini perlu beredar.
“Baiklah. Terima kasih, Fariza.” Kataku sambil membimbit keluar sebuah fail yang
diminta oleh Haris tadi.
“Ark! Bodoh punya perempuan! Kau tunggu. Aku akan pastikan kau jadi milik aku!”
bentak Afnan sambil berlalu dari bilik gadis itu.
**************************
Hari-hari yang aku lalui terasa begitu getir. Pelbagai tomahan dan hinaan aku
terima dari staf-staf yang meminati Haris. Aku hanya tersenyum bila dilemparkan
dengan macam-macam tuduhan. Nak melawan pun sudah tak berguna. Macam-macam cara
yang kulakukan untuk menepis telahan demi telahan mereka tentang hubungan aku
dengan Haris. Tapi semuanya seperti angin lalu saja bagi mereka. Sudah puas aku
menangis dengan semua keperitan ini namun aku tidak berdaya melawan. Entah ke
mana kekuatan yang aku miliki selama ini, aku sendiri kurang pasti.
“Fiya, minggu depan saya takde. Saya nak ke Bali untuk melawat cite kat sana.
Jaga diri elok-elok yer…” pesan Haris membuatkan aku terkedu. Untuk apa dia
memberitahuku semua itu. Aku bukan sesiapa dengan dia. Kami hanyalah seorang
pekerja dan majikan saja.
“Jangan risau, boss. Saya okay. Pandai-pandailah saya nak handle hidup saya,”
kataku untuk meyakinkan dia. Aku lihat dalam matanya terkandung rasa sedih.
Untuk apa dia rasa sedih? Pelik juga.
*****************************
Aku lihat ayah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Aku duduk di sebelah
ayah. Entah mengapa hari ini aku terpanggil untuk menonton buletin utama.
Sebelum ini aku hanya membaca akhbar atau melayari internet untuk mengetahui
perkembangan semasa dalam dan luar negara.
“Kemalangan ngeri. Sebuah pesawat aerobas MH58 dari Bali ke KLIA telah
terhempas. Semua penumpang dan anak kapal terlibat dalam kemalangan ini
dijangkakan meninggal dunia di tempat kejadian.” Wajahku segera berubah. Haris!
Jerit hatiku. Air mata deras mengalir menuruni pipi gebuku.
Aku bergegas naik ke atas. Ya, hari ni Haris akan pulang. Mesti dia pun menaiki
pesawat itu juga. Tak kan dia meninggal? Tak mungkin! Tak mungkin! Aku cuba
menafikan kenyataan itu. Aku belum sempat meminta maaf dengannya. Mungkin banyak
dosa aku pada dia.
“Fiya,” panggilan along mematikan langkahku untuk masuk ke bilik. Air mata
segera aku seka dengan hujung jari. Along menghampiriku. Dia memeluk bahuku.
“Sabar, Fiya. Along yakin dia selamat,” bicara along, lembut. Dia tahu aku sedih
dengan berita yang baru didengari. Dia suka menonton televisyen di biliknya
sambil berbaring untuk merehatkan badannya.
“Tapi long… dia balik hari ni. Fiya takut dia pun berada dalam flight tu,” aku
menyembamkan wajahku ke dadanya. Dia mengusap lembut belakangku, cuba
menenangkan perasaanku.
“Sabar ya, dik. Nanti esok kita cuba pergi ziarah dia yer…” pujuknya lagi.
“Kita doa dia selamat yer, long.” Kataku. Along mengangguk laju. Dia menyeka air
mata yang masih berjuraian di pipiku.
“Fiya tidur dulu. Jangan sedih sangat. Lepas solat, terus tidur ya.” Along terus
memainkan peranannya. Aku merasa sedikit lega biarpun hati tetap tidak senang
dengan berita itu.
************************************
Aku ke pejabat dengan keretaku sendiri. Sebenarnya hari ini bukanlah hari
bekerja. Hari sabtu. Tapi aku perlu menyiapkan sedikit lagi tugasku sebelum
berjumpa klien hari isnin ini. Aku mahu kerja yang terbaik. Pukul 11:30 nanti
aku sudah berjanji dengan along untuk menziarahi keluarga Haris bagi mengucapkan
takziah buat mereka sekeluarga. Along ada emergency call semalam. Dia terpaksa
bergegas ke hospital.
Ketika aku sampai di sini tadi takde sesiapa pun. Tak apalah, bukan lama pun.
Selesai kerja nanti aku akan terus balik. Fikirku.
Aku meregangkan urat-urat badanku setelah berpuas hati dengan plan yang berjaya
aku siapkan itu.
“Okay, settle.” Omelku sendirian.
“Hai, Fiya.” Kemunculan Afnan membuatkan aku terperanjat. Untuk apa dia berada
di office pagi-pagi begini. Selalu kan staf lebih suka berehat dari terus
melayani kerja mereka di office?
“Kenapa? Terkejut aku ada kat sini?” soalnya. Dia berjalan menghampiriku. Aku
berdiri dan cuba berundur.
“Kau nak ke mana, Fiya? Hari ni aku nak buktikan pada kau yang aku akan dapatkan
semula hak aku. Si Haris tu kan dah mampus dalam kemalangan semalam kan?”
ujarnya sambil tertawa, sinis. Dia terus melangkah menghampiriku. Dia memelukku.
Aku terus meronta-ronta.
“Afnan!” jerkahku cuba melawannya. Akhirnya, rontaanku membuahkan hasil.
Cepat-cepat aku menendang celah kelengkangnya membuatkan Afnan tertunduk menahan
rasa senak pada alat sulitnya. Aku segera berlari ke luar.
Sampai di ruang legar, Afnan menarik kasar lenganku. Aku terus meronta. Dia
terus memelukku. Aku menggigit lengan sasanya.
“Kau nak melawan lagi yer…”
Tok! Tok! Tok! Pintu dibuka dari luar. Muncul enam orang yang berkopiah. Afnan
mengukuhkan pelukannya. Aku terus meronta.
“Beri kami kad pengenalan. Kamu didapati sedang berdua-duan dalam pejabat ni!”
tegas salah seorang dari mereka.
“Tidak, tuan. Saya sebenarnya…” aku cuba menangkis kata-kata pegawai itu.
“Tak perlu kata apa-apa. Tengok keadaan cik macam mana sekarang. Kami dari
Jabatan Agama. Kami nak menjalankan tanggungjawab kami,” terangnya lagi. Air
mataku sudah berguguran.
“Tapi… tuan,” aku belum berpuas hati. Pasti keluargaku akan mendapat malu dengan
peristiwa begini. Ya Allah, ujian apakah ini? Aku tak mampu menanggungnya. Air
mata laju menuruni lurah pipiku. Afnan sudah melepaskan aku dari pelukannya. Dia
mengeluarkan kad pengenalannya lalu diserahkan pada salah seorang dari pegawai
pencegah maksiat itu. Dia tersenyum seperti sedang meraih kemenangan.
“Maaf, tuan. Mereka tidak berdua. Saya ada kat sini tadi. Cuma saya ke tandas
kejap,” satu suara berkata. Kami menoleh kepadanya. Alangkah terkejutnya aku dan
Afnan. Wajah terkejut terpamer jelas.
“Haris!” jeritku lantas meluru ke arahnya. Aku segera memeluknya. Dia menepuk
belakangku.
“Ustaz, ini tunang saya. Dia ni sebenarnya cuba memperkosa saya.” Terangku
dengan sendu yang tidak tertahan lagi. Kesemua pegawai pencegah maksiat itu
berwajah keliru. Salah seorang dari mereka menelefon polis.
Afnan dibawa pergi. Haris membawa aku ke balai untuk membuat laporan. Aku
tersenyum senang melihat dia berada depan mataku.
*****************************************
“Along, Fiya tak jadi balik. Nanti kejap lagi Fiya balik kita cerita ya, long.”
Ujarku setelah along menyambut panggilanku.
“Fiya kat mana ni? Kenapa tak jadi balik sayang?” soal along cemas. Aku masih
tersenyum.
“Nanti kita cerita. Assalamualaikum!” kataku mematikan talian.
“Fiya, maaf buat awak sedih.” Kata Haris. Aku merenungnya, sayu.
“Mati-mati saya ingatkan boss …”
“Fiya sukalah?” wajahku berubah. Kenapa dia tuduh aku begitu? Kejam sangatkah
aku ini?
“Boss dah bayar insuran ker?” soalku memandang tajam ke wajahnya. Dia
kehairanan.
“Kalau dah bayar pun… saya belum tukar lagi penamanya. Fiya tak dapatlah kot…”
lanjutnya. Aku menjelingnya, geram. Pantas aku mencubit lengannya.
“Auch, sakitlah Fiya. Habis tu insuran apa yang Fiya maksudkan?” soalnya dengan
wajah penuh tandatanya. Cute sangat kulihat dia seperti itu.
“Insuran mulutlah. Sesedap rasa jer nak tuduh saya suka kalau boss ….” dia
tertawa.
“Mana ada ditawarkan insuran mulutlah, sayang.” Katanya.
Dia memandu masuk ke rumahku. Aku malu-malu ketika melihat ibu, ayah, along dan
dua orang gadis kecilnya turut berada di laman rumah kami.
**************************
“Assalamualaikum, Haris!” jerit along saat terpandangkan lelaki tampan yang baru
keluar dari keretaku. Dia meluru lalu memeluk temannya erat.
“Alhamdulillah kau selamat. Sedih benar aku. Tambah lagi orang tulah. Puas aku
pujuk dia dari menangis,” cis along ni pecah tembelang aku pulak. Wajahku
berubah rona. Aku segera mencubit bahu along.
“Auch, sakitlah dik. Apa cubit along ni. Along Cuma nak sampaikan berita gembira
ni pada bakal adik ipar along,” ujar along sambil tersengih-sengih. Aku luku
kepala along sekali sebelum berlalu kepada ayah dan ibu yang turut tersenyum.
“Mujur Haris tergerak nak ke office tadi. Dari KLIA Haris terus ambik teksi.”
Haris memulakan bicara. Dia menghulurkan salam pada kedua orang tuaku. Mereka
menyambutnya mesra. Mereka seperti sudah lama mengenalinya.
“Kami betul-betul sedih dengan berita semalam tu. Kami dah bersiap tunggu puteri
tu baliklah. Kami nak pergi menziarah keluarga kamu,” terang ayah. Wajahnya
dimaniskan. Sinar matanya benar-benar ikhlas.
“Haris tak jadi balik semalam. Jadi Haris tunda tiket tu ke hari ni,” terangnya.
Ibu dan ayah mengurut dada, kelegaan.
“Kalau Haris tak ke office tadi, Fiya ni akan terlepas ke tangan orang lainlah
nampaknya,” terang Haris lagi. Semua orang terlopong. Aku berubah rona wajah.
Malu sebenarnya mengenangkan maruahku yang hampir tercalar. Terima kasih Allah
kerana menghantar seorang lelaki sebagai penyelamatku.
“Kenapa Haris cakap macam tu?” soal ibu sambil memandang wajah aku dan Haris
silih berganti.
“Kalau tak, tak pasal-pasal jer Fiya kena kahwin paksa dengan staf tempat kerja
kami. Lelaki tu pun dah berbini. Dia nak perkosa Fiya,” terus-terang sungguh
Haris ni. Tapi, dengan keluargaku saja. Dengan aku masih banyak rahsianya. Malu
benar dengan keluarga mendengar penerangan Haris. Muka masing-masing berubah
riak.
“Syukur alhamdulillah, nak. Kamu tak apa-apa, Fiya?” tanya ibu lantaran mendakap
erat tubuhku yang kecil ini.
“Tak, bu. Syukur pada Allah. Nasiblah Fiya ingat lagi teknik tekwando yang Fiya
belajar dulu,” kataku pura-pura tersenyum biarpun aku masih trauma dengan
peristiwa tadi. Haris memandang tepat ke wajahku.
“Masa pejabat agama datang serbu tu, Haris baru jer masuk dari luar. Tapi, dia
orang semua tak perasan. Jadi, Haris bagilah helah yang Haris baru keluar dari
tandas.Beg Haris tinggalkan kat tangga bila dengar bising-bising. Haris agak ada
perkara buruk tengah berlaku,” terang lelaki kacak di hadapanku lagi. Dia
menelan liurnya seketika sebelum menyambung lagi kata-katanya.
“Orang tu dah mengaku Haris ni tunang dia. Dia dah tau ker, bu?” soalan dan
panggilannya membuatkan aku terlopoong. Along menutup mulutku sambil ketawa
kecil.
“Belum,” jawabb ibu sepatah. Dia mengurut-ngurut belakangku.
“Apa dia, bu?” soalku inginkan kepastian.
“Memang Haris ni tunang kamu. Mama dan papa dia yang rancang. Kami terima jer.
Mulanya Haris menentang sekeras-kerrasnya tapi sebab dia kasihankan papa dia
yang tiba-tiba strok, dia terus bersetuju. Tak sangka tunang dia adalah orang
yang dia nantikan selama ni.” Terang ayah pula sebelum sempat ibu membuka
mulutnya. Haris kulihat tersenyum-senyum kambing. Wajahnya memerah.
“Kenapa ibu tak beritahu Fiya pun sebelum ni?” aku inginkan kepastian lagi.
Haris yang minta dirahsiakan. Katanya dia nak beritahu sendiri,” jawab wanita
yang sangat kusanjung itu.
“Oooo….” mulutku membentuk huruf o. Pandangan tajam aku lemparkan kepada Haris
yang seperti cacing kepanasan itu. Along dan ayah hanya ketawa. Aryana dan
Aryani sudah pun berlari ke dalam. Mungkin hendak melihat rancangan kartun
kegemaran mereka agaknya.
“Okaylah, ayah, ibu, Safiy… Haris balik dulu. Nanti risau pulak papa dan mama.
Mujurlah tak jadi semua orang ziarah dia orang. Kalau tak terkejut beruklah dia
orang berdua tu.” Kata Haris berseloroh. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Syukurlah. Kalau tak kempunanlah Safiya Arissa nak bersuamikan Haris Iqbal,”
balas along. Wajahku merona merah. Malu mendengar usikan along. Aku pantas
mencubit lengannya.
“Auch! Habislah lebam-lebam lengan along ni. Nasiblah takde saper nak marah,”
dia terus berseloroh sambil menyambut huluran salam Haris.
Aku menghantar kepulangannya dengan ekor mata. Dia pulang dengan memandu
keretaku. Esok kami akan datang mengambilnya di rumah Haris.
*********************************************
“Mohd Afnan Mahadi disabitkan kesalahan kerana percubaan memperkosa Safiya
Arissa Safuan. Dia akan dipenjarakan selama 12 tahun atas sabitan itu.” Tegas
seorang hakim ketika menjatuhkan hukuman pada Afnan. Semua ahli keluarganya
keluar dengan rasa yang bercampur-campur.
Mya Sarah menyimpan dendam yang membara pada aku. Dia telah merancang sesuatu
untuk membalas dendamnya.
Pagi itu, aku menerima panggilan dari seseorang yang tidak aku kenali.
“Safiya, petang ni aku nak jumpa kau kat Taman Titiwangsa. Kau datang sana tepat
pukul enam. Aku akan tunggu kau kat situ. Tidak boleh tidak!” kata si pemanggil.
Belum sempat aku berkata apa, talian sudah dimatikan.
Aku terkedu seketika. Aku buntu. Kenapa dia nak jumpa aku? Perlukah aku pergi ke
sana? Soalan demi soalan menerjah kotak ingatanku. Aku meraup wajahku.
Aku kembali melakukan kerjaku yang tergendala sebentar tadi.
“Fiya, jom lunch.” Ajak Haris. Aku mendongak memandangnya seketika. Saat mata
kami bertembung, aku melarikan pandangan ke arah lain. Bimbang keresahanku dapat
dihidunya.
“Sikit lagi ni,” kataku lantas mengalihkan pandangan kepada kertas plan di atas
mejaku yang baru siap dicetak tadi.
“Sambung nanti. Perut abang dah lapar sangat ni,” rengeknya. Aku tersenyum
tawar.
“Hmm… yalah. Tunggu kejap,” kataku bingkas bangun. Aku mengemaskan mejaku. Aku
mencapai tas tangan dan beriringan dengannya turun ke basement. Aku tidak banyak
berbual dengannya. Hatiku dipagut resah. Aku keliru. Adakah aku perlu mengikut
kehendak si pemanggil tadi atau tidak?
“Fiya nak makan mana?”soalan Haris mematikan lamunanku. Aku menoleh padanya. Dia
tersenyum manis.
“Ikut abanglah. Fiya tak kisah,” sahutku acuh tak acuh. Haris merenungku
seketika sebelum kembali memandang ke jalan raya.
“Fiya ada masalah ker?” soalnya perihatin. Aku hanya menggeleng. Berat rasanya
untuk menyatakan kekeliruan yang sedang bergelodak di jiwaku.
“Abang tak yakin dengan Fiya. Abang kenal Fiya macam mana,” tokoknya lagi.
“Betullah, bang. Fiya okay,” kataku, lembut. Aku tidak tahu bagaimana lagi untuk
berdalih dengannya. Segala gerak-geriku dapat dihidu dengan mudah.
“Petang nanti Fiya bbalik dengan along yer… abang ada cite meeting. Jangan duduk
sorang-sorang kat office,” ujarnya. Dia sangat caring. Aku keliru lagi.
********************
Petang itu, aku tidak menelefon along tapi sebaliknya aku pulang menaiki teksi.
Aku segera ke Taman Titiwangsa seperti yang diarahkan oleh si pemanggil. Dia
menelefonku sekali lagi untuk mengingatkan temu janji yang direkanya sendiri.
“Safiya Arissa, jangan mungkir janji. Kalau kau tak datang, nyawa Haris dalam
bahaya!” tegasnya sambil ketawa sinis lalu memutuskan lagi talian. Aku ke TT
demi untuk tidak meletakkan nyawa Haris dalam bahaya. Aku mahu dia selamat.
Aku tiba di TT tepat pada masanya. Aku melihat sekitar kawasan itu sunyi. Tidak
kelihatan sesiapa di situ.
“Safiya Arissa!” wajah Mya Sarah muncul di hadapanku. Aku terkedu seketika.
Mulutku terlopong.
“Mya!” hanya sebaris nama itu yang mampu aku lafazkan.
“Ya, kau mesti terkejut kan? Aku datang nak balas dendam kat kau. Sebabkan kau
Afnan dipenjarakan. Kau memang tak guna!” jerkah Mya Sarah. Suaranya amat
membingitkan.
“Kenapa pulak aku yang harus dipersalahkan? Bukankah suami kau yang bersalah?”
soalku cuba menentang pandangan bengisnya. Dia menghampiriku.
“Mya, apa ni?” jeritku bila Mya Sarah menghunuskan sebilah pisau ke dadaku di
sebelah kiri. Aku cuba berundur.
“Kenapa mesti kau kembali dalam hidup dia? Selama ni pun dia hampir gila setelah
ubat guna-guna yang aku berikan pada dia telah tamat tempohnya. Dia tinggalkan
kau pun sebab aku dah guna-gunakan dia. Kau faham? Bila kau muncul depan mata
dia membuatkan dia mahukan kau kembali!” tegasnya cuba membongkar satu persatu
rahsia yang selama ini dia simpan kemas. Kepalaku ditonjol-tonjolnya dengan jari
telunjuk. Aku cuba menepis.
“Mya, kenapa kau sanggup buat Afnan macam tu?” soalku, keras. Dia ketawa
mengilai.
“Sebab lelaki tu bodoh. Dia hanya memandang perempuan yang konon-konon alim
macam kau. Dia tak pandang aku yang seksi dan anggun ni,” bentaknya lagi. Dia
terus menghampiriku. Aku mengundur beberapa tapak lagi ke belakang. Ya Allah,
bantulah hambaMu yang lemah ini. Aku ke sini demi nyawa Haris. Aku sayang
padanya. Diam-diam aku berdoa dalam hati.
“Mya, tolong jangan apa-apakan aku. Aku tak bersalah. Aku tak tau dia pun
bekerja di tempat yang sama dengan aku,” rayuku. Air mata sudah lebat membasahi
pipiku. Mya Sarah menjelingku, sinis. Syaitan sudah bertepuk kerana kemenangan
bila mana anak cucu Adam sudah mula bertelagah dan mahu berbunuh-bunuhan.
Peristiwa di mana Habil yang sanggup membunuh adiknya Qabill demi merebut
seorang wanita.
“Kau kena mati di tangan aku, Safiya!” jeritannya memecah hening di satu kawasan
di TT ini. Dia terus merapatiku.
Pisau dihunuskan tepat ke dada kiriku. Aku memejamkan mata. Tidak sanggup
rasanya melihat darah yang bakal mengalir dari tubuhku sendiri.
Pang! Pang! Pang! Terdengar tiga das tembakan. Aku terdengar suara Mya Sarah
menjerit menahan kesakitan. Aku membuka sedikit mataku. Kulihat Mya Sarah sudah
terbaring kaku di atas tanah.
“Fiya, Fiya tak apa-apa?” soalan itu menyebabkan aku membuka mata dan meluru ke
arahnya. Aku memeluknya erat seperti enggan melepaskan dia lagi.
Dia mengusap belakangku untuk menenangkan perasaanku.
“Abang, maafkan Fiya. Fiya buat semua ni demi nyawa abang…” tangisku. Dia
mengusap-ngusap lagi belakangku, lembut.
“Sshh… jangan nangis lagi sayang. Abang kan ada,” pujuknya.
“Lain kali jangan datang sendiri. Beritahu abang. Ni pun abang tau sebab abang
dah upah penyiasat peribadi abang untuk ekori Fiya. Abang dah rasa macam ada
sesuatu yang Fiya cuba rahsiakan dari abang.” Katanya sambil mengangkat daguku
menentang pandangannya.
“Maafkan Fiya, bang. Maafkan Fiya…” aku masih teresak.
“It’s ok. Abang tak marah Fiya. Next time tolong percayakan abang yer…”
pintanya.
Mayat Mya Sarah telah dibawa pergi oleh ambulans ke hospital untuk dibedah
siasat. Aku dan Haris diminta membuat laporan di balai polis kawasan Sentul.
Pegawai polis yang menjalankan tugasnya melepaskan beberapa das tembakan kepada
Mya Sarah juga sudah mula beredar.
Haris segera memandu keretanya membelok ke balai polis Sentul. Aku mula
menceritakan peristiwa pagi tadi kepada salah seorang pegawai polis bahagian
jenayah berat.
“Ya, Cik Safiya. Sebenarnya memang wanita yang bernama Mya Sarah tu mengalami
gangguan mental. Dia pernah keguguran akibat kemalangan dua tahun lepas. Bila
doktor ada mengesahkan dia tidak boleh mengandung lagi, dia mula tertekan.
Ketika dia mendapat tahu yang Cik Safiya bekerja di bawah satu bumbung dengan
Afnan, dia menjadi semakin tertekan. Sebelum ni pun dia pernah cuba untuk
membunuh Cik Safiya tanpa Cik Safiya sendiri sedar. Segala maklumat ni kami
perolehi dari rakan baik dia, Intan Dahlia. Syukurlah Cik Safiya selamat,”
panjang lebar pegawai polis itu mengulas. Aku mengangguk-angguk, faham. Haris
yang berada di sisiku hanya memandang sayu.
“Terima kasih, tuan kerana pantas bertindak menyelamatkan nyawa tunang saya,”
ujar Haris tersenyum hambar.
“Tak mengapa. Ini juga atas bantuan pihak Encik Haris yang berjaya menyampaikan
maklumat kepada kami. Syukurlah semuanya selamat,” tokok pegawai polis yang
berpangkat sarjan itu.
Kami mengangguk serentak.
****************************
“Wow! Cantiknya kau Fiya. Teruja aku. Ni Haris belum tengok lagi,” kata Alissa
dan Fariena yang berada di bilikku hampir serentak.
“Mana ada,” balasku malu-malu. Aku melihat jari yang telah diinaikan. Beberapa
minit lagi aku akan bertukar status sebagai isteri orang.
“Pengantin lelaki dah tunggu di masjid. Jom cepat,” kata Alya, sepupuku. Dia
mengenakan kebaya singkat berwarna pink sedondon dengan kaum keluargaku yang
perempuan. Aku dalam gaun labuh berwarna krim tampak begitu elligon sekali.
“Jom…” kata Alissa dan Fariena. Mereka memimpin tanganku. Aku mengenakan
ekskulato 4 inci. Aku tersenyum manis. Wajahku memerah. Malu sebenarnya.
**************************
Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi isteri kepada Haris Iqbal Dato’
Hanif. Aku tersenyum bila diusik oleh teman-teman.
“Tepi sikit, semua. Sekejap lagi upacara membatalkan air sembahyang akan
diadakan,” kata Mak Long yang duduk tidak jauh dariku. Mereka bergerak menjauh
sedikit dariku.
Dadaku benar-benar tidak stabil debarannya. Aku tidak tahu mengapa. Air mata
menitis setitis di pipi. Mungkin air mata kegembiraan. Tak sangka setelah
berbagai dugaan dan rintangan yang aku lalui, akhirnya aku sudah sah bergelar
isteri kepada Haris Iqbal.
Haris menghulurkan tangannya untuk aku salam. Aku menyambut tangan itu lantas
menciumnya. Kemudian, Haris mengucup dahiku lama.
Kami melayani tetamu yang datang dengan senyum mekar di dua ulas bibir.
Teman-teman lama turut diundang. Bahagianya rasa hanya Allah yang tahu.
*********************
Setelah tetamu pulang, aku naik ke atas membersihkan diri dan menunaikan solat
asar. Aku sudah menyalin pakaian. Aku tidak memakai pakaian pengantin lagi. Aku
hanya mengenakan sepasang baju kurung sutera berwarna biru laut. Warna yang
mendamaikan jiwa. Haris masih di bawah berbual-bual dengan rakan-rakannya
termasuk along. Nampak macam banyak ceritanya yang mahu dikongsikan bersama.
Selesai bersolat, aku duduk di birai katil sambil menyisir rambutku yang panjang
paras bahu.
Tetiba, pintu dikuak dari luar. Wajah Haris mincul di muka pintu. Aku hanya
tersenyum. Dia seakan terpegun melihatku. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
Dia melangkah masuk lalu merapatkan pintu. Hatiku mula dipagut resah. Dadaku
berdebar-debar.
“Nice!” ujarnya sambil berjalan menghampiriku. Dia menghadiahi aku sebuah
kucupan di kedua belah pipi.
“Pergi mandilah dulu. Lepas tu solat,” kataku mengingati.
“Baik, boss.” Ujarnya sambil menjungkitkan keningnya.
“Aik! Bukan abang ker yang boss?” soalku setelah mendengar kata-katanya.
“Hahaha,” dia tertawa sambil menjelirkan lidahnya padaku. Aku turut tertawa.
Bahagia sungguh.
Selesai bersolat, dia menghampiriku lalu merebahkan badannya di pehaku. Aku
mengusap lembut rambutnya.
Sayang bahagia tak kawin dengan abang?” soalnya sambil menggenggam jemariku yang
sedang mengusap rambutnya. Kemudian, dia membawa jariku ke bibirnya lalu
mengucup mesra.
“Bahagia sesangat kerana mengenali abang. Syukur sangat pada Allah kerana
menemukan Fiya dengan abang,” tukasku. Dia mengelus lembut pipiku dengan
tangannya yang masih bebas.
“Macam mana hari tu ibu kata abang tengah tunggu Fiya sebab tu abang bantah
keras pilihan mama dengan papa?” soalku ingin tahu rahsianya. Sudah lama
sebenarnya soalan itu tersimpan kemas di mindaku.
“Fiya masih ingat lagi tak peristiwa tujuh tahun lalu?” soalnya pula padaku. Aku
merenungnya dalam-dalam cuba mencerna ingatanku pada kenangan lampau. Namun,
semua seperti kosong belaka.
“Fiya pernah naik kayak?” soalnya lagi. Aku mengangguk sambil tersenyum. Kulihat
wajahnya serius benar.
“Kenapa, bang? Abang nak naik kayak ker?” soalku bila macam-macam soalan dia
tanya padaku. Dia kembali mengelus pipiku dengan kdua belah tangannya. Dia sudah
duduk menghadapku. Kedua tangannya memaut erat jemariku. Aku tersenyum. Wajahnya
nampak terlalu sayu. Matanya yang bening tepat menikam anak mataku.
“Ada yang mengguris hati abang ker dengan soalan Fiya tu, bang?” aku mula rasa
tidak sedap hati bila dia diam dan terus merenungku. Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Fiya ingat tak lelaki yang pernah Fiya selamatkan di tengah tasik tu?”
soalannya membuatkan aku menepuk dahiku serta-merta. Jemariku terlepas dari
genggamannya.
“Dah ingat?” dia inginkan kepastian. Aku tetap tersenyum seperti tadi. Aku
kemudiannya mengangguk.
“Abanglah lelaki tu,” katanya. Wajahku berkerut kerana heran macam mana dia
mengenaliku sedangkan waktu tu dia sangat lemah.
“Macam mana abang boleh ingat Fiya yang selamatkan abang? Kan masa tu abang
sangat lemah,” soalan itu terbit jua dari mulutku. Dia tersenyum menampakkan
barisan giginya yang putih.
“Memang abang lemah tapi abang masih nampak samar-samar wajah Fiya. Kemudian,
bila abang telah sembuh sepenuhnya, abang cuba dapatkan semua info tentang
sayang daripada Arif. Dialah internet bergerak abang. Lepas tu kan Arif juga ke
Jepun dengan sayang? Semua maklumat tentang sayang Arif yang berikan pada
abang.” Terangnya. Aku tertunduk merenung jari-jariku yang telah kembali berada
dalam genggamannya.
“Kenapa abang tak datang jumpa Fiya bila abang dah sedar?” aku belum berpuas
hati dengan penjelasannya.
“Abang memang nak jumpa Fiya tapi lepas abang sihat, abang terus terbang ke UK
untuk further study. Kan abang Cuma buat degree jer kat UM tu. Abang ke UK untuk
sambung master.” Lanjutnya lagi. Oh, rupanya dia ada master. Selama ni aku tak
tau pulak. Desis hatiku.
“Kenapa abang boleh berada di tengah tasik tu?” aku terus mencungkil rahsianya.
“Kayak yang abang naik tiba-tiba terlanggar batu dan terpecah dua. Kawan abang
tu selamat sebab dia masih dapat berpegang pada kayak tapi abang tak dapat
menghampiri kayak tu pun,” jawabnya. Ada sinar kejujuran di bening mata itu.
“Dia tak cuba selamatkan abang?”
“Dia pun tak pandai berenang dan abang pun lemah sangat masa tu memandangkan
belum menjamah satu apa pun makanan masa tu.” Ujarnya lagi. Aku mencubit
lengannya ketika dia melepaskan tanganku untuk menggaru hidungnya yang gatal.
“Habis tu siapa yang selamatkan dia?” tanyaku lagi. Geram juga mengenangkan
sikap rakan suamiku ini.
“Dia bergerak mengikut kayak itu ke tepi. Dia sebenarnya cuba mendapatkan
bantuan. Tulah dia berjumpa dengan Arif tapi Arif kata dia juga tak pandai
berenang. Mujurlah Allah hantarkan seorang bidadari untuk menjadi angel pada
abang.” Katanya sambil mencuit hidungku. Aku tertawa, senang.
***************************
Tok! Tok! Tok! Ketukan terdengar di pintu. Aku bingkas bangun dan membuka pintu
itu.
“Fiya, jom turun solat jemaah,” ajakan Alya itu membuatkan aku menoleh memandang
jam di dinding. Rupanya sudah masuk waktu maghrib.
“Ya, kejap lagi Fiya turun ya.” Kataku sambil tersenyum. Alya mengangguk, faham.
Dia berlalu. Aku kembali ke katil dan duduk di sisi Haris.
“Abang, kita jemaah jom.” Kataku, lembut. Haris mengangguk. Dia segera berlalu
ke bilik air untuk berwudhuk.
Dia keluar dari bilik mandi. Di badannya memang sudah tersarung sepasang baju
melayu berwarna biru kehijauan. Dia melangkah ke pintu sambil mengenakan songkok
ke kepala. Dia sempat menoleh kepadaku.
“Abang tunggu sayang kat bawah yer…” katanya sambil mengenyitkan matanya. Aku
tersenyum, manja. Dia terus berlalu.
Aku melangkah ke bilik air untuk berwudhuk dan keluar semula. Kemudian, aku
mengenakan telekung. Aku juga turun ke bilik solat di bawah untuk turut serta
berjemaah dengan ahli keluarga yang masih berada di rumahku.
“Fiya, sini.” Kata nenek. Aku melangkah mendekat kepada nenek.
Terdengar sungguh merdu dan indahnya bacaan al-fatihah yang dialunkan oleh
lelaki yang mengimamkan solat kami.
Selesai berwirid dan berdoa, kami mengadakan salam ukhuwah untuk mengeratkan
lagi silaturrahim di antara ahli keluarga.
“Alya, saper imam tadi tu? Sedapnya bacaan dia,” soalku kepada Alya yang berada
di sisiku dengan bisikan. Bimbang orang lain akan dengar.
“Laki kaulah. Apalah, laki sendiri pun tak kenal ker?” usik Alya. Aku
menjelirkan lidah padanya. Dia tertawa.
Selesai bersolat, kami mengadakan bacaan yasin sementara menunggu isyak.
Solat isyak juga diimamkan oleh suamiku. Terasa damainya hati bila mendapat
suami yang didambakan.
*********************************************
Malam itu kami makan malam bersama. Kemudian berbual-bual sambil membuka hadiah.
Alangkah bahagianya dirasakan bila semua berkumpul begini.
Setelah semua beransur pulang dan masuk ke bilik masing-masing, Haris dan aku
juga naik ke bilik tidur bersama. Kami berjalan beriringan dan Haris merangkul
pinggangku.
“Abang, Fiya nak tukar pakaian kejap.” Pintaku. Haris tersenyum sambil
mengangguk.
Aku bergerak ke almari dan mengeluarkan sepasang pijama satin yang baru kubeli
minggu lalu. Aku masuk ke dalam bilik air. Selesai menggosok gigi dan
membersihkan muka, aku menukar pakaian. Setelah itu, aku keluar dari bilik air.
Kulihat lelaki itu sudah pun menukar pakaian. Dia mengenakan sehelai baju panas
dan berkain pelekat. Kacak sungguh dia biar apapun pakaiannya. Aku tersenyum
lagi.
Aku merebahkan badan ke katil. Penat baru terasa setelah melayan tetamu dari
siang tadi.
“Abang tidur dengan Fiya ker?” soalnya.Pandangan tepat ke wajahku. Malu-malu aku
mengangguk sambil mengukir senyum kambing. Dia mengenyit mata, nakal.
Haris berjalan menghampiri katil. Dia merebahkan tubuhnya di sebelahku.
“Abang, Fiya ada lagi satu soalan,” bisikku ke telinganya.
“Apa dia, sayang?” soalnya. Dia memusingkan badan menghadapku.
“Macam mana abang boleh ada di KLIA masa Fiya baru sampai dari Jepun tu? Saper
perempuan seksi dengan abang tu?” dua soalan aku ajukan serentak. Dia tertawa
kelucuan.
“Abang pun baru balik dari Sabah masa tu. Pompuan seksi tu sebenarnya pramugari
mana tah yang sesat. Asyik ikut abang dari airport KK lagi. Tulah, tetiba jer
dia pegang tangan abang. Dahlah depan bakal isteri dan abang ipar. Tulah, abang
cuba lari dari dia,” terangnya serius. Wajahnya nampak sangat tegang mengingati
saat itu.
“Oooo… ingatkan makwe abang.” Kataku dengan senyum mengusik. Dia mencubit
pipiku.
“Auch, sakitlah bang!” marahku sambil mengusap pipiku yang dicubit oleh Haris.
“Padan muka. Kenakan abang lagi,” ujarnya sambil mengucup pipiku yang telah
dicubitnya sebentar tadi. Aku tertawa halus.
Haris bingkas bangun dan segera memadamkan lampu. Hanya lampu tidur yang
terpasang. Dia memelukku erat. Kemudian, aku terdengar dia membaca sesuatu.
Kami melalui malam yang indah bersama. Terima kasih ya Allah kerana
menganugerahkan aku sebuah kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Pengikut

update terkini dari saya

Catatan Popular

KENALI SAYA

Foto saya
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Saat yang terindah adalah ketika impian terlaksana!!!

pautan blog

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman